Rabu, 26 November 2014

Paprik Udang



PAPRIK UDANG

Bahannya:
10 ekor udang sederhana besar ~ dibersihkan dan digunting bhg belakang
1 bj bawang putih ~ dicincang
1sb lada merah yang telah dikisar
sedikit cili padi ~ dibelah tp jgn putus
2 helai daun limau purut ~ disiat
1 btng serai ~ diketuk
1/2 biji bawang holland ~ di hiris kasar
2sb sos tiram
sedikit sos cili
sedikit kacang panjang, jagung muda, carrot ~ dipotong
sedikit air
minyak untuk menumis

Caranya:
1. Panaskan minyak, masukkan bawang putih, lada kisar, cili padi, serai dan daun limau. Tumis hingga wangi. 
2. Masukkan sos tiram, sos cili dan sedikit air. Bila dah mendidih, masukkan udang, bawang holand dan sayur yg telah dipotong tadi. Kacau rata dan rasakan garam. Saya tak letak garam sbb sos tiram dan sos cili dah cukup rasa masin dan manisnya.
3. Bila udang dah masak, tutup api, angkat dan hidangkan.


Tiada ulasan:

Catat Komen