Assalamualaikum dan salam sejahtera. Semuga semuanya ceria2 dan jangan pening2, almaklumlah.....cuti sekolah, bila semuanya ada kat rumah, paham2 ajelah!!!!. Sorang memekik, sorang berteriak, sorang berlari sana sini, usik sana sini......memang haru biru dibuatnya. Tapi, inilah yg menyeronokkan ye tak?. Masak apa je....semua licin. Tak sempat nak kering tangan, dah ada permintaan lagi.
Semalam berkesempatan membuat Talam Tokyo. Kebetulan sebelah petang ada tetamu.....memang langkah kananlah diaorang ni!!!. Dah lama tak buat.....sesekali buat, berselera sungguh!. Kali ni bahagian bawah saya warnakan sikit sagu tu dgn warna kuning lemon. Sepatutnya, tak de warna.....saja nk nampak berseri sikit!!!. Tak perlu celoteh lama2...jom layan.....
TALAM TOKYO
Di Olah : UDA
Bahan lapisan bawah:
300gm sagu biji ~ dicuci dan direndam sebentar ~ klu nk letak warna, asingkan sedikit, rendam dlm air yg dicampur pewarna.
100gm suhun ~ dipotong2 dan direndam dgn air suam
120gm kelapa parut putih
300ml santan sederhana pekat
2st garam
Bahagian lapisan atas:
150gm tepung gandum
250gm gula
650ml santan + air pandan
2 bj telur
Sedikit garam
Pewarna hijau
Caranya:
1. Panaskan kukusan. Sediakan loyang 10 x 10 x 3in. Lapik dgn plastik dan lengser dgn sedikit minyak masak.
2. Toskan sagu dan suhun. Campur semua bahan lapisan bawah, masuk dlm loyang dan ratakan.
3. Kukus selama lebih kurang 10 minit.
4. Sementara itu, satukan bahan lapisan atas, blender dan kacau diatas api sederhana hingga naik wap.
5. Sebelum tuang lapisan atas, garis2kan bahagian bawah dgn garpu @ pisau. Tuang adunan atas, kukus selama 25 - 30 minit atau sehingga masak.
6. Sejukkan kuih dan pastikan betul2 sejuk baru boleh dipotong.

salam uda...
BalasPadamcantik kejadian talam tokyo tu.. sy ada mencuba juga baru2 ni gunakan resepi chef asma.. tp sygnya.. mcm terlembik sikit bahagian sagu & kepalanya.. meliuk2 kuih tak boleh nak berdiri dgn elok.. entah dimana silapnya.. rasanya dah ikut 100% arahan resepi.. apa2pun.. rasa tetap sedap.. cuma bila nak hidang nampak kurang comel gitu...
waalaikumsalam......cuba awak lebihkan kelapa dan kurangkan santan. Try lagi ok?
Padamsalam kak..
BalasPadamfirst time berkunjung ke sini dan follow..cantik blog ni..sudi la singgah di blog saya..www.dapurjirankuberasap.blogspot.com.tq
waalaikumsalam. Salam perkenalan. Tq ye sudi follow!!!. Nanti akak ronda2 kat tempat awak....hehehe!!!!
PadamLawa talam Tokyonya tu Uda... macamana ye boleh dapat nama Tokyo tu he he ehh.. saya buat kuih talam tak pernah jadi, lembik aje atasnya!
BalasPadamAmie.....kuih jenis talam ni...memang sensitif. Kalau tak jadi...no serik serik nak cuba lagi. Saya dulu pun cam tu, lama2 kita tahu kat mana kesilapannya. Try lagi ok?
Padam