Saya ada bagitahu........satu adunan roti manis tu, boleh dipelbagaikan. Kita boleh bubuh atasnya chiken floss samada yg pedas atau manis, kita boleh tabur keju, coklat rice dsbnya. Yang ni...saya bubuh sosej didalamnya, sos cili dan mayonis di atasnya. Sosej tu kene rebus dulu, satu batang dikerat 3. Kalau roti tu seketul2 bulat, potong dua....kalau bujur memanjang, tak payah potong. Kepada yg dah arif buat roti, mesti cakap.....eleh, itupun nk bagitahu, senang je. Memang ramai yang dah tahu tapi lebih ramai yang tak tahu ...mcm saya sblm ni. So....sapa2 yg baru berjinak2 dlm meroti ni......rajin2lah mencuba.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan