Khamis, 22 Januari 2015

Ayam Bakar Bumbu Rujak




Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kali ni nak kongsi ayam bakar atau panggang yang sangat sedap. Resepi Ayam  Bakar Bumbu Rujak.....saya copy dari bloger Indonesia, gegegerda. blogspot. Bahannya senang dan saya olah ikut citarasa kami sekeluarga. Yang membuatkan ayam ni sedap ialah sambalnya tu!!!!. Sambal ni juga boleh dimakan dgn nasi ayam penyek. Kalau nak tahu sedap ke tak...jom cuba!!!

AYAM BAKAR BUMBU RUJAK
Sumber : gegegerda. blogspot
Olahan : UDA


Bahannya:
1/2 ekor ayam ~ potong ikut citarasa
1/2 cawan santan pekat
2 helai daun limau purut ~ dihiris halus
sedikit air limau ~ boleh juga guna air asam jawa
garam & gula secukupnya
minyak untuk menumis


Bahan dimesin halus:
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
10 tangkai lada kering yg telah direbus ~ nk pedas boleh tambah cili padi
1 st ketumbar
1 batang serai
sedikit belacan
sedikit lengkuas
sedikit halia


Caranya:
1. Ayam dibersihkan dan dicucuk2 dgn garpu ataupun dikelar2 dgn pisau.
2. Panaskan minyak, tumis bahan yang dimesin dan daun limau hingga wangi dan garing.
3. Masukkan ayam dan masak hingga ayam separuh masak.
4. Masukkan santan, air limau , garam, gula dan masak hingga kuah pekat.
5. Sediakan loyang yg dialas dgn aluminium foil dan letakkan ayam diatasnya. Oleskan ayam dgn sambalnya sekali. Tak perlu dihabiskan.
6. Bakar dalam oven pada suhu 180C sehingga garing.
7. Hidangkan dgn sambal yang lebih tadi dan ulam ulaman. Sedap dimakan dgn nasi panas!!!!!


Sabtu, 17 Januari 2015

Nona manis


Alhamdulillah, akhirnya rajin gak mencuba buat kuih yang sangat sedap ni. Masih kena mencuba lagi selepas ni sebab dari segi kekemasan lom puas hati.....memang dah terserlah 'manisnya' tapi masih lom nampak 'ayunya' lagi......


NONA MANIS
Resepi asal : Warisan Mama
Sumber : Azlita Masam Manis
Olahan : UDA


Bahan A
1 bj telur
1/2 cawan gula halus
1 cawan santan
1 cawan tepung gandum


Cara : Satukan semua bahan, blender dan ketepikan.


Bahan B:
1/2 cawan santan pekat
1/2 cawan air pandan ~ 5 helai daun pandan + 1/2 cawan air diblender, tapis
1/4 cawan gula halus
1/4 cawan tepung jagung
secubit garam
pewarna hijau


Cara: 
1. Satukan semua bahan, kacau rata dan tapis. Tambah warna hijau.
2. Masak atas api sederhana hingga meletup2.
3. Satukan bahan A dalam bahan B.
4. Kacau rata hingga menjadi adunan yang pekat dan licin.
5. Ketepikan dulu.



Bahan C
1 cawan santan pekat
1 sb tepung jagung
1 sb gula ~ saya tak letak
1/2 st garam

Cara: Satukan semua bahan, masak atas api sederhana hingga pekat. Biarkan hingga suam. Masuk dlm piping bag ataupun dlm bag plastik, gunting bhn hujung.



Cara nak menghasilkan nona manis!!!

1. Panaskan kukusan. Guna acuan lompang, gris dgn sedikit minyak masak.
2. Tuang adunan hijau dalam acuan hingga 3/4 acuan lompang.
3. Kemudian paipkan adunan putih ditengah2 adunan hijau, tekan sedikit hingga adunan naik penuh acuan.
4. Kukus selama 7 - 10 minit atau sehingga masak.
5. Angkat dan sejukkan sebelum keluar dari acuan.



Ahad, 11 Januari 2015

Kuih Mangkuk Kastard Pulut Hitam




KUIH MANGKUK KASTARD PULUT HITAM
Sumber : CITARASAWAN


DOH KULIT

1/2 cawan tepung pulut hitam
1/2 cawan tepung pulut putih
1/2 cawan santan
1/2 st garam


INTI KASTARD

1bj telur A
1 1/2 sb tepung gandum
1/2 sb tepung kastard
2 sb gula pasir
1 cwn santan sederhana pekat
1/4 st garam
sedikit pewarna kuning

*** acuan lompang 13 biji ~ gris dgn minyak ( saya guna 11 sahaja)



CARANYA

1. Satukan bahan kulit, adun seperti kuih buah melaka.
2. Ambil doh, tekan dlm acuan seperti kulit tart. Trim bahagian atas. Kulit jangan terlalu tebal, buat nipis sedikit supaya tak liat. ( seperti gambar di atas)
3. Satukan bahan kastard, masak hingga naik wap.
4. Tuang dalam doh tadi.
5. Panaskan kukusan dan kukus selama 20 - 25 minit dgn api sederhana.
6. Sejukkan dulu baru keluarkan kuih dari acuan.


                                             saya letak coklat chip .....biar cun sikit!!!!!!