Rabu, 29 Januari 2014

Kek Carrot Kukus



KEK CARROT KUKUS
Sumber: Resep Q
Olahan : UDA


Bahan A
145gm gula halus
250ml putih telur
1/2st ovalete
1/4st garam

Bahan B
100ml susu pekat manis

Bahan C
120gm tepung gandum ~ diayak
20gm tepung jagung ~ diayak
1/2st baking powder

Bahan lain
200gm carrot ~ diparut 
2st oren sunquick
pewarna oren


Caranya:
1. Putar bahan A hingga gebu, lembut dan mengembang.
2. Masuk bahan B, putar rata.
3. Masukkan bahan C, putar sebati.
4. Adunan dibahagikan kepada 2. 1 bahagian dicampurkan dgn carrot + warna oren + oren sunquick. 1 bahagian lagi dibiarkan putih.
5. Loyang digriskan dgn butter dan dialas baking paper.
6. Tuang adunan warna putih dulu , kukus selama 5 minit. Kemudian kukus warna oren 5 minit lagi . Kukus hingga habis dan lapisan terakhir kukus selama 25 minit atau hingga masak.
7. Sejukkan dulu kek baru dipotong.




Isnin, 27 Januari 2014

Ayam Masak Buah Keras


AYAM MASAK BUAH KERAS

Bahan A
12 ketul ayam yg dipotong kecil
sedikit garam
sedikit kunyit serbuk

Bahan B ~ dimesin
2 batang serai
4 biji buah keras
1st ketumbar
1/2 biji bawang besar
4 biji bawang putih
sedikit halia
sedikit kunyit basah
sedikit belacan

Bahan lain
3 helai daun limau
1 biji tomato ~ dipotong kasar
cili padi secukupnya ~ diketuk
1/4 cawan santan
garam dan gula secukupnya
minyak secukupnya


Caranya:
1. Satukan bahan A, goreng separuh masak, ketepikan.
2. Tumis bahan B hingga wangi, masukkan daun limau, cili padi, santan dan biarkan mendidih. 
3. Masukkan ayam, tomato, garam, gula dan masak hingga pekat. Kepekatan ikut selera masing2. 

Agar Agar Pandan


AGAR AGAR PANDAN

Bahan A
10gm agar agar serbuk
175gm gula pasir
600ml air

Bahan B
6 helai daun pandan
200ml air

Bahan C
300ml santan kotak
1 bj telur
1/8st garam
pewarna hijau




Caranya:
1. Sediakan acuan pilihan dan basahkan dgn air. Ketepikan.
2. Masak bahan A hingga gula hancur dan mendidih.
3. Mesin bahan B hingga halus kemudian tapis.
4. Satukan bahan B dgn C dan pukul guna whisk hingga sebati. Masukkan dalam bahan A, kacau sentiasa hingga mendidih. Api jgn terlalu besar.
5. Tuang dalam acuan  dan sejukkan.

Rabu, 22 Januari 2014

Kek Kentang Moist


Kek kentang yang sedap, lembab dan senang membuatnya. Kek ni kecik je, saya guna acuan 6x9in. Apa lagi....jom kita intai resepinya!!!!!.


KEK KENTANG MOIST
Olahan : UDA


Bahannya:
150gm butter
150gm gula halus
250gm kentang rebus ~ dihaluskan
4 biji telur
125gm tepung gandum ~diayak
1sb susu tepung
25ml santan pekat
sedikit vanilla
20gm serbuk koko
25gm tepung gandum ~ diayak


Caranya:
1. Putar butter bersama gula halus hingga lembut.
2. Masukkan kentang, putar hingga rata.
3. Masukkan telur satu persatu dan putar lagi hingga gebu.
4. Masukkan tepung 125gm, selang seli dgn santan dan masukkan vanilla. Putar lagi hingga rata.
5. Adunan dibahagikan 2. 1 bhg di campurkan dgn serbuk koko dan 1 bahagian lg ditambahkan dgn 25gm tepung gandum. Gaul rata.
6. Kukus bahagian koko dulu selama 15 minit atau hingga masak , menggunakan api yg sederhana. Masukkan bahagian putih pula dan terus kukus selama i5 minit lagi atau sehingga masak.
7. Sejukkan kek baru dipotong. Kek ini lebih sedap jika dimakan ke esokkan hari.....lebih moist!!



