Ahad, 30 November 2014

Kuih Dangai......kuih yang sempoi tapi sedap!!!!!


KUIH DANGAI

Bahannya:
240gm kelapa parut putih
120gm tepung pulut
gula pasir secukupnya
secubit garam


Caranya:
1. Satukan kelapa parut, tepung pulut dan garam. Gaul rata sehingga seperti serbuk.
2. Panaskan acuan pecah lapan yang telah disapu dgn sedikit minyak masak.
3. Dah panas, keluarkan dan isi bahagian dasar acuan dgn sedikit adunan, ratakan tetapi jgn tekan. Tabur gula ( manis ikut suka), kemudian tabur adunan, tabur gula lagi dan akhir sekali tabur adunan hingga penuh acuan. 
4. Bakar pada suhu 170C atau hingga bahagian bawah dah kekuningan. Alih acuan ke bahagian rak atas, bakar sekejap lagi hingga bahagian atas nampak keperangan.
5. Dah masak, keluarkan dari acuan. Biarkan hingga suam baru dipotong.




Tiada ulasan:

Catat Komen