Rabu, 7 Mei 2014

Puding Mangga Berkuah Kastard Vanilla




Assalamualaikum dan salam ceria. Dah hampir pertengahan bulan Rejab. Sekejap je rasanya hari dan waktu berlalu. Semuga Allah panjangkan umur kita supaya dapat menyambut bulan Syaaban dan seterusnya bulan Ramadhan. Start bulan Rejab ni.....ramai yg berpuasa. Apa kata, kita cuci mata dulu dengan puding mangga ni. Saat berbuka nanti, boleh buat cuci mulut. Puding yang sedap dan senang membuatnya. Sekarang ni tengah musin mangga. Tak rugi mencuba. Jom kita intai!!!!



PUDING MANGGA BERKUAH KASTARD VANILLA
Sumber : shahrianovelis
Olahan : UDA

Bahan A
1 paket sebuk agar2 ~ saya guna 10gm
1000ml air
150gm gula pasir

Bahan B ~ dikisar
400gm mangga masak
200ml susu cair
100ml air
** saya tambah sedikit warna kuning telur

Caranya:
1. Bahan A dimasak sehingga gula larut.
2. Masukkan bahan B, kacau hingga sebati dan renehkan hingga mendidih sekejap. Pastikan sentiasa dikacau.
3. Angkat dan tapiskan.
4. Masukkan dalam acuan pilihan dan sejukkan. Pastikan acuan basahkan sedikit dgn air supaya senang keluarkan puding nanti.



KUAH KASTARD VANILLA

300ml susu cair ~ saya guna 200ml
100ml air ~ saya guna 200ml
2 biji kuning telur
2 sb vanilla ~ saya guna 1st
6 sb gula pasir
1 sb tepung kastard
sedikit garam

Caranya:
1. Satukan semua bahan, kacau menggunakan whisk dan masak dgn api sederhana sehingga agak pekat. Tutup api. Pastikan jangan sampai terlalu pekat.
2. Angkat dan tapiskan.
3. Sejukkan dahulu baru dituang atas puding.


Tiada ulasan:

Catat Komen