PUDING SUSU PANDAN
Sumber : Yatiememories
Olahan : UDA
Bahannya:
600ml air
120gm gula pasir
8gm serbuk agar2 (saya guna 7gm)
3 helai daun pandan
300ml susu segar
200 ml santan
beberapa titik esen pandan /pewarna hijau
nata de coco secukupnya ( ini saya tambah untuk hiasan)
Caranya:
1. Satukan serbuk agar2, air, gula dan daun pandan. Masak hingga mendidih dan sebati.
2. Kecilkan api, masukkan susu dan santan, kacau sebati.
3. Tapis dan bahagikan 2 bahagian. 1 bahagian letak esen pandan dan pewarna hijau. 1 bahagian biar warna asal.
4. Dalam bekas pilihan, tuang adunan warna hijau separuh bekas sahaja. Biarkan beku sebentar / masukkan dlm peti ais supaya cepat beku.. Cakar sedikit dipermukaan puding dgn garfu/lidi dan tuang adunan warna asal. Jika suka, boleh taburkan nata de coco yang telah dipotong dadu.
5. Sejukkan dalam peti ais dan sedap dimakan sejuk2.
salam..
BalasPadamsedapnya pudding susu..makan sejuk2 lagi sedap.
waalaikumsalam....mmng sedap. Sejuk je kat tekak!!!!
Padam