Jumaat, 23 November 2012

Roti Kaya Goreng Butter

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sarapan apa hari ini?. Saya buat yg ringkas2 je sbb tengahari nanti dah makan berat. Roti.....memang wajib ada kat rumah, sbb anak suka makan roti dari nasi. Hari ni saya buatkan lain sikit.....biasanya klu dah sapu jem @ kaya....terus ngap. Saya dapat idea dari buku 'Resepi Sihat & Mudah' dari Chef Hussin Khan. Nama resepi beliau....Roti Telur Perancis Bermentega Kacang. Oleh kerana peanut butter dah habis, saya guna inti kaya je....tapi cair sikitlah!!!!. Namanya pun saya tukarlah...hehehe!!!! .Jom, saya share disini pula ye.....






ROTI KAYA GORENG BUTTER
Sumber: Chef Hussin Khan (Resepi Sihat & Mudah)
Olahan: Uda


Bahannya:
2 biji telur
4-5 keping roti putih
kaya secukupnya
1sm susu cair @ segar
garam dan serbuk lada sulah secukupnya
sedikit butter
sedikit gula icing

Caranya:
1. Telur, susu, garam, lada sulah- dipukul sebati.
2. Sapu kaya pada roti, lipat dua jadikan 3 segi.
3. Celupkan dalam bancuhan telur, biarkan sebentar.
4. Panaskan butter dalam kuali non stick, masuk roti tadi, goreng hingga garing. Balik balikkan supaya semua sisi masak.
5. Angkat, sejukkan sebentar dan taburkan gula icing jika suka.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan