Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kali ni nak kongsi ayam bakar atau panggang yang sangat sedap. Resepi Ayam Bakar Bumbu Rujak.....saya copy dari bloger Indonesia, gegegerda. blogspot. Bahannya senang dan saya olah ikut citarasa kami sekeluarga. Yang membuatkan ayam ni sedap ialah sambalnya tu!!!!. Sambal ni juga boleh dimakan dgn nasi ayam penyek. Kalau nak tahu sedap ke tak...jom cuba!!!
AYAM BAKAR BUMBU RUJAK
Sumber : gegegerda. blogspot
Olahan : UDA
Bahannya:
1/2 ekor ayam ~ potong ikut citarasa
1/2 cawan santan pekat
2 helai daun limau purut ~ dihiris halus
sedikit air limau ~ boleh juga guna air asam jawa
garam & gula secukupnya
minyak untuk menumis
Bahan dimesin halus:
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
10 tangkai lada kering yg telah direbus ~ nk pedas boleh tambah cili padi
1 st ketumbar
1 batang serai
sedikit belacan
sedikit lengkuas
sedikit halia
Caranya:
1. Ayam dibersihkan dan dicucuk2 dgn garpu ataupun dikelar2 dgn pisau.
2. Panaskan minyak, tumis bahan yang dimesin dan daun limau hingga wangi dan garing.
3. Masukkan ayam dan masak hingga ayam separuh masak.
4. Masukkan santan, air limau , garam, gula dan masak hingga kuah pekat.
5. Sediakan loyang yg dialas dgn aluminium foil dan letakkan ayam diatasnya. Oleskan ayam dgn sambalnya sekali. Tak perlu dihabiskan.
6. Bakar dalam oven pada suhu 180C sehingga garing.
7. Hidangkan dgn sambal yang lebih tadi dan ulam ulaman. Sedap dimakan dgn nasi panas!!!!!