Khamis, 8 November 2012

Tart telur portugis







Assalamualaikum dan salam jumaat. Hari ni tak berapa sibuk, tapi esok dan lusa kene macam lipas kudung. Tak sibuk, sempatlah buat tart ni....yg dah berapa kali tertunda. Kulit pastry dah 3 @ 4 kali keluar masuk peti ais je......Kekadang dah macam orang mengidam....nak buat dan makan itu ini. Tart ni sedap makan panas2 @ suam2 .....kulit dia masih rapuh. Inti dia memang sedap, lembut je. Tapi, saya punya bila dah keluar dari oven....inti dia mendak. Memang begitu ke kejadiannya atau tart saya ni 'over cook'.?. Tak pe....nanti try lagi.....bila tu.....tahun depan kot!!!! hahaha.





TART TELUR PORTUGIS
Sumber: mas-dapurmas blogspot

Bahan Untuk Crust::
1 paket puff pastry (saya guna KAWAN)

Bahan Filling:
1 cawan susu cair @ segar (saya guna susu cair)
4 biji telur
1 cawan gula halus (saya guna 3/4 je)
1 cawan air
1 sb tepung kastard (saya letak 2sb)
1/2 st vanilla

Cara membuat crust:
Ambil sekeping puff pastry, potong 2. Tekan2kan dalam bekas tart. Sekeping puff pastry dapat 2 biji tart.

Cara buat filling:
Pukul lembut gula dan telur, biar sebati.
Masukkan bahan lain, kacau sebati dan tapis .
Tuang filling dalam puff pastry tadi.
Bakar pada suhu 190C selama 30 minit dgn api atas bawah.








Tiada ulasan:

Catat Ulasan