Ahad, 15 Disember 2013

Karipap.......Cheese n Sausage


KARIPAP CHEESE + SAUSAGE

Bahan kulit:
225gm tepung gandum
 80gm margerin
 70ml air @ secukupnya
sedikit garam halus

Caranya:
1. Satukan tepung dan margerin, gaul hingga rata .
2. Air dan garam disatukan, kacau hingga garam hancur.
3. Masukkan air dalam adunan dan gaul hingga lembut dan licin (saya guna mixer).
4. Pastikan masukkan air separuh2 . Jika dah ok, tak perlu habiskan. Jika adunan masih keras, boleh tambah sikit lg.
5. Ambil sedikit adunan, bulat2kan kemudian digelek nipis. Letak inti secukupnya, tutup dan kelim ditepinya. 6 . Goreng hingga keemasan dan sedap dimakan panas2....cheese meleleh2!!!!!!



Bahan inti:
2 biji kentang ~ direbus dan dilecek halus
sedikit daun sup
lada sulah secukupnya
mayonis secukupnya
susu cair secukupnya
sausage secukupnya ~ direbus dan dipotong2
cheese cheddar secukupnya ~ dipotong2 ikut citarasa

Caranya:
1. Kentang yg dah dilecek, gaulkan bersama lada sulah, daun sup, mayonis, dan susu cair. Masukkan susu cair sikit2, kalau adunan dh lembut dan tak kering sangat, dah ok. Saya guna lada sulah berperisa AjiShio, mmng dah masin dan tak perlu tambah garam. Kalau guna lada sulah biasa, tambah garam sedikit.
2. Sausage boleh digantikan dgn jejari ketam jika suka ataupun campur keduanya sekali lagi sedap.
3. Cheese tu.....kalau suka banyak, boleh potong 2 @ 3....kalau takut muak, potong kecil je.
4. Dah siap semuanya, bolehlah dimasukkan dalam karipap.
5. Kalau tak nak letak kentang, letak cheese dgn sausage je pun boleh....tp bagi saya, letak kentang lg sedap, tak muak sangat!!!.
6. Yg pasti.......karipap cheese mmng sedap!!!!!.









Sabtu, 14 Disember 2013

Talam Sugi Durian


TALAM SUGI DURIAN

Bahan bawah:
210gm tepung sugi
125gm gula pasir
 40gm  tepung gandum
825ml santan cair
2 bj telur
pewarna kuning

Caranya:
1. Guna loyang 10x10, alas dgn plastik dan sapukan dgn sedikit minyak masak.
2. Satukan semua  bahan bawah, kacau sebati.
3. Masuk dalam periuk, kacau adunan hingga naik wap dan sederhana pekat. Tutup api.
4. Masuk adunan dalam loyang dan kukus selama 10 minit atau hingga mengeras.

Bahan Atas:
150gm tepung gandum
650gm santan sederhana pekat
200gm gula pasir
3 sb isi durian
2 biji telur ~ dipukul guna whisk
2 helai daun pandan ~ disimpul
sedikit garam
pewarna hijau

Caranya:
1. Satukan tepung, gula, isi durian dan santan. Kacau sebati dan dimesin halus.
2. Masuk dalam periuk, tambah telur, garam, daun pandan dan warna hijau.
3. Kacau atas api hingga naik wap.
4. Apabila bahagian bawah yg dikukus tadi dah mengeras, garis2kan dgn lidi.
5. Tuangkan adunan bahagian atas dan kukus selama 25 minit dgn api sederhana.
6. Sejukkan dahulu baru dipotong.






Selasa, 10 Disember 2013

Bubur Som Som vs Sirap Ros


Assalamualaikum, salam bahagia. Walaupun hujan dari pagi hingga ke malam, tekak nak makan gak bubur som som ni. Gara2 tekak perit, mcm nak demam.....nak makan yg lembut2 dan sejuk2!!!!!!. Kalau makan bubur som som ni, saya suka makan dgn air sirap, tak suka dengan air gula melaka. Lagi sejuk, lagi sedap!!!!!!. Jom kita layan....sumber Yatiememories tapi sirap gula melaka saya ganti dgn sirap ros



BUBUR SOM SOM

Bahannya:
1 cawan tepung beras
1 cawan tepung jagung
1,750ml santan
1 st garam atau secukup rasa
2 helai daun pandan

Caranya:
1. Satukan semua bahan kecuali daun pandan. Kacau rata dan tapiskan.
2. Masukkan adunan dan daun pandan dalam kuali ( guna kuali senang kacau)
3. Guna api sederhana, kacau sentiasa adunan hingga pekat, berkilat dan meletup letup.
4. Bila dah masak, masuk adunan dalam loyang atau acuan yg telah digris dgn sedikit minyak (supaya x melekat).
5. Sejukkan adunan dan sajikan dengan sirap ros.


SIRAP ROS

200gm gula pasir
500ml air
1 helai daun pandan
Bes minuman perasa Ros secukupnya

Caranya:
1. Masak air sirap hingga gula larut dan mendidih. 
2. Tapis dan sejukkan.














Sardin Masak Buah Keras


SARDIN MASAK BUAH KERAS


Bahannya:
1 tin sardin yg besar ~ ditoskan
1 btng serai ~ dititik
1 bj tomato ~ belah 6
1 bj bawang holland ~ potong bulat
1 tangkai lada hijau ~ belah 2
sedikit santan pekat
garam dan gula secukupnya

Bahan yg dimesin halus:
10 tangkai lada kering yg telah direbus
2 bj bawang putih
3 biji bawang merah
1 sm halia
5 biji buah keras
1 st ketumbar
1 st jintan putih 

Caranya:
1. Panaskan minyak , masukkan serai dan tumis bahan yg dimesin hingga wangi.
2. Masukkan santan dan tambahkan air secukupnya. Tambah garam dan gula . Biar sebentar hingga mendidih.
3. Masukkan sardin, bawang, tomato dan lada hijau. Kecikkan api dan biarkan hingga terbit minyak, tutup api.


Isnin, 9 Disember 2013

Egg Benedict.....sarapan yg ringkas & mudah


EGG BENEDICT

Bahannya:
roti putih secukupnya ~ boleh dibuang tepinya jika suka
telur secukupnya
lada sulah berperisa AjiShio secukupnya ~ jika nak pedas boleh tambah serbuk lada hitam
italian herbs seasoning ~ jika suka
margerin



Caranya:
1. Panaskan oven pada suhu 180C.
2. Guna acuan yg sesuai, sapukan dgn margerin secukupnya.
3. Ambil sekeping roti, sapu margerin, masukkan dlm acuan.
4. Pecahkan sebiji telur diatas roti, taburkan lada sulah dan italian herbs.
5. Masukkan dalam oven dan bakar hingga telur separuh masak.
6. Sedap dimakan panas2.

Bingka Durian


BINGKA DURIAN

Bahannya:
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula pasir
2 cawan isi durian
2 biji telur
3 cawan santan
2 sb margerin
sedikit bijan hitam & putih
pewarna kuning

Caranya:
1. Panaskan oven. Lengser acuan pecah 8 atau loyang biasa dgn sedikit margerin dan panaskan dlm oven.
2. Satukan semua bahan kecuali bijan dan pewarna kuning, kacau rata. Kemudian mesin hingga halus.
3. Tambah pewarna kuning jika perlu.
4. Masukkan adunan dalam acuan, tabur bijan. Bakar pada suhu 190C selama 1 jam atau hingga masak. Jika suka garing, lebihkan waktu membakarnya.
5. Tunggu hingga kuih sejuk baru cantik dipotong.

Selasa, 12 November 2013

Kek Velvet Marble....kukus



Assalamualaikum dan salam bahagia. Hari ini nak kongsi resepi kek yang sangat gebu, lembut dan pastinya sedap!!!. Macam kek marble yang lain juga tetapi ini versi kukus dan kejadiannya memang puas hati. Jom kita intai.....




KEK VELVET MARBLE
Sumber : DayangJack@DapurKu SaYang

Bahannya:
5 biji telur A ~ dari peti ais
250gm tepung gandum + 1st baking powder ~ ayak 3 kali
150ml susu cair
180gm gula halus
2sb susu pekat manis
1sb ovalette
1/4st garam
125ml minyak jagung ~ saya guna minyak masak biasa

Perisa dan pewarna:
coklat emulco + moccha emulco
pandan emulco + warna hijau epal
bluberry emulco + warna purple
strawberry emulco + warna pink
perisa esen vanilla




Caranya:
1. Panaskan pengukus. Loyang digriskan dgn butter dan lapiskan dgn baking paper. Saya guna loyang 9 x 6 in.
2. Campurkan semua bahan kecuali minyak dan perisa / pewarna. Putar hingga kembang dan gebu.
3. Masukkan minyak jagung sikit2 dan kacau sebati menggunakan senduk atau spatula.
4. Bahagikan adunan kepada 6 bahagian sama rata. 2 bahagian dibiarkan kosong + esen vanilla. 4 bahagian diberi perasa dan pewarna.
5. Kukus lapisan vanilla yg pertama dahulu selama 7-10 minit dgn mengunakan api perlahan.
6. Kemudian tuangkan lapisan berperisa dan berwarna secara selang seli. Kukus selama 15-20 minit atau hingga dah tak cair.
7. Tuang lagi satu bahagian vanilla, tutup dengan aluminium foil dan kukus selama 30 minit atau hingga masak keseluruhannya.
8. Apabila sudah masak, sejukkan dulu baru dipotong. 


Sabtu, 9 November 2013

Durian Crumble Cake



DURIAN CRUMBLE CAKE
Olahan: UDA


Crumble:
1/3 cawan gula perang
2 sb tepung gandum
1 sb butter 

** satukan semua bahan. Gaul guna hujung jari hingga menjadi seakan2 serbuk roti. Jika masih melekit2, tambah tepung sedikit lagi dan gaul hingga berderai.




Bahan kek:
1 1/2 cawan tepung berserbuk penaik @ tpng gandum + 1st baking powder
1/2 cawan gula castor
1/2 cawan susu cair
3 sb isi durian
1 biji telur
1/8st garam halus
3/4 cawan minyak masak
1/2st soda bikarbonate

Caranya:
1. Mesin semua bahan kecuali tepung hingga halus.
2. Campur adunan yg dimesin dalam tepung. Gaul rata hingga sebati.
3. Masuk adunan dalam papercup hingga setengah, tabur crumble dan tekan2 sikit supaya lekat. Banyak mana nak letak crumble, ikut cita rasa. Pd saya, lagi banyak, lagi sedap!!!!.
4. Bakar pada suhu 170C selama 25 minit atau hingga masak.


Agar2 Santan Gula Melaka


AGAR2 SANTAN GULA MELAKA
Sumber : Citarasawan

Bahannya:
10gm serbuk agar2
1 litter @ 4 cawan air
250gm gula melaka
250ml @ 1 cawan santan kotak
1 bj telor
1/4st garam
2 helai daun pandan






Caranya:
1. Satukan santan, telur dan garam. Pukul ringan guna garpu / whisk.
2. Satukan gula, air, agar2, daun pandan dan masak hingga gula hancur.
3. Tapiskan dalam periuk lain dan masak semula.
4. Masukkan campuran telur dan santan tadi, kacau hingga mendidih dan menggelegak.
5. Apabila adunan santan dah nampak bergintil2, tutup api.
6. Tuang dalam bekas pilihan dan sejukkan.








Bebola Roti Rangup


BEBOLA ROTI RANGUP


Bahannya:
4 keping roti sandwich ~ dipotong kecil2
2 bj telur
1 kiub perasa ayam
1 biji bawang putih ~ ditumbuk halus
daun sup ~ dihiris 
bawang besar ~ didadu
lada merah / lada hijau ~ dihiris
sedikit carrot ~ dihiris halus
lada sulah AjiShio secukupnya
garam secukup rasa
serbuk roti secukupnya
minyak untuk menggoreng

Caranya:
1. Pukul telur, masukkan bawang putih, lada sulah dan kiub ayam. Pukul sebati.
2. Masukkan roti, daun sup dan bawang besar, lada dan carrot. Ramas2 roti supaya sebati.
3. Ambil sedikit adunan, kepal2 hingga menjadi bebola. Salutkan dgn serbuk roti. Buat hingga habis.
4. Goreng dalam minyak panas hingga keemasan dan garing.
5. Sedap dimakan panas2 bersama sos cili.

