Lapisannye tak berapa kemas, lain kali kene try lagi!!!!!!
Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat menyambut tahun baru 2013!!!!!!. Ini merupakan entry terakhir saya untuk 2012. Sebagai blogger baru, saya seronok dapat berkongsi resepi dengan anda semua. Walaupun kesemua resepi tu bukan karya asal saya tetapi saya copy dari blogger2 lain, saya mencuba dan menjadi, saya share pula dengan anda semua dan juga sebagai rujukan untuk saya dan ahli keluarga yang lain. Dunia masakan memang unik. Hobi memasak dan mencuba pelbagai resepi juga sama dengan hobi2 yang lain. Kalau sehari tak dapat memasak dan mencuba......serba tak kena jadinya!!!!!. Kalau dah hobi....tak ada istilah serik untuk mencuba lagi kalau tak jadi. Bila ianya menjadi.....satu kepuasan yang tak boleh diungkap dengan kata2.....hilang sudah segala rasa penat, timbul rasa nak buat lagi dan lagi!!!!!. Terima kasih kepada kawan2 blogger yang lain.....yang sama2 sudi berkongsi resepi. Semuga di tahun 2013, banyak lagi resepi2 yang menarik, yang boleh kita kongsi bersama......mudah mudahan!!!!.
Resepi Kek Lapis Ubi Kayu ni, saya copy dari blogger Rozzan. Kek ni memang sedap, terasa lemak ubi tu!!!!. Resepi asal, beliau guna perasa vanilla dan coklat paste. Tapi, saya suka perasa pandan dan kandungan gula pun saya kurangkan sikit.. Kek ni dibakar seperti kek lapis biasa ye tapi.....setiap lapisan atas tak perlu sampai nampak coklat. Cukup sekadar dah cukup masak sahaja .Jom...kita intai resepi ni.....
KEK LAPIS UBI KAYU
Sumber : Rozzan. blogspot
Olahan : UDA
Bahannya:
1 kg ubi parut
6 biji telur A
1/2 st garam halus
1st pandan paste
sedikit pewarna kuning
1st vanilla
250gm santan (saya guna santan kotak - 200ml + 50ml air)
370gm gula castor
300gm butter
150gm tepung gandum
1 loyang berukuran 8 x 8in
(gris keliling dengan sedikit butter dan alas dgn tracing paper)
Caranya:
1. Ubi yg dah diparut, perah dengan kain kasa dan airnya diperap sebentar- dlm 10 minit. Bila sagu dah mendap, buang air dan ambil sagunya dan campurkan dengan ubi parut tadi.
2. Santan, gula dan garam dimasak hingga panas sahaja, tk perlu memdidih. Kemudian masukkan butter, kacau rata, ketepikan.
3. Pukul kuning telur hingga kembang. Kemudian masukkan tepung, ubi kayu dan pukul lagi hingga rata. Masukkan pula adunan santan, kacau rata dan sebati.
4. Adunan dibahagikan kepada 2 bahagian. Satu bahagian dicampurkan dengan pandan paste, satu lagi dicampurkn dengan vanilla dan pewarna kuning.
5. Ambil 2 sendok adunan warna kuning, tuang dlm loyang. Bakar guna api grill sehingga masak..
6. Kemudian sendukkan warna hijau pula, bakar lagi. Buat sehingga kedua2 warna habis. Buat seperti membakar kek lapis.
7. Untuk lapisan terakhir, guna oven api atas bawah dgn suhu 170C selama lebih kurang 20 minit atau hingga masak.
8. Pastikan betul2 sejuk baru dipotong.
9. Kek ini boleh tahan lama jika disimpan dlm ais box.