Selasa, 30 Disember 2014

Puding Karamel Durian



PUDING KARAMEL DURIAN


Bahan karamel;
1/3 cawan gula pasir
3sb air

** masak gula dan air hingga gula keperangan, tuang dlm acuan, sejukkan.


Bahan Puding:
450gm isi durian 
8 biji telur ~ dipukul ringan
1 tin susu cair
1 cawan gula pasir
1 cawan air
sedikit esen vanilla





Caranya:
1. Satukan isi durian, gula pasir dan air, kemudian dimesin halus.
2. Dalam bekas, satukan bahan yang dimesin dgn bahan yg lain, kacau rata. Kemudian tapis.
3. Masukkan adunan dlm loyang yg ada karamel tadi.
4. Kukus dgn api sederhana selama 30 minit atau sehingga masak.
5. Sejukkan dulu baru diterbalikkan.



Tiada ulasan:

Catat Komen