Assalamualaikum dan salam bahagia. Semuga semuanya sihat walafiat walaupun jerebu masih ada. Aktiviti harian tetap dilaksanakan tetapi aktiviti di luar rumah kalau boleh dikurangkan. Hari ni nak share menu simple saya yang memang mebeles!!!. Makan dgn nasi panas2....wow!!!! tak pandang lauk lain. Kalau suka pedas, boleh tambah cili padi, biar berasap telinga.....hehehe!!!. Jom....
TAUCHU BILIS LEMAK
Sumber : SAJI Febuari 2007
Di Olah : UDA
Bahannya:
Segenggam ikan bilis ~ belah dua dan dibersihkan
7 tangkai cili hijau ~ dihiris
2 labu bawang besar ~ dihiris
4 ulas bawang putih ~ dihiris
2 keping asam gelugur ~ saya guna air limau
2cm halia ~ dihiris
2 sb tauchu
**saya tambah ~ lada merah, cili padi dan buah tomato
Caranya:
1. Tumis bawang, cili dan halia hingga layu.
2. Tuang tauchu dan santan, kacau rata.
3. Masukkan ikan bilis, asam gelugur / air limau dan sedikit gula. Biar sebati.
4. Masukkan tomato dan biar lembab jangan kering sangat, angkat.
5. Sedap dimakan bersama nasi panas.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan