Jumaat, 31 Mei 2013

Lepat Labu Kuning



LEPAT LABU KUNING

Bahannya:
320gm labu ~ yg telah direbus & dihaluskan
100gm gula
60gm sagu biji ~ dicuci, direndam dan toskan
100gm tepung gandum
50 - 80ml santan pekat ~ saya guna santan kotak
Sedikit garam
Daun pisang secukupnya.





Caranya:
1. Campurkan semua bahan kecuali santan, kacau sebati.
2. Masukkan santan sikit2 dulu. Kalau adunan dah lembik, tak perlu habiskan. Jika adunan nampak terlalu pekat, tambah lg santan .
3. Ambil lebih kurang 2sb adunan, letak atas daun pisang, lipat seperti lepat biasa. Kukus 25 - 30 minit atau hingga masak.






Rabu, 29 Mei 2013

Donut Labu

Assalamualaikum dan salam ceria. Semalam mendonut.....donut labu. Memang gebu dan lembut je. Lebih kurang macam donut kentang tapi.....rasanya lebih gebu yang labu ni. Masing2 citarasa......ye tak?. Kebetulan ada labu sebiji....kenalah cuba!!!. Jom kita layan.....






DONUT LABU
Sumber : Tun Telani
Di Olah : UDA

Bahan :
200gm puri labu ~ labu yg
direbus dan dilecek halus
500gm tepung gandum
100gm gula halus
50ml susu cair
11gm yis ~ 1 bungkus
75gm margerin
1/2st garam
2bj telor


Caranya:
1. Campurkan semua bahan kecuali margerin. Uli rata (saya guna mixer).
2. Dah rata, masukkan margerin, uli lagi hingga licin dan tak melekat di tangan. Klu melekat sikit2, ok la tu.
3. Adunan ni tak perlu tambah air sbb  labu sendiri dah berair. Tetapi jika adunan nampak kering, boleh tambah sedikit lg susu cair @ air.
4. Tutup adunan dan biar selama 15 - 20 minit atau hingga naik.
5. Ambil adunan dan bentukkan bulat. Buat hingga habis dan biarkan naik baru digoreng.
6. Lepas digoreng, salut dgn gula halus atau dgn coklat.





Isnin, 27 Mei 2013

Talam Banjar

Assalamualaikum dan salam bahagia. Dah lama tak menalam!. Kekadang teringin nk menalam tapi .....mood M tu over sangat. Makan nak, nak buatnya malas. Memang tak pernah beli pun kuih2 cam gini. Sedap ke tak, jadi ke tak.....lebih suka buat sendiri. Makannya memang tak banyak mana pun tp kepuasan dapat membuatnya tu yang rasa ' semacam'.....rasa puas  bila kita buat menjadi dan kalau tk jadi.....kita tahu dimana silapnya. Itulah kepuasan sebenar. Menalam ni, saya memang tk pernah pergi ke kelas untuk belajar. Kesalahan dan kesilapan.....itulah guru sebenar saya. Alhamdulillah, berkat minat dan kesungguhan, saya pernah menjual aneka talam....dari warung hinggalah ke hotel. Pengalaman dan kenangan .....membuat saya tersenyum sendiri. Ianya berharga buat saya.





Talam yang satu ni memang dah lama benar tak membuatnya. Kalau dulu, tiap2 minggu masuk dlm list. Salah satu talam menjadi kegemaran pelanggan saya ....di masa lalu...hehehe!!!!. Tetiba teringinlah pulak. Talam ni memang sedap, lembut dan terasa aroma daun pandan. Resepi ni dah bertahun dlm simpanan......resepi dari arwah mak sedara di Spore. Di sini, saya panjang2kan lg resepi ni semuga sama2 dpt kongsi ilmu. Jom kita layan.....



TALAM BANJAR

Bahan bawah (A)
250gm tepung beras
1050gm santan sederhana pekat
Garam secukup rasa

Bahan atas (B)
150gm tepung gandum
250gm gula pasir
650gm santan pekat  + air pandan (10 helai daun pandan + 2 cwn air, dikisar)
2 bj telur
Sedikit garam
Pewarna hijau



Caranya:
1. Panaskan kukusan. Alas loyang 10 x 10 in dgn plastik dan sapu sedikit minyak.
2. Campurkan semua bhn A dlm bekas, gaul sebati dan tapis. Masuk dlm periuk, kacau hingga naik wap, tutup api. Masuk adunan dlm loyang dan kukus selama 10 minit atau hingga ditekan dgn jari, tak melekat.
3. Campur semua bhn B, kacau sebati / blender halus, masuk dlm periuk. Masak hingga naik wap, tutup api.
4. Bila bhn A dah tak melekat kat jari, carikkan dgn pisau / lidi, tuang bahan B diatasya.
5. Kukus selama 25 - 30 minit dgn api yg sederhana atau hingga masak ( bila tekan dgn jari dah tak melekat).
6. Sejukkan. Tunggu betul2 sejuk, baru boleh dipotong.




