Sabtu, 8 Jun 2013

Pistachio Delight

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Petang jumaat, guruh berdentum dan kilat sabung menyabung. Hujan lebat gak tapi sekejap je. Kalau dpt tidur sekejap....alangkah nikmatnya. Tapi, mata ni tak pandai tidur di siang hari. Apa lagi, projek mengukis hari ni!!!!. Pistachio Delight.....memang rangup dan sedap. Lebih2 lg ada topping coklat putih di atas.....eeemmm anak2 mesti suka. Kalau dh ada coklat, mesti manis .....sesiapa nk mencuba, boleh kurangkan gula sedikit. Jom...kita layan biskut yg sedap ni!!!





PISTACHIO DELIGHT
Sumber : Chef Zubaidah


Bahan A:
140gm butter
100gm gula castor
1 bj kuning telur

Bahan B:
30gm badam kisar
20gm kacang pistachio kisar
180gm tepung gandum
50gm tepung jagung
1/2 st serbuk penaik

Hiasan:
Serbuk pistachio
Coklat masakan putih ~ dicairkan






Caranya:
1. Sebatikan bahan A.
2. Masukkan semua bhn B dan uli sebati.
3. Terap dgn acuan pilihan.
4. Susun atas dulang pembakar yg telah digris dan bakar pd suhu 180C selama 25 - 30 minit.
5. Setelah biskut sejuk, hiaskan dgn coklat masakan putih dan taburkan dgn serbuk pistachio






4 ulasan:

  1. Balasan
    1. waalaikumsalam...memang best, cubalah!!!!

      Padam
  2. Salam..

    Bila nak simpan dalam balang, agak2 pistachio tu akan berterabur ke tak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam......salam kenal. Tak berterabur sangat sbb dah melekat kat white coklat tu!!!!

      Padam