Memaparkan catatan dengan label Luahan rasa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Luahan rasa. Papar semua catatan

Selasa, 8 Januari 2013

Bila Hati Dah Terguris........

Assalamualaikum, salam sejahtera. Setiap manusia yang normal, Allah telah anugerahkan segala rasa dalam hati kita. Rasa suka, gembira, sedih, derita dan sebagainya. Tetapi, kita kene pandai 'membawa' segala rasa itu pada 'landasan' yang sepatutnya. Bila hati kita berbunga bahagia, suka, gembira, kita suka kongsi dengan insan yang dekat dengan kita. Tetapi bila hati kita terasa, terguris, sedih, kekadang sukar kita nak luahkan atau nak kongsi dengan kawan2 atau yang rapat dengan kita. Kenapa ya?.  Mungkin ungkapan.....kawan sama2 ketawa ramai, senang dapat, kawan sama2 menangis susah dicari.......masih boleh diguna pakai!!!!!

Kekadang, kita dah buat sehabis baik, ikhlas kerana Allah.....masih ada yang curiga. Belum cukup baikkah aku....mesti kata2 tu spontan lahir dari hati kita. Kekadang kita rasa kita dah cukup baik, dah ok tapi belum tentu di mata orang lain kita begitu. Untuk meyakinkan orang yang kita ni benar2 ikhlas, memang susah. Itu hanya kita dengan Allah saja yang tahu. Kekadang, memang susah nak cari orang yang 'seiring' dan 'sejalan' dengan kita. Jika berdiam diri itu lebih baik untuk kita, walaupun hati dah tercalar, terguris.....kita ubati sendiri dengan banyakkan berzikir dan muhasabah diri. Ampunkan setiap salah paham mereka pada kita, doakan yang baik2 untuk mereka.....in syaa Allah, kita tetap rasa bahagia walaupun sebenarnya hati kita dah terguris!!!!!

Rabu, 26 September 2012

Ibu dan Mertua.......siapa lagi penting?


Assalamualaikum....salam sejahtera. Tak kira walau dimana kita berada, sesibuk mana pun kita, sebesar mana pun pangkat kita, setinggi mana pun darjat kita...ibu dan bapa dilupa jangan. Martabat ibu dan bapa itu  kedua tertinggi selepas martabat Allah. Oleh itu, kita hendaklah sentiasa menghargai dan bersyukur......kerana merekalah kita dapat melihat bintang dan matahari. Sesiapa yang tidak bersyukur kepada ibubapa, maka dia tidak bersyukur kepada Allah.Hargailah mereka selagi mereka masih ada. Jika terlambat, menangis air mata darah sekali pun, mereka tak kan dikembalikan lagi kepada kita.
Nabi bersabda.....Sesiapa yang suka untuk dipanjangkan umurnya dan ditambahkan rezekinya, maka hendaklah dia berbuat baik pada ibubapanya dan sambungkan hubungan silatur rahim.

Kepada mak....Hjjh Awa@Mariam Bt Abd. Hamid, Uda doakan semuga mak sentiasa berada dibawah lindunganNYA. Sentiasa bahagia di dunia dan diakhirat, dikelilingi dan disayangi oleh anak2 dan cucu2. Uda juga selalu doakan mak agar sentiasa disinari cahaya keimanan, dilindungi dari fitnah kehidupan, fitnah kematian dan juga fitnah dajjal. Semuga dipanjangkan umur dalam keimanan, dalam kesihatan yg baik agar dapat terus menimba ilmu, sebagai bekalan di alam akhirat...... 'Ya Tuhanku, Kasihanilah kedua-dua ibubapaku sebagaimana mereka mengahsihani aku sewaktu aku kecil'. Uda sayangggg mak!!!!



Sebagai anak perempuan, setelah berumahtangga, tanggungjawab ibubapa terhadapnya diambil alih oleh suami. Isteri yang soleha, sentiasa mendengar kata dan suruhan suami selagi tak melanggar hukum Allah. Kalau dulu syurga dibawah tapak kaki ibu, setelah bersuami syurga itu ditapak kaki suami. Berlainan dengan anak lelaki, tanggungjawab terhadap ibubapa tanpa nokhta.....berbakti pada ibubapa sampai akhir hayatnya.
Lelaki yang baik....yang taat pada ibubapanya selepas taat pada Allah.

Sebagai isteri, jika kita sayang pada suami , kita juga hendaklah sayang kepada ibubapanya. Jika tiada mereka, tiadalah suami kita. Ibu....itulah sorang dalam dunia, tiada dua, tiada tiga..Isteri....hilang satu....dua, tiga, empat boleh dibuat pengganti. Ibu tiada galang gantinya.

Kepada ibu mertua......Hjh Teh Bt Abdullah, terima kasih tak terhitung rasanya kerana sudi menerima saya sebagai menantu sejak 20 tahun yg lalu. Segala teguran dan kritikan, menjadikan saya lebih dihargai dan disayangi hingga sekarang. Bagaimana mak menyayangi anak mak, begitulah juga saya menyayangi dia. Susah senang biar bersama, biar ajal dan maut yg memisahkan kami. Di mana dia berada, disitu ada saya.Walaupun mak sekarang dah tak ingat , siapa anak emak dan siapa saya.....insyaallah, kami akan terus menjaga emak dengan penuh kasih sayang dan rasa tanggungjawab. Kami tak pernah kesal dan mengeluh kerana Allah Maha Melihat, Maha Pengasih dan Penyayang. Semuga bakti kami ini menjadi contoh kepada anak kami nanti. 

'Ya Allah....permudahkanlah segala urusan ku, tabahkan hatiku, sucikanlah hati ku supaya sentiasa ikhlas dalam mendapatkan keredhaanMU'
'Ya Allah....sesungguhnya tulangku lemah dan kepalaku ditumbuhi uban dan aku belum puas pernah kecewa dalam berdoa kepada Engkau, Ya Tuhanku.'
'Ya Allah....ampunilah dosaku dan hilangkanlah kepanasan hatiku dan lepaskanlah aku dari syaitan yang terkutuk'
'Ya Allah....ampunilah dosa ibu mertuaku ini, selamatkanlah dia didunia dan diakhirat.'.......

...................AMIN...................

Ahad, 23 September 2012

Blog Yang Selalu Ku Intai......!!!!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulillah kita masih diberi kesempatan untuk terus bernafas.....menjalani kehidupan yg serba warna warni dan dapat terus membina hati dan keluarga bahagia. Selagi kita diberi kesempatan dan peluang, kita hendaklah sentiasa menghargai insan2 yang sentiasa berada disamping kita, yang bersama2 di kala susah dan senang, di kala derita dan bahagia. Hargailah mereka selagi mereka ada kerana mungkin esok adalah hari terakhir kita.....umur kita sehari semalam je!!!!!

Dikesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada blogger2 yg telah singgah ke blog saya. Almaklumlah, saya masih bertatih dan banyak hal saya kene pelajari dari mereka yg terlebih dulu 'makan garam'. Sebelum ni saya sering intai blog2 masakan atau pun blog2 santai.....untuk mencuba resepi terbaru, untuk hilangkan stress dan untuk mendapatkan info terkini. Antara blog2 yang saya intai :

Bebasberlari.blogsport.com
Santai Ben Ashaari
Que Achmad dot com
Yatiememories.blogspot.com
Che Mat Gebu Dapur Tanpa Sempadan
Mieza @ WAWMC
Sitidelima-dari dapur ct
Yat Easybakes.blogspot.com
Mamafami.blogspot.com
DayangJack @ DapurKu Sayang
Ovenkecil.blogspot.com
Liza @ Intai dapur
Azlita Masam Manis
Sue-hasue.blogspot
Noorsha.blogspot.com
Mamawandiha.blogspot.com


Sebenarnya ada banyak lagi tapi ada yg saya copy resepi, ambik petua dsbnya.....terlupa nak catit dari blog mana. Jika terkeluar resepi atau sebagainya dari blog anda dlm blog saya.....saya akan tulis sumber dari internet saja ye.....saya mohon banyak2 ampun dan maaf.

Kepada bloger2 yg saya sebut diatas, banyak sudah ilmu yg saya dapat, saya praktikkan. Dari situ timbul minat dan keinginan untuk mempamerkan hasil air tangan saya kepada anda khasnya dan kepada sesiapa saje yg sudi singgah ke blog saya amnya. Anda semua adalah sumber inspirasi saya. Jika ada tersalah fakta, terlajak kata, tersinggung rasa, saya mohon ampun dan maaf.......

"SESETENGAH PEKARA SESUAI BENAR DENGAN SEMUA ORANG, TAPI TAK SERASI DENGAN KITA. SESETENGAH PEKARA SERASI BENAR DENGAN  KITA, SERASI JUGA DENGAN SEMUA ORANG."


Wassalam....

Jumaat, 21 September 2012

Dah pandai meroti.....






Teruja......itulah yg dapat digambarkan perasaan saya sekarang. Mana taknya.....resepi roti berlambak dalam simpanan, macam2 roti, macam2 stail, macam2 rupa dan dari sumber yg berbeza2. Antaranya ada resepi dari Mat Gebu DTS, Kak Yati Sinar Kehidupan dll. Tapi bila meroti.....jadi roti bantat, bukan roti gebu macam diorang. Ini bukan kes salah resepi...tapi kes salah tangan yg menguli....hehehe.  Lagi satu...mungkin kurang kesabaran nak tunggu adunan tu menaik 2x ganda masa tu.

Itu dulu.....sekarang kesabaran tu dah 'diupgradekan'....hahaha. Alhamdulillah....akhirnya pandai gak meroti setelah sekian lama mencuba. Berkat tunjuk ajar dan tips tips serba ringkas melalui on line je, akhirnye menjadi. Terima kasih pada Liza Roti Manis....yg memang semanis roti manis orangnya, sudi beri resepi roti manis yg gebu2 kejadiannya. Semuga bizz Liza semakin berkembang di seluruh Malaysia......


Khamis, 20 September 2012

Tragedi 29 Syawal 1433H dlm kenangan

Bila sebut tragedi....tentu suspen. Ingatkan accident ke atau hal2 yg boleh mengugat tangkai hati dan meruntun jiwa. Sebenarnya...keracunan makanan je. Wpun tak serius  tahap ICU....tapi lomah seluruh badan beb!!!!.. Bila dah muntah muntah dan ehem ehem sampai tiga empat kali.....dah tak de apa nk dikeluarkan lagi.....jalan pun rasa badan melayang. Pergi klinik apa lagi.....injectionlah!!!.

Dalam 3 hari gak melepek je....selera makan langsung tak de. Apalagi.....gastrik lak mari....aduhai!!!!! Berat badan turun sekilo lebih......(bagus gak).   Tekanan darah pun rendah.....mana kepala tak senoneng dibuatnya. Dugaan Allah nak beri....terimalah dgn redha .

Rezeki jangan ditolak.....Oleh kerana syawal terakhir (biasalah orang Johor, raya sebulan), ramai yg buat jamuan hari tu. Ada yg jamuan raya merangkap kenduri nak pergi menunaikan haji sekali. Sampai 4 buah rumah tu...dlm masa 1 hari. Nak kata melantak....tak juga, makan masih under control sbb bulan syawal ni berat badan ......kusss semangat!!!!!! naik mendadak. Itulah, dalam hati hati terkene juga. Orang kata musuh jangan di cari tapi 'musuh yg tak nampak' tu juga yg mari!!!!.

Kepada geng2 Kumpulan Yassin Surau Ikhsan Kg Melayu yg mendapat peluang menunaikan Fardu Haji tahun ni.....selamat pergi dan selamat balik. Semuga segala urusan dipermudahkan, jaga kesihatan baik2 dan mendapat haji yang mabrur. Sesiapa yg belom berpeluang lagi....tanam niat dalam hati mulai sekarang.....insyaallah Allah akan makbulkan hajat anda nanti. Yang penting....beringat ingat sambil menabung. 

Tq my love......Rozi....

Berkat kesabaran ......akhirnye beliau realisasikan impian yg dah lama terperam ni. Mana taknye.....selama ni  tak terfikir pun nak berblog ni......sibuk ngan keje keje keje!!!. Keluar pagi balik malam. keluar rumah...tingkap rumah jiran lom bukak.....bila balik.....tingkap rumah jiran dah tutup. Mana ada mase nak berFB ke atau nak berblog.  Bila dah 'pencen' ni....barulah rasa teringin tu mari. Mulai sekarang.....boleh kongsi dengan sesiapa saja yg sudi singgah di blog saya ni......kongsi segala rasa yg ada.....rasa manis, pahit, masam, payau, dll. Bukan rasa pada hati aje tapi juga rasa pada lidah.......kita boleh kongsi aneka resepi.

Buah kelapa di luar pagar
Ambil sabit tolong kaitkan
Dah tua ni baru nk belajar
Kalau tersasar tolong sedarkan.......


Ok my dear.......thn depan balik Malaysia, baru leh belanje......hehehehe