Ahad, 4 Mei 2014

Baked Cheese Meatball


BAKED CHEESE MEATBALL


Bahan - bahannya:
Meatball secukupnya ~ saya guna 34 ketul
1 biji bawang holland ~ potong dadu kasar2
1 biji capsicum hijau ~ potong kasar2

Bahan sos:
500ml susu segar
4 keping keju cheddar
1 tin cendawan butang ~ buangkan airnya dan dipotong dua
1 kiub pati ayam
2 sudu makan tepung gandum ~ larutkan dgn sedikit air
sedikit lada hitam ~ ditumbuk kasar
sedikit lada sulah berperisa AjiShio
Italian Seasoning Herbs secukupnya ~ guna oregano je pun boleh

Bahan tabur:
keju mozarella secukupnya
keju cheddar secukupnya


Caranya:
1. Goreng meatball dgn sedikit minyak. Ketepikan.
2. Goreng tanpa minyak capsicum dan bawang holland. Kalau tak goreng pun tak pe.
3. Dalam periuk, masukkan susu, keju, lada hitam, lada sulah, kiub ayam dan biarkan semua larut dan sebati.
4. Masukkan larutan tepung gandum, kacau lagi biar sebati dan sedikit pekat. Jgn terlalu cair!!.
Masukkan cendawan dan italian herbs, biarkan sebentar kemudian rasanya dah ok, tutup api.
5. Guna bekas yang tahan panas, tabur separuh bahan2 yang digoreng tadi, tabur sedikit cheese dan tuang separuh bahan sos. 
6. Ulangi proses seperti no 5, last sekali taburkan cheese banyak sikit sebab dia akan mencair, itu yg sedap!!!!
7. Bakar dalam oven selama 20 - 30 minit pada suhu 180C.

                                                       rupa sebelum dibakar



                                             selepas dibakar, makan panas2 baru sedap!!!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan