Selasa, 20 Mei 2014

Puding Nangka Berkuah Kastard Vanilla


PUDING NANGKA BERKUAH KASTARD VANILLA
Olahan : UDA

Bahan A
10gm agar2 serbuk
1000ml air
150gm gula pasir

Bahan B ~ dikisar halus
400gm nangka masak ~ saya guna nangka yg masak lembik
200ml susu cair
100ml air
sedikit pewarna kuning lemon




Caranya:
1. Bahan A dimasak hingga gula larut.
2. Masukkan bahan B, kacau rata hingga sebati dan masak hingga mendidih sekejap.
3. Angkat dan masukkan dalam acuan pilihan dan sejukkan.


KUAH KASTARD VANILLA

200ml susu cair
250ml air
2 bj kuning telur
1 st esen vanilla
6 sb gula pasir ~ kalau suka manis, boleh tambah lagi
1 sb tepung kastard
sedikit garam




Caranya:
1. Satukan semua bahan, kacau sebati dan masak hingga sedikit pekat dgn api sederhana. Tutup api.
2. Angkat dan tapiskan.
3. Sejukkan dulu baru tuang atas puding.

Tiada ulasan:

Catat Komen