Rabu, 7 Oktober 2015

Sotong Oriental....



SOTONG ORIENTAL
Sumber : Chef Hanieliza

Bahannya:
500gm sotong sederhana ~ dipotong kecil
2 sudu makan pes tom yam
2 sudu teh  rempah kari ikan
2 sudu makan  sos tiram
minyak masak untuk menumis
garam secukup rasa ~ jika perlu

Bahan dihiris kasar:
1 labu bawang besar
2 biji cili merah
2 biji cili hijau

Bahan tumis: ~ dihiris
2 tangkai daun kari ~ saya guna daun limau
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih

Caranya:
1. Panaskan minyak, masukkan bahan tumis dan tumis hingga wangi.
2. Masukkan sotong bersama dgn bahan2 yang lain, masak selama 10 minit atau hingga sotong masak. 

Bingka Roti Kelapa

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Dah lama rasanya tak update blog. Bila sibuk, memang tak ada mood nak menaip.  Ok, hari ni sempat membaking bingka yang tersangatlah sedapnya. Kalau kat rumah ada roti yang tak habis digunakan tu, jangan buang, simpan dalam peti ais dan bila ada kelapangan, try buat bingka ni. Resepinya mudah sangat....jom kita intai2!!!!




BINGKA ROTI KELAPA
Olahan : UDA


Bahannya:
12 keping roti tawar
2 cawan santan
1 cawan air pandan ~ kisar 8 helai daun pandan bersama 1 cawan air
3/4 cawan gula pasir
4 biji telur
1 cawan kelapa kering
sedikit vanilla
pewarna hijau


Caranya:

1. Campurkan semua bahan kecuali kelapa kering, pewarna hijau dan vanilla. Adun rata.
2. Kisar bahan tadi hingga halus dan tuang dalam bekas.
3. Masukkan kelapa kering, pewarna hijau dan vanilla. Kacau rata.
4. Bakar dalam acuan pilihan yang telah dilengser dgn margerin dan dipanaskan terlebih dahulu.
5. Bakar selama 45 - 1 jam mengikut kepanasan oven masing masing.





  

Khamis, 27 Ogos 2015

Belinjau madu


Keropok belinjau......ada peminatnya tersendiri. Tak kurang pula, ada yang tak suka sebab rasanya lemak2 pahit. Kalau nak bagi semua orang suka memakannya, kita sira dengan madu. Yang pahit akan bertukar lemak2 manis!!!!. Kalau tak percaya, cuba buat....anak2 pasti suka. Selalunya buat cornflakes madu, cuba kali ini buat belinjau madu. Memang makan tak cukup sebalang!!!.



BELINJAU MADU
Olahan : UDA


Bahannya:
200gm keropok belinjau yang telah digoreng ~ patah2kan sebesar cornflakes
45gm gula pasir
100gm butter / margerin
3sb madu
bijan hitam & bijan putih
badam cincang atau jenis kekacang yang lain ~ disangai@ digoreng tanpa minyak
papercup secukupnya


Caranya:
1. Panaskan butter, gula dan madu dalam kuali. Dgn api perlahan, kacau hingga larut. 
2. Masukkan keropok belinjau, kacau hingga sebati dan rata. Tutup api.
3. Masukkan dlm papercup, tabur bijan dan kekacang.
4. Susun dalam loyang, bakar selama 10 minit atau keperangan.
5. Sejukkan dulu baru simpan dlm bekas kedap udara.
*** Boleh juga kurangkan gula, lebihkan madu, ikut citarasa masing3.


Biskut Sri Kandi



Assalamualaikum dan salam sejahtera. Baru beberapa hari ni berkesempatan nak share resepi biskut untuk hari raya yang lepas. Sibuk memanjang kalau tak sibuk, mood kemalasan melanda!!!. Sesiapa yang nak cuba, silakan. Boleh buat untuk Raya Haji bulan depan.


BISKUT SERI KANDI
Sumber : Chef Zubaidah


Bahan A:
130gm butter
10gm shortening
50gm gula aising


Bahan B :
120gm tepung gandum
30gm   serbuk badam
25gm   tepung kentang
25gm   tepung susu
30gm   tepung jagung
20gm   tepung arrowroot
30gm   cornflakes ~ dikisar

Hiasan:
kuning telur ~ dipukul dan campur sedikit pewarna kuning
honey star
coklat masakan hitam ~ dicairkan



Caranya:
1. Satukan bahan A dan pukul hingga sebati.
2. Masukkan semua bahan B dan uli hingga menjadi adunan yang lembut.
3. Canai dan terap ikut acuan pilihan.
4. Sapukan kuning telur dan letakkan honey star.
5. Bakar  selama 30 minit pada suhu 150C atau sehingga masak.
6. Setelah biskut masak, hiaskan dengan coklat masakan.


Ahad, 23 Ogos 2015

Sunflower Seed Cookie ~ Biskut Kuaci



BISKUT KUACI
Sumber : Chef Zubaidah


Bahan A :
200 gm butter
100gm shortening
100 gm gula aising

Bahan B:
300gm tepung gandum
50gm tepung kentang
60gm tepung ubi
50gm tepung jagung
80gm serbuk badam
40gm kelapa kering ~ dikisar


Hiasan:
putih telur ~ saya guna kuning telur
kuaci biji matahari 
bijan hitam ~ saya guna kelapa kering

Caranya:
1. Satukan bahan A dan sebatikan.
2. Masukkan kesemua bahan B dan uli hingga menjadi doh.
3. Canai dan terap dengan acuan berbentuk bunga.
4. Sapukan kuning telur, hiaskan dgn kuaci dan tabur kelapa kering.
5. Bakar selama 30 minit atau sehingga masak pada suhu 130C.


Pai Labu



Antara dessert yang mudah dan senang membuatnya. Rasanya.......memang sedap!!!!!. Jom kita intai resepinya....

PAI LABU

Pie Crust :
250gm butter
300gm tepung gandum
50gm gula halus
2 sudu makan air sejuk dari peti ais
1 biji telur kuning
sedikit garam
acuan pai ataupun yang sesuai dengannya

Caranya:
Tepung, gula, butter dan garam disatukan. Adun menggunakan senduk kayu atau garpu hingga rata.
Masukkan telur kuning dan air. Adun lagi hingga menjadi adunan yang licin.
Guna penggelek, canai adunan mengikut kesesuaian saiz bekas pai. Jangan terlalu tebal dan jangan terlalu nipis. Masukkan dalam acuan pai, kemaskan tepi. Bahagian dalam, cucuk2kan dengan garpu.
Bakar dalam oven yang telah dipanaskan sehingga separuh masak pada suhu 170C. Keluarkan dari oven dan biarkan sebentar.


Pie Filling:
250gm labu ~ yang telah dikukus
115gm gula pasir 
3 biji telur
150ml susu cair
1/2st serbuk kayu manis ~ saya tak letak
esen vanilla
sedikit warna kuning

Caranya:
Satukan semua bahan dalam blender, blender hingga halus. Tuang adunan kedalam kulit pai. Bakar dalam oven pada suhu 180C sehingga kulit pai kelihatan kekuningan.


Selasa, 12 Mei 2015

Bingka Cornflakes + Cream Crackers



Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bingka yang sedap ni asalnya Bingka Cornflakes je. Oleh kerana cornflakes tak cukup, sesaja campur ngan biskut. Memang bertambah sedap la jadinya. Kuih ni saya buat untuk makan2 dalam bas, sempena lawatan ke Pusat Pendidikan Al Barakah minggu lepas. Jom kita intai resepi yang dah diolah.....

BINGKA CORNFLAKES + CREAM CRACKERS
Sumber : Ayu Jalinan Rasa
Olahan : UDA


Bahannya:
150gm cornflakes ~ saya guna separuh cornflakes separuh cream crackers
3/4 cawan tepung jagung
3 biji telur
3 cawan santan sederhana pekat ~ resepi asal separuh santan separuh susu segar
1/3 cawan gula pasir
3 sudu besar susu pekat manis
1/4 st garam
1/2 st esen vanilla
sedikit pewarna kuning
sedikit bijan


Caranya:
1. Satukan semua bahan kecuali bijan dan pewarna. Kacau sebati kemudian biarkan sebentar, supaya cornflakes lembut.

2. Blender semua bahan hingga halus, letak pewarna kemudian tuang dalam acuan yg telah di sapu dgn margerin dan dipanaskan sebentar.

3. Tabur bijan dan bakar pada suhu 170C selama 40 minit atau hingga kuih garing ~ ikut kepanasan oven masing2.

4. Sejukkan kuih baru dipotong dan dihidangkan.