Rabu, 6 November 2013

Urap Daun Turi



URAP DAUN TURI

Bahan A: (dimesin / ditumbuk kasar)
2 tangkai lada merah
1 genggam ikan bilis
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
sedikit belacan
sedikit kunyit basah / kunyit serbuk


Bahan B:
3 genggam kelapa parut putih
garam dan gula secukupnya


Bahan C:
1 ikat daun turi ~ dilurutkan daunnya, rendam sekejap & toskan
2 cawan taugeh
10 helai daun cekur ~ dihiris halus
1 biji bawang besar ~ dihiris
1 tangkai lada merah ~ dihiris


Caranya:
1. Dalam kuali, panaskan sedikit minyak, masukkan bahan A. Kacau hingga kering.
2. Masukkan bahan B, kacau hingga kelapa sebati dan kurang bergentel dgn bahan yg digoreng tadi. 
3. Masukkan bahan C, kacau sehingga daun turi lembut sedikit dan bila rasa dah ok, terus tutup api.
4. Tujuan kelapa dan bahan dimesin / ditumbuk digoreng dahulu supaya tidak mudah basi.
5. Cara lain ~ bahan A & B digaul sebati, goreng tanpa minyak sebentar. Kemudian masukkan bahan C, kacau hingga daun lembut sedikit, terus angkat.


Kuih Ketupor


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Salam Maal Hijrah 1435.....semuga kita semua dapat memperbaiki diri dan sentiasa diberi cahaya keimanan dan ketaqwaan. Pagi tadi....ronda2 ke blog MaDiHaA, terserempak dengan Kuih Ketupor ni. Mood tengah rajin, tengok bahan2 semuanya senang, dah memang ada kat dapur. Teringin nak rasa, apa rasanya yg lapisan kat bawah tu. Katanya, kuih ni asalnya dari Sarawak. Yg istimewa nya.....yg lapisan bawah tu!!!!. Beras direndam dan diblender. Biasanya kalau talam keladi, guna tepung beras, ini beras yg kita masak nasi tu diblender. Memang kuih ni terasa lemaknya dan tak berapa manis , memang sesuailah dgn keadaan sekarang ni.....jimat2kan gula tu!!!!. Bahagian atas, saya lebihkan adunan sbb, saya tengok MaDiHaA punya nampak nipis. Apa2 pun....tq MaDiHaA, saya share disini pula ye.....



KUIH KETUPOR
Sumber: MaDiHaA
Olahan : UDA

Lapisan Bawah:
1 cawan beras ~ direndam (anggaran 2 - 3 jam) 
3 cawan santan sederhana pekat
120gm kelapa parut putih ~ saya letak 130gm
1st garam


Lapisan Atas: 
300ml santan pekat
2 biji telur
1/4 st garam
150gm gula pasir
60gm tepung gandum
pewarna ungu

Caranya:
1. Untuk lapisan bawah ~ Toskan beras, blender dgn 2 cawan santan hingga halus. 
2. Masukkan dalam kuali, tambah santan yg selebihnya bersama kelapa parut dan garam.
3. Kacau hingga masak dan pekat dgn api yang sederhana. 
4. Tuang dalam loyang (saya guna 8.5 x 8.5in) yg telah dialas dgn plastik dan disapu sedikit minyak.
5. Kukus selama 30 minit atau sehingga masak (bila disentuh dgn jari, tak melekat).
6. Untuk lapisan atas~ bancuh semua bahan, tapis dalam periuk. Kacau sekejap hingga naik wap.
7. Tuang atas lapisan bawah tadi dan kukus selama 30 minit atau hingga masak.
8. Sejukkan kuih sebelum dipotong.


Selasa, 5 November 2013

Kek Kukus Coklat Kentang Keju


KEK KUKUS COKLAT KENTANG KEJU
Olahan : UDA



Cream Cheese
Bahannya:
250gm cream cheese
50gm gula halus ~ kalau suka manis boleh tambah lg
1bj telur
1sb tepung gandum
1sb air


Caranya:
1. Pukul cream cheese dgn gula hingga halus dan gebu.
2. Masukkan telur, tepung gandum dan air, pukul lagi hingga rata dan sebati.
3. Ketepikan.






Kek Coklat Kentang

Bahannya A 
60gm butter
60gm santan kotak
60gm dark coklat compound ~ dipotong2
** panaskan butter & coklat secara double boiler. Dah cair, masukkan santan, kacau dan ketepikan.

Bahan B
4bj telur
95gm gula castor
100gm kentang ~ yg telah dikukus dan dihaluskan
1st ovalete

Bahan C
80gmtepung gandum ~ diayak
2sb serbuk koko ~ diayak



Caranya:
1. Panaskan kukusan. Alas loyang dgn baking paper dan sapu butter.
2. Pukul bahan B hingga kembang dan gebu.
3. Masukkan bahan C sikit2., adun rata.
4. Masukkan bahan A. adun rata.
5. Bahagikan kepada 2 bahagian.
6. Kukus bahagian 1 selama 10 minit atau hingga masak .
7. Kukus adunan cream cheese atas bahgian 1 selama 10 minit atau hingga mengeras.
8. Kukus bahagian 2 atas cream cheese selama 20 minit atau hingga masak.
9. Sejukkan baru dipotong.



Rabu, 30 Oktober 2013

Creamy Potatoes & Carrot Soup With Garlic Bread


Assalamualaikum, salam bahagia dan selamat petang. Pagi tadi berkesempatan ronda2 kat blog kawan2, terbekenan dengan soup yang satu ni kat blog Madihaa. Terus teringat2 dan teruja nak mencubanya. Adoi....gi Giant nak cari celery, tak de lah pulak. Time tak nak guna, berlambak!!!. Kebetulan hari ni hari Rabu...pasar tutup. Biasanya hari ni.....dia bukak petang, punggah barang untuk persediaan berniaga hari esoknya. Alhamdulillah....pegi kol 2 lebih tadi, diorang ada lagi dan memang dah rezeki, celery pun ada. Apa lagi....balik ke rumah dengan senang hati...la la la la!!!!!!. So, dapatlah tunaikan hajat hati, nak merasa soup yg sedap ni.... makan pulak dgn roti bawang putih panas2. Memang mabeles dan anak makan bertambah2. Roti yg siap dibakar dah habis, dia merajinkan diri buat sendiri!!!!. Tq Madihaa....saya kongsi disini pula ye.....


CREAMY POTATOES & CARROT SOUP
Sumber : Madihaa aka Ratna

Bahan2:
4 biji kentang besar  
1 biji carrot besar 
1 pelepah celery 
1 kiub pati ayam ~ saya guna 1 1/2 kiub
1 tin susu cair
Air secukupnya untuk kuah ( ikut kepekatan yg anda suka)
garam secukup rasa
sedikit lada sulah ~ saya guna lada sulah berperisa AjiShio

Caranya:
1. Kupas kulit kentang dan carrot, potong kasar2 dan rebus kdua2nya bersama celery hingga empuk.
2. Tunggu suam, kemudian blender dgn air rebusan sekali hingga halus.
3. Tuang dalam periuk, tambah susu cair, kiub ayam dan air secukupnya. Air bergantung kepada kepekatan yang kita suka.
4. Tambah garam dan lada sulah secukup rasa, masak hingga mendidih.
5. Sedia dihidangkan bersama garlic bread ataupun roti bakar yg disapu butter terlebih dahulu.


                                  garlic bread guna roti sandwich.........anak tak suka roti prancis


GARLIC BREAD

Bahannya:
Rori Prancis ~ saya guna roti biasa
100gm butter
50gm margerin 
sedikit serbuk lada sulah
4 ulas bawang putih ~ cincang halus

Caranya:
1. Gaul sebati semua bahan. ( saya tak campur lada sulah, hanya tabur atas roti)
2. Roti dipotong serong (roti prancis) , potong tiga segi ( roti biasa).
3. Sapu atas roti dgn adunan butter dan tabur lada sulah. Susun dlm dulang pembakar.
4. Panaskan oven pada suhu 160C dan bakar selama 5 minit atau keperangaan dan nampak garing.
5. Sedia dinikmati panas2.

Selasa, 29 Oktober 2013

Nasi Arab.....resepi yg mudah & simple


Assalamualaikum dan salam bahagia. Hujung minggu.....berkesempatan nak masak nasi arab. Itupun sebab dah tak ada idea nak masak apa. Teringat ada simpan resepi nasi arab yg simple dimple, tak perlu pakai arang bagai. Tengok bahan semuanya ada...alright, mudahnya urusan nak masak hari ni. Tengok dan baca resepi bukan main lagi, kejap2 belek, takut tak betul, belek lagi. Itulah....kekadang bila over confident tak boleh juga. Nak jadikan cerita.....bila nasi dah masak, ada rasa serba x kene....pegi lagi tengok resepi tadi. Aduhai!!!!.....patut le nasi arab i lain je gupenye, sukatan rempah salah. Lain yang ditengok, lain yang diambik. Semua rempah nasi tu guna 1/2 sudu....saya bantai letak 1 sudu. Patutlah nampak gelap sikit. Tapi, nasib baik sedap, bila rempah banyak, rasanya seakan2 nasi briyani ...hahaha!!!!. Yang penting, habis seperiuk....anak n huby kata...sedap!!!!!

                                   saya tambah lauk kari daging....anak makan mesti nak yg berkuah



NASI ARAB SIMPLE
Sumber : Naimah Md Ludin / facebook @ Buku Resepi
Olahan : UDA

Bahan untuk nasi:
2 1/2 cawan beras basmathi ~ cuci dan rendam 1/2 jam
4 cawan air rebusan ayam ~ sukatan air ikut beras masing2
garam secukup rasa
2 sb minyak sapi 
pewarna kuning dan oren

Bahan yg disangai dan dikisar kering:
1/2 sm jintan manis
1/2 sm jintan putih
1/2 sm bunga cengkih
1/2 sm lada hitam
1/2 sm biji ketumbar
1/2 sm buah pelaga

Bahan untuk ditumis:
1 biji bawang besar ~ dihiris halus
3 ulas bawang putih ~ dihiris halus
buah pelaga
kayu manis
bunga lawang 

Caranya:
1. Panaskan minyak sapi dalam kuali, masukkan bahan tumis. Tumis hingga kekuningan.
2. Masukkan bahan yg dikisar, gaul sebati. 
3. Masukkan beras yg telah ditoskan, goreng sekejap hingga sebati.
4. Masukkan dalam rice cooker, masuk air rebusan ayam, garam dan masak seperti biasa.
5. Bila dah kering, letak pewarna di atas nasi, jangan dikacau, nanti nasi hancur.
6. Bila nak dihidangkan, baru gaul nasi, biar bercampur warna.


Resepi Ayam: ( saya settlekan yg ni dulu, perap....kemudian baru masak nasi)

1 ekor ayam ~ saya belah 4, dikelar2 bahagian dada kemudian direbus untuk mendapatkan stok ayam.
garam dan gula secukupnya

Bahan dikisar:
3 in halia
2 biji kunyit hidup ~ guna yg serbuk pun ok
1 sm jintan manis
1 sm jintan putih
2 sm ketumbar
1 sm buah pelaga
1 biji bawang besar
6 ulas bawang putih

Caranya:
1. Gaul rata bahan dikisar pada ayam. Masukkan garam dan gula. Perap selama 2 - 3 jam ~ lagi lama lagi bagus.
2. Panggang atau bakar ayam hingga masak.


Resepi Salad:
1 - 2 biji tomato *
1 batang mentimun*
1 batang lobak merah*
1 biji bawang besar* ~ * didadu
lada hijau dihiris
garam, gula dan cuka secukupnya
( campur semua bahan, perasakan masin, manis dan masam secukupnya)


Air Asam:
3 biji cili merah
5 biji cili api
1 b
1 biji  buah tomato
1 biji bawang besar
sedikit belacan
garam dan gula
jus limau nipis @ air asam jawa
sedikit air masak ~ untuk mesin  bahan
(campur semua bahan, mesin hingga halus dan hidangkan)


Khamis, 24 Oktober 2013

Sup Sayur Berdaging




SUP SAYUR BERDAGING


Bahannya:
200 gm daging ~ dihiris dan direbus
1/2 btng carrot ~ dipotong serong / bentuk bunga
1 btng calery ~ dipotong serong
1 genggam cendawan kering keriting ~ direbus hingga lembut dan dipotong2
2 biji bawang putih ~ ditumbuk halus
2 biji bawang merah ~ dihiris
sedikit suun dan pucuk tahu ~ dipotong dan direndam
meat ball secukupnya
perasa lada sulah Aji Shio secukupnya
garam dan gula secukupnya
minyak masak + sedikit minyak bijan
 
 


Caranya:
1. Panaskan minyak, tumis bawang hiris hingga wangi dan masukkan bawang putih. Tumis hingga kekuningan.
2. Masukkan daging bersama air rebusan secukupnya. Masukkan carrot, meat ball, candawan, garam, gula dan lada sulah. Masak hingga mendidih.
3. Masukkan pula calery, suun dan pucuk tauhu. Biar hingga lembut dan mendidih sekali lagi. Bila rasa dah ok, tutup api.
 