Selasa, 21 Januari 2014

Talam Kentang Lapis Durian


TALAM KENTANG LAPIS DURIAN
Olahan : UDA


Bahan bawah:
300gm kentang yg telah didadu ~ rebus
50gm gula pasir
800ml santan
150gm tepung beras
60gm tepung gandum
1sb tepung ubi
1/2st garam
warna kuning

Bahan atas:
150gm tepung gandum
650gm santan
200gm gula pasir
3 sb isi durian
2 bj telur
2 helai daun pandan ~ disimpul
warna hijau , warna pink



Caranya:
1. Panaskan air kukusan. Loyang 10x10in dialas dgn plastik dan disapu sedikit minyak.
2. Satukan kesemua bahan bawah kecuali kentang. Gaul sebati dan tapis.
3. Kacau atas dapur hingga naik wap dan masukkan kentang, kacau rata, tutup api.
4. Masukkan adunan kedalam loyang, kukus dgn api sederhana hingga masak.
5. Satukan semua bahan atas kecuali pewarna. Gaul sebati dan tapis.
6. Kacau atas api sehingga naik wap. Tutup api.
7. Adunan dibahagikan dua. Satu warnakan hijau dan satu lagi warnakan pink.
8. Apabila adunan bahagian bawah dah masak dan mengeras, carikkan dgn lidi dan tuang adunan warna hijau. Kukus selama 10 minit atau hingga masak.
9. Dah masak, carikkan dgn lidi dan tuang adunan warna pink pula dan kukus selama 20 minit atau sehingga masak.
10. Sejukkan baru dipotong.



Khamis, 16 Januari 2014

Bingka Crackers Marble



BINGKA CRACKERS MARBLE
Sumber : Azlita masam manis
Olahan: UDA


Bahan A
35 keping biskut cream crackers ~ biskut tawar
128gm tepung gandum
1 1/2 cawan gula pasir
4 bj telur
1050ml santan
secubit garam
2sb butter

Bahan B
2 st perasa pandan + warna hijau
2sb serbuk koko 
sedikit vanila + warna kuning
sedikit vanila + warna pink
bijan secukupnya



Caranya:
1. Satukan semua bahan A, gaul rata dan mesin hingga halus.
2. Adunan dibahagikan kepada 4 bahagian. Tambah perasa dan pewarna.
3. Loyang disapu dgn margerin dan dipanaskan sebentar.
4. Masukkan adunan berwarna dalam loyang secara selang seli seperti kek marble. Hati2 dan kene sabar sebab, adunan ini tak pekat seperti adunan kek.
5. Dah siap, tabur bijan atas adunan. Bakar selama 1 jam atau sehingga masak pada suhu 180C.



Sabtu, 11 Januari 2014

Donut Pistachio.....gebu n montok!!!!!



DONUT PISTACHIO

Bahan A:
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan pistachio ~ yg telah dikisar halus
1/2 sb mauripan
3 sb gula halus
1/4st garam
2 sb susu tepung
1/2 st bread improver
1/2 st pelembut roti
3 sb margerin/butter

Bahan B:
1/2 cawan air suam
1 bj telur
sedikit warna hijau


Caranya:
1. Satukan bahan A, gaul rata hingga sehingga seakan2 serbuk roti. 
2. Dah sebati, masukkan bahan B. Uli hingga lembut dan licin. Saya guna mixer je!!!
3. Biarkan adunan selama 30 minit atau hingga naik.
4. Bentukkan adunan dan tunggu naik barulah digoreng.
5. Salutkan dgn gula halus ataupun cooking coklat.

                                    inilah rupanya donut pistachio sblm disalut dgn gula/coklat
                                   

Kuih Bom Lobak Merah


KUIH BOM LOBAK MERAH

Bahannya:
300gm lobak merah ~ direbus dan dihaluskan
30gm gula halus
2sb butter
2sb susu tepung
280gm tepung pulut
inti kacang merah secukupnya
bijan putih & hitam secukupnya


Caranya:
1. Satukan lobak merah, butter, gula, susu tepung dan tepung pulut separuh dulu. Uli rata dan sebati. Tambah tepung lagi dan jika dah boleh dikepal, tak perlu dihabiskan tepung tu. Jika masih lembik, tambah tepung lagi.
2. Ambil sedikit adunan, letak inti didalamnya dan tutup kemas. Buat hingga habis.
3. Sapukan adunan dgn sedikit air kemudian golekkan ke dalam bijan. Penggunaan air supaya adunan basah dan bijan akan melekat sempurna dan cantik.
4. Biarkan adunan seketika lebih kurang 30 minit. Kalau terus goreng, kuih akan meletup dan tak cantik.
5. Goreng dgn api yg sederhana hingga kuning keemasan.

Selasa, 7 Januari 2014

Caramel Pistachio Cake


CARAMEL PISTACHIO CAKE

CARAMEL
Bahannya:
1/2 cawan gula pasir
1/4 cawan air

Caranya:
Satukan gula dgn air separuh, masak hingga perang. Tuang baki air dan sejukkan.





BAHAN KEK

150gm butter bermutu tinggi
200gm gula halus
70gm caramel
2 bj telur A
100gm kacang pistachio ~ dikisar halus
250gm tepung gandum ~ diayak
1/2st baking powder ~ diayak
1 cawan susu cair
1 st vanilla
secubit garam


Caranya:
1. Putar butter bersama gula hingga kembang
2. Masukkan telur sebiji2
3. Masukkan caramel
4. Masukan tepung, baking powder, pistachio kisar dan vanilla
5. Putar hingga sebati dan masukkan susu sedikit2. Masukkan pewarna dan putar lagi hingga rata.
6. Masukkan dalam loyang dan bakar 45 minit atau hingga masak dgn suhu 180C.

Ahad, 5 Januari 2014

Seri Lapis Labu


Assalamualaikum, salam bahagia dan salam sejahtera. Semuga Allah permudahkan segala urusan harian kita bersama keluarga tercinta. Jalan2 dgn mr google.....terjumpa resepi ni kat blog Azlita Masam Manis. Terus terpaut dgn keserian Seri Lapis Labu ni!!!. Kalau sekali baca macam leceh je, dah keluar semua barang, simpan semula. Hari ni nekad, nak buat juga!!. Alhamdulillah menjadi, lembut dan terasa lemak labunya tu!!. Tapi......untuk menjimatkan masa saya yg sememangnya dah mula sibuk ni, saya tak ikut keseluruhan cara membuatnya dalam resepi tu. Kalau ikut resepi asal, santan kene masak dulu, kemudian kene sejukkan. Labu kene parut semuanya...adoi!!!. Bab memarut yg tak boleh, ada problem kat bahu ni. So, yg lapisan bawah saya guna labu yg diparut, bahagian atas....saya potong nipis2 kemudian blender dgn santan. Jangan cakap banyak, jom kita intai....


SERI LAPIS LABU
Sumber : Azlita masam manis
               Izah Akma Singahsana Kitchen


Bahan Lapisan Bawah: 

150gm labu ~ diparut kasar
700ml santan
100gm gula pasir
120gm tepung beras
 60gm tepung gandum
   1sb tepung ubi
1/2st garam
daun pandan ~ disimpul

Bahan Lapisan Atas:

150gm labu diparut ~ saya potong nipis2
170gm gula
120gm tepung beras
700ml santan
  70gm tepung gandum
    1sb tepung ubi
     2 biji telur
1/2st garam
warna kuning dan hijau
daun pandan ~ disimpul



Untuk Lapisan Bawah
1. Dalam bekas, satukan semua tepung. 
2. Tambah santan, kacau sebati dan tapis dalam periuk.
3. Masukkan gula, garam dan daun pandan, kacau diatas api yg sederhana besar hingga naik wap.
4. Masukkan parutan labu, kacau rata dan tutup api.
5. Tuang adunan dlm loyang 10x10in (alas dgn plastik dan oles sedikit minyak masak). 
6. Kukus hingga masak.
7. Garis2kan dgn lidi apabila nak masukkan lapisan atas nanti.

Untuk Lapisan Atas
1. Dalam bekas, satukan semua tepung.
2. Tambah separuh santan dan telur, kacau rata dan sebati.
3. Tapiskan ke dalam periuk.
4. Blender labu dgn separuh lagi santan, terus tuang dalam periuk tadi dan masukkan gula, garam dan daun pandan.
5. Kacau atas api hingga naik wap, tutup api.
6. Bahagikan adunan kpd 3 bahagian. 2 bhg diwarnakan dgn hijau dan 1 lagi warnakan dgn kuning.
7. Tuang satu bahagian hijau atas lapisan bawah bawah tadi dan kukus hingga masak.
8. Lakukan dgn cara yg sama untuk 2 bahagian warna lagi. 
9. Pastikan.....garis2kan dulu baru tuang lapisan seterusnya.
10. Sejukkan dulu sebelum dipotong.

Sabtu, 4 Januari 2014

Jemput jemput Cempedak


JEMPUT JEMPUT CEMPEDAK

Bahannya:
1 3/4 cawan tepung naik sendiri
1 cawan isi cempedak ~ yg dah dibuang biji
1 biji telur
1/2 sb margerin
1/4 cawan gula
1/4 cawan air
sedikit esen vanilla

Caranya:
1. Satukan isi cempedak, telur, margerin, gula dan air. Mesin hingga halus.
2. Campurkan bahan yg dimesin kedalam tepung, gaul rata dan sebati. Campurkan vanilla.
3. Jika adunan terlalu lembik, boleh tambah sikit lagi tepung.
4. Panaskan minyak dan goreng adunan hingga masak.


                                          buat comel2 cam ni......ambik sebiji terus ngap je!!!!!