Kek Lapis Kukus Oreo

Assalamualaikum dan salam bahagia. Kepada yg bercuti sempena cuti persekolahan, selamat bercuti dan hati hati didalam perjalanan. Semuga segalanya dipermudahkan. Saya pun berkesempatan balik kampung sekejap.....dah lama tak balik walaupun hujung minggu banyak dapat undangan kenduri kahwin. Sempat juga saya menyiapkan kek lapis ni untuk  mak. Kek yg lembut dan gebu ni memang sedap dan membuatnya pun senang. Resepi saya copy dari anak sedara....yg asalnya adalah kek kukus lapis prune. Memandangkan prune tak de kat rumah ni, saya letak biskut oreo. Eemmmm......memang best walaupun kuantiti oreo tk mencukupi....next time letak lelebih biskut oreo !!!!!. Jom kita intai.....







KEK LAPIS KUKUS OREO

Bahannya:
250gm tepung gandum
1st serbuk penaik
250gm butter
180gm gula castor
5bj telur
1cawan susu pekat manis
Warna hijau, oren, pink, lemon yellow ~ ikut citarasa
Biskut oreo ( dibuang cream) secukupnya






Caranya:
1. Tepung gandum dan serbuk penaik diayak bersama. Ketepikan.
2. Putar gula bersama butter hingga kembang.
3. Masukkan susu pekat, kemudian diputar lagi.
4. Masukkan telur dan putar lagi hingga kembang dan sebati.
5. Masukkan tepung sikit2 dan kaup balikkan.
6. Adunan dibahagikan kepada 4 bahagian dan diwarnakan ikut citarasa masing2.
7. Adunan warna hijau dimasukkan dlm loyang, susun biskut dan kukus selama 5 - 10 minit. Kukus selang seli sampai adunan habis. Kukus selama 1jam atau hingga masak.
8. Sejukkan kek sebelum dikeluarkan  dari loyang.
9. Simpan satu hari baru sedap dimakan.










Isnin, 20 Mei 2013

Ubi Goreng Berlada

Kudapan yg sedap dan senang menyediakannya. Jom.....





UBI GORENG BERLADA

Bahannya:
500 gm ubi ~ dipotong2 sederhana nipis
Serbuk kunyit
Garam secukupnya
Gula dan garam secukupnya
minyak untuk menggoreng dan menumis

Bahan dimesin:
2 bj bawang putih
Segenggam lada ~ klu tk suka pedas, kurangkan
Segenggam ikan bilis ~ lebih pun tak pe ~ lada dah halus baru masukkan ikan bilis, mesin sebentar saja






Caranya:

1. Ubi digaul dgn kunyit dan garam, digoreng garing. Ketepikan
2. Panaskan minyak, tumis bahan dimesin hingga wangi dan garing .
3. Masukkan gula dan garam, kacau sebati. Sambal ini hendaklah terasa manisnya baru sedap.Sambal jgn terlalu kering, nanti tak dapat  menyalut ubi dgn sempurna.
4. Tutup api, masukkan ubi goreng tadi dan gaul sebati dan rata.



Pindang Meranjat



Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pindang Meranjat...?. Pindang yg sedap style Indonesia. Meranjat ni....nama tempat di daerah Sumatera yg memang terkenal dgn masakan pindang....ikan atau pun daging. Kalau resepi asal, kuahnya mesti kecoklatan sebab diletak kicap, gula merah dan kunyit yg dibakar.  Tetapi saya ubah ikut selera saya dan memang sedap, macam asam rebus pun ada, tom yam pun ada. Lauk2 begini memang peberet !!!!!!!!. Sesiapa nak cuba, jom.....resepi asal pun saya share di sini......





PINDANG MERANJAT
Sumber : Sajian Sedap
Di Olah : UDA


Bahannya:
200gm daging ~ dihiris tipis, direbus empuk dan buangkan lemak2 yg timbul.
1 batang serai ~ dititik
1 in lengkuas ~ dititik
sedikit daun salam ~ saya ganti daun limau
1 bj lada hijau (dibelah) ~ saya ganti 6 bj cili padi di ketuk
1 bj lada merah (dibelah) ~ saya mesin
1 bj tomato ~ belah 6
sedikit kicap manis ~ tak letak
asam jawa ~ saya guna air limau
sedikit lada sulah
sedikit gula merah ~ tak letak
garam secukup rasa
saya tambah ~ saleri , brokoli dan bendi

Bahan dimesin:
3 biji bawang merah
2 biji bawang putih
1 tangkai lada merah
sedikit halia
kunyit bakar ~ tak letak 

Caranya:
1. Dalam rebusan daging tadi, masukkan bahan yg dimesin, serai, lengkuas, daun limau, cili padi, lada sulah dan air limau. Tambah air lagi jika perlu. Masak hingga mendidih.
2. Rasakan garam, masukkan tomato, saleri, brokoli dan bendi. Biar mendidih lagi dan tutup api.
2. Sedap dimakan panas2 bersama nasi ataupun makan begitu saja




Puding Roti Karamel

Assalamualaikum dan salam bahagia. Dah lama tak buat puding karamel....teringinlah pulak. Kebetulan roti ada kat rumah ni, buatlah puding roti karamel. Nak menceriakan lg rupa dan rasa....saya warna warnikan adunan tu dan letak perasa pandan dan strawbery. Ingatkan tk de apa yg ' mencacatkan' puding ni. Tapi dah nasib.....bila angkat loyang dari kukusan, karamel saya meleleh. Nak kata bocor, masa masak gula hangus terus dalam loyang tadi, tak pulak meleleh keluar. Mungkin bila dh kukus, gula dah cair....dia keluar ikut cantuman lengkongan loyang yg berlekuk2 tu.. So, bila tengok mcm cacatlah pulak, karamel tinggal sikit2 je. Tak pe lah....janji sedap dan dapat lepaskan ' hajat' tekak saya ni. Jom.kita intai....








PUDING ROTI KARAMEL
Di olah : UDA

Bahan karamel:
4 sb gula pasir
1/4 cawan air
** masuk air dan gula dlm loyang, masak atas api yg kecil hingga keperangan. Tutup api, sejukkan.

Bahan puding:
7 keping roti putih
3 biji telur
1/2 cawan susu pekat
2 cawan susu cair
Pewarna ~ merah, hijau dan kuning
Perasa ~ ikut citarasa



Caranya :
1. Campur semua bahan kecuali pewarna dan perasa. Blender hingga halus.
2. Bahagikan adunan kpd 3 bahagian, warnakan dan letak perasa kegemaran.
3. Tuang adunan selang seli dlm loyang yg ada karamel. Adunan puding ni cair, bila tuang adunan berwarna, ada warna yg akan tenggelam. Tak apa, bila dah kukus nnti, cantik je kejadiannya.
4. Kukus selama 30 minit atau hingga masak.
5. Bila dh masak, sejukkan. Biar betul2 sejuk baru diterbalikkan dan dipotong.
6. Sedap dimakan bila disejukkan dlm peti ais.









Ahad, 19 Mei 2013

Kuih Ros....Manis vs Pedas

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ini berkesempatan membuat kuih Ros @ Goyang. Kuih orang lama.....tetapi sentiasa ada peminatnya tersendiri, baik yg tua maupun yg muda. Kiranya.....ini kali ke 2 saya membuatnya sepanjang hidup saya...hehehe!!!!. Kali pertama dulu, masa baru2 kawin, buat bersama2 mak mertua. Dalam hati.....tak nak buat lagi, kene kesabaran yg tinggi baru boleh. Nak habiskan adunan satu paket tepung beras tu....boleh meroyan urat satu badan. Tetapi, baru2 ni saya terjumpa acuan kuih ros kepunyaan mak mertua tu lagi. Tetiba terdetik dihati nak cuba buat sendiri walaupun tahu ' dugaannya'. Salah satu dugaannya ialah, kalau acuan melekat. Sapa yg pernah buat dan melekat, tahulah macam mana perasaannye. Memang geram....walaupun acuan dah direndam dalam minyak panas . Tapi, bila kuih menjadi dan sedap, hilang segala rasa dan emosi tadi tu. Kali ni saya buat separuh adunan tapi....banyak juga dapat. Adunan tu saya bagi 2 , saya buat kuih ros manis dan separuh lagi saya buat rasa pedas. Nampak gayanya, yg pedas habis dulu. Memang sedap sbb seakan2 rempeyek pun ada!!. Yang manis pun sedap, bila saya letak bijan hitam, bertambah sedap dan lemak rasanya. Kiranye.....hasil kesabaran dan titik peluh berjujuran keluar hari ni, berbaloi dan kuih menjadi dgn jayanya.....hehehe!!!!. Jom kita intai.....





KUIH ROS........VERSI MANIS DAN PEDAS

Bahan adunan asas:
250gm tepung beras
1 cawan tepung gandum
2 1/2 cawan santan sederhana pekat ( jika pekat,  tambah lagi sikit)
1 biji telur
1 st air kapur

Caranya:
Satukan semua bahan, bahagikan kepada 2 bahagian. 1 bahagian ditambah dgn bahan manis dan 1 lagi bahagian ditambah bahan rempah.




Bahan kuih Ros manis tambah:
1/4 cawan gula
Sedikit esen ros
Sedikit garam
Sedikit pewarna kuning
Bijan hitam secukupnya




Bahan rempah kuih Ros pedas:
1 st jintan kasar *
1 st jintan halus *
1 sb ketumbar *
2 bj bawang putih*
1/2 cawan ikan bilis *
4 st lada serbuk ~ ikut pedas
Sedikit gula
Garam secukup rasa
** diblender kering hingga halus


Caranya :
1. Panaskan minyak dan biarkan acuan terendam dlm minyak panas.
2. Angkat acuan dan celup dalam adunan( jgn sampai permukaan atas acuan). Masuk dlm kuali dan goyang2kan sedikit supaya adunan keluar dari acuan. Jika tak boleh keluar, ambil lidi dan tolak2kan sikit adunan tu supaya longgar dan senang keluar.
4. Goreng hingga keperangan , angkat dan toskan.



Omelette Cheese

Omelette yang senang, cepat dan sedap dimakan begitu saja.




OMELETTE CHEESE

Bahannya:
4 bj telur
1 bj bawang putih ~ ditumbuk halus
1/2 bj bawang holland ~ didadu
Isi udang secukupnya~ didadu kasar
4 btng jejari ketam ~ dipotong 4
Serbuk lada sulah secukupnya
Sos ikan / garam secukupnya

Bahan tabur:
Keju parut / slice secukupnya
Lada sulah n lada hitam secukupnya


Caranya:

1. Pukul telur hingga kembang, masukkan bahan lain dan kacau rata.
2. Gris loyang atau bekas aluminium dgn butter. Masukkan adunan, hias dgn bahan tabur.
3. Bakar dalam oven pada duhu 180C selama 40 minit atau hingga masak.
4. Sedap dimakan panas2 dgn cili sos.

Sup Ayam Bersantan

Assalamualaikum dan salam bahagia. Hari ni nk kongsi sup ayam yg simple dan sedap. Rasanya ala2 tom yam gitu!!!. Sesekali buat sup seperti ini, anak2 mesti suka. Kalau letak daun limau lg sedap tp saya dah kehabisan .....terlupa nk ngecek daun limau kat jiran sebelah. Jom kita intai.....



SUP AYAM BERSANTAN
Di Olah : UDA

Bahannya:
300gm isi ayam ~ dihiris memanjang
1 kiub pati ayam
1/4 cawan santan pekat
4 tangkai cili padi ~ ikut pedas
Sedikit lengkuas ~ dihiris
Sedikit carrot ~ dipotong serong
1 batang saleri ~ dipotong serong
Lada sulah berperisa Ajishio secukupnya
Air limau secukupnya
Garam dan gula secukupnya
Air secukupnya



Caranya:
1. Didihkan air, masukkan lengkuas, kiub ayam, isi ayam, carrot, lada sulah. Masak hingga mendidih.
2. Masukkan saleri, cili padi , santan, air limau, garam dan gula, kecilkan api dan masak hingga mendidih.
3. Sedap dimakan panas2 begitu saja ataupun makan dengan nasi.



Rabu, 15 Mei 2013

Kerepek Almond ......rangup!!!!!!



Assalamualaikum, salam bahagia dan salam ceria. Hari ni nak kongsi resepi kudapan yang sedap dan crispy!!!!. Sebelum ni dah buat tapi....biasalah 1st time, over cook.....!!!!!!. Bahan dan cara membuatnya senang tapi kepanasan oven tu kene hati2. Silap perhitungan, bahagian bawah dah perang dan hampir 'rentong', bahagian atas masih putih. 2nd time ni dah berjaya dan dah lulus.....semua kerepek jadi dgn cantiknye....hehehe (perasan jap). Satu adunan....dapat tk banyak, sekali ngadap dh licin. So, sesapa yg berminat, boleh doublekan. Jom kita intai.....


KEREPEK ALMOND
Sumber : Yani @ myresepi
Di Olah : UDA


 Bahannya:
 30gm tepung gandum
 50gm gula halus
 Secubit garam
2 bj putih telur
Sedikit esen vanilla
 25gm butter ~ dicairkan
 75gm almond flake
 Sedikit bijan putih dan bijan hitam
 Aluminium Foil secukupnya
 Margerin untuk melengser






 Caranya:
1. Masukkan tepung, gula dan garam dlm mangkuk. Kacau rata.
 2. Masukkan putih telur dan kacau sebati.
3. Masukkan butter cai dan vanilla. Kacau rata.
4. Masukkan almond flake, kacau perlahan , tutup adunan dan biarkan 20 minit sblm dibakar.
 5. Panaskan oven pada suhu 150c. Loyang dialas dgn aluminium foil dan lengser dgn margerin.
 6. Ambil 1/2 st adunan, letakkan atas aluminium foil, ratakan senipis yg boleh. Tabur bijan.
7. Bakar selama 10 - 15 minit, ikut kepanasan oven masing2 hingga perang.
8. Keluarkan dari oven dan terus keluarkan kerepek dari loyang ketika panas2.
 9. Sejukkan dan simpan dlm bekas kedap udara.


                                        ratakan adunan senipis macam ni...........





Selasa, 14 Mei 2013

GRILLED SPICY DORY FISH

GRILLED SPICY DORY FISH
Sumber : Siti Juliana Liman






Bahannya:
2 keping ikan dory ~ saya guna 1 keping
1sb sos tiram
1st sos ikan
1 kiub tom yam knorr ~ saya guna 1sb pes tom yam
1 bj bawang besar potong 8 ~ saya guna 1/2 bj
1 bj tomato ~ potong 6
1in halia ~ hiris nipis
3 tangkai cili padi ~ ikut pedas
Kacang bendi dipotong2 ~ saya letak batang saleri, brokoli n daun bawang
3 helai daun limau purut di hiris halus ~ ini saya tambah



Caranya:
1. Ikan dibersihkan dan perapkan dgn sos tiram, pes tomyam, sos ikan.
2. Letak ikan atas aluminium foil, tabur bahan2 yang lain atas ikan, bungkus kemas2.
3. Bakar pada suhu 200C selama 20 minit atau sehingga masak ~ bergantung kepada kepanasan oven masing2.
4. Sedap dimakan panas2.


Isnin, 13 Mei 2013

Agar Agar Lapis Keladi

Assalamualaikum, salam sejahtera. Cuaca hari ni memang panas, sampai ke malam pun masih panas. Hujan ke panas ke.....semuanya kuasa Allah ye tak?. Panas macam ni.....peniaga yang menjual air memang untung!!!. Alhamdulillah......dalam panas, ada hikmahNYA. Cuaca macam ni, jom kita layan yang sejuk2....dapat minuman ABC, sedapnya!!!!.  Kalau tak pun, jom kita layan agar2 yang sedap ni. Sesiapa yang minat dengan keladi, boleh cuba resepi yang satu ni.....




AGAR AGAR LAPIS KELADI (loyang 9 x 9)
Sumber : Citarasawan
Di Olah : UDA



Bahan A (santan)
15gm serbuk agar agar 
1000 ml air
200gm gula pasir
50gm santan serbuk

Bahan B (keladi)
15gm serbuk agar agar
800ml air
200gm gula pasir
250gm keladi ~ didadu dan direbus (kisar dgn 200ml air)
1 st esen keladi ~ saya tambah
pewarna ungu secukupnya



Caranya:
1. Masak bahan A hingga mendidih. Kecilkan api.
2. Satukan bahan B, masukkan keladi kisar, warna ungu dan esen keladi. Masak hingga mendidih, kecilkan api.
3. Loyang dibasahkan dulu dgn air. Tuang agar2 keladi dalam loyang, biar hingga hampir beku. Ambil garpu, garis2kan dipermukaannya, tuang pula agar2 santan. Ulangi melapis berselang seli hingga habis. Pastikan setiap lapisan, sukatan agar2 sama banyak, baru nampak cantik.