 

Kerang Goreng Cencalok


KERANG GORENG CENCALUK


Bahannya:
300gm kerang ~ dibersihkan,direbus dan kopek kulit ( buang kulit sebelah je)
2sb cencaluk
6 tangkai cili padi ~ dipotong kecil
1/2 biji bawang holland ~ dipotong dadu
sos cili secukupnya
sos tiram secukupnya
sedikit margerin + minyak ~ utk menumis

Bahan dimesin:
7 tangkai lada merah
2 biji bawang putih 
sedikit belacan


Caranya:
1. Panaskan minyak + margerin, tumis bahan yang dimesin hingga wangi dan garing.
2. Masukkan cencaluk, cili padi, bawang holland, sos cili dan sos tiram. Gaul rata hingga sebati.
3. Masukkan kerang, gaul rata dan tutup api. Jangan masak terlalu lama, nanti isinya liat.
4. Sedap dimakan dengan nasi atau dimakan begitu saja.
  
 

Nyonya Butter Cake


NYONYA BUTTER CAKE
Sumber : Rahel
Olahan : UDA


Bahannya: ( 1/2 dpd adunan resepi asal)
250 gm butter ~ guna butter yg berkualiti utk sedap dan wangi 
200 gm gula castor
4 bj telur A
250 gm tepung naik sendiri
4 sb susu ~ saya guna susu cair
1 st esen vanilla

Caranya:
1. Satukan gula dan butter dalam mangkuk adunan, pukul hingga kembang.
2. Masuk telur satu persatu dan pukul rata setiap kali menambah telur.
3. Masukkan tepung sikit2 (buat 3x) dan putar lagi hingga rata.
4. Tambahkan susu dan esen vanilla, gaul sebati.
5. Masuk adunan dalam loyang 8 x 8in yg telah digris dan alas dgn baking paper.
6. Bakar dlm oven pada suhu 170C selama 60 minit atau hingga masak. Bergantung pada kepanasan oven masing2.












 

Rabu, 23 Oktober 2013

Mee Udang


Assalamualaikum dan salam bahagia. Jumpa lagi....walaupun sekarang agak jarang muncul tetapi terima kasih kepada yg sudi singgah ke blog yang tak 'berapa' ni. Bila rajin...bolehlah saya kongsi2 menu yang mungkin boleh mendatangkan idea anda untuk memasak. Saya pun dapat ilham hasil skodeng blog blogger yang lain. Bukannya apa, kekadang kita kekeringan idea, nak masak apa agaknya hari ni. Kalau setakat melayan tekak kita sendiri.....main campak2 dan main rebus2 je masih boleh on ye tak?. Mee Udang ni  terhasil dari .....cedok resepi sana sini...jadikan satu. Ye la....tengok resepi, semuanya sedap, tak tahu yang mana satu nak cuba. Last2....ambik sana sikit, sini sikit. Yang penting hasilnya...... menjadi mee udang bukan jadi mee lain dan keluarga sukakannya. Kepada sesapa yg terasa resepi ni ada sikit persamaan macam dia punya, halalkan ye....saya kongsi di sini pula!!!!

 

MEE UDANG
Olahan : UDA


Bahannya:
mee kuning secukupnya ~ dicelur
telur ~ direbus
tauhu ~ digoreng
sawi ~ dicelur
bawang goreng secukupnya

Bahan Kuah:
sos cili secukupnya
udang  secukupnya
meat ball / fish ball
1 kiub pati ayam / lembu
1 kiub tom yam
1 genggam ikan bilis ~ digoreng & dikisar halus
1 biji kentang ~ direbus
garam dan gula secukupnya

Bahan dimesin:
1 batang serai
2 biji bawang putih
3 biji bawang merah
1 genggam udang kering ~ rendam dulu
lada kering yg direbus secukupnya ~ kalau nk pedas, letak banyak
sedikit halia
sedikit belacan

Caranya:
1. Panaskan minyak, tumis bahan yang dimesin hingga garing dan wangi.
2. Masukkan sos cili, gula, garam, ikan bilis digoreng, kiub ayam dan tom yam. Kacau sebati.
3. Masukkan kentang yang dimesin dengan air secukupnya. Jika kuah terlalu pekat, tambah lagi air ikut cita rasa. Masukkan meat ball dan renihkan kuah hingga mendidih.
4. Bila dah mendidih, masukkan udang. Bila rasa semua dah ok, tutup api.
5. Siap dihidang dan dimakan bersama mee and the gang!!!.