Ahad, 12 Mei 2013

Kreatifnya.....terharu!!!!

Assalamualaikum dan salam bahagia. Selamat Hari Ibu buat ibu2 dimana jua berada. Semuga kita sentiasa disayangi , dihargai selagi nadi berdenyut....selagi nyawa dikandung badan. Bukan pada setiap kali tarih 12 Mei saja kita diingati tetapi hari2....kerana ibu adalah ratu hati bagi setiap anak, tiada galang ganti. Kejayaan, keberkatan hidup sianak kerana berkat doa dari seorang ibu. Jika ibu telah tiada...tiada lagi keberkatan doa dari ibu.

Pagi tadi, lepas je solat subuh.....tetiba anak peluk dan tunjukkan sekeping kad. Comelnye......n kiut!. Terharu pun ada sebab...dia bagitahu, malam tadi tidur lewat, buat kad ni. Patutlah dia berkurung dlm bilik komputer, tak bagi sesiapa masuk. Saja nak bagi kejutan!!!. Terima kasih sayang!!!!.



                                    kiutnya .......siap letakkan reben lagi kat kitten tu!!!!!



                                           hehehe!!!!........i like cooking! cooking!






Nasi Lemak Kuning Berlauk

Assalamualaikum, salam sejahtera. Menu sarapan pagi merangkap makan tengahari. Lepas masak....boleh manjakan badan pergi berurut dan berbekam. Sorang nak makan mee dan sorang nak makan nasi lemak. Pilih nasi lemak.....kenyang sampai ke petang...hahaha!!!!. Sorang nak berlaukkan ikan sambal, sorang nak rendang daging. Masak dua2.....tak adalah yang ralat nanti!!!!. Nasib baik tak ramai.....huahuahua!!!!!!. Saja letak warna kuning......biar berseri sikit. Jom kita layan.....



                                  apasal kat gambar tak nampak kuning nasi ni....hehehe!!!!


NASI LEMAK KUNING

Bahannya:
3 cawan beras basmathi ~ rendam sebentar
4 cawan santan
5 helai daun pandan ~ disimpul @ dikerat2
2 in halia ~ dihiris halus
3 biji bawang putih ~ dihiris halus
1/2 biji bawang besar ~ dihiris halus
Garam secukupnye
Sedikit pewarna kuning

Caranya:
1. Toskan beras dan masuk dlm rice cooker.
2. Masukkan semua bahan dan masak seperti biasa.




RENDANG DAGING SIMPLE

Bahannya:
700 gm daging ~ dihiris nipis
1 cawan santan pekat
2 sb kerisik
Sedikit rempah
4 helai daun limau ~ disiat
1 helai daun kunyit ~ dihiris halus / disimpul
Sedikit asam keping
Garam dan gula secukupnya
Air secukupnya
Minyak untuk menumis

Bahan dimesin halus:
Sedikit lada kering ~ direndam
1 batang serai
3 biji bawang putih
5 ulas bawang merah
Sedikit halia
Sedikit lengkuas
Sedikit kunyit basah

Caranya:
1. Panaskan minyak, masuk rempah tumis dan tumis bahan yg dimesin hingga wangi.
2. Masukkan daging dan air secukupnya. Masukkan daun limau dan masak hingga empuk.
3. Masukkan santan pekat, kerisik, daun kunyit, garam, gula dan asam keping. Masak hingga pekat dan naik minyak.





IKAN TENGGIRI MASAK SAMBAL

Bahannya:
4 keping ikan tenggiri ~ diperap dgn sedikit kunyit, garam dan goreng
2 sb sos cili
1/2 biji bawang besar ~ dihiris
Garam dan gula secukupnya
Minyak untuk menumis

Bahan dimesin halus:
Segenggam lada kering ~ direbus
3 biji bawang putih
1/2 biji bawang besar
Sedikit halia
Sedikit belacan

Caranya:
1. Panaskan minyak, masukkan bawang yg dihiris dan biar hingga wangi.
2. Masukkan bahan yg dimesin, tumis hingga garing dan wangi.
3. Masukkan garam , gula dan sos cili, kacau sebati.
4. Masukkan ikan goreng, gaul rata dan jika kering, tambah sikit air. Dah ok, tutup api.


Sabtu, 11 Mei 2013

CHOCOLATE LAVA KEK

Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam ceria. Hari ni nak kongsi kek yg senang, cepat dan sedap di makan. Dah lama mengintai, baru hari ni tiba giliran. Kalau kek coklat....anak2 mesti suka dan bila sesekali buat lain dari yg lain.....bukan anak je yg teruja....ibu si anak pun tak sabar nak tengok hasilnya. Alhamdulillah....tak menghampakan. Bila dipotong kek tu......lava yg mengalir tu memang buat anak seronok dan tak sabar2 nak merasa. Adunan kek ni....saya dapat 4 biji acuan kecil tu. So, sesiapa yg ahli keluarga ramai, boleh doublekan....kalau tak, ada yg merajuk tk dapat...hehehe!!!!. Jom kita layan kek ni.....







CHOCOLATE LAVA CAKE
Sumber : Juicy Cafe &Cake

Bahannya:
1 cawan coklat chip
6 sb butter ~ suhu bilik
1 sb serbuk koko
Secubit garam ~ saya tk letak
2 bj telur A
1 kuning telur
3 sb gula castor
3 sb tepung gandum ~ diayak





Caranya:
1. Satukan coklat chip dgn butter dlm bekas dan masak cara double boiler hingga cair.
2. Masukkan serbuk koko dan garam, kacau rata dan angkat ketepi, sejukkan.
3. Pukul telur dan gula hingga kembang selama 3 minit dan masukkan adunan coklat, pukul sebati dan rata.
4. Masukkan tepung dan gaul guna spatula hingga sebati.
5. Tuang dalam acuan pilihan yg dah digris, simpan dlm peti ais selama 5 minit.
6. Panaskan oven. Bakar kek pada suhu 210C selama 10 - 13 minit. Jgn terlebih masak.
7. Dah masak, keluarkan dari acuan dan terus potong untuk mendapatkan 'lava'.






Rabu, 8 Mei 2013

Kuih Bakar Jagung




KUIH BAKAR JAGUNG


Bahannya:
4 cawan tepung gandum
2 cawan gula pasir
6 1/2 cawan santan sederhana pekat
4 biji telur
5sb margerin
2st esen jagung + sedikit pewarna kuning
               @
3sb bes minuman perasa jagung Double Lion
1/2 tin jagung cream
sedikit bijan ~ jika suka

Caranya:
1. Panaskan oven pada suhu 190C dan lengser acuan / loyang dgn margerin. Panaskan acuan.
2. Satukan semua bahan kecuali jagung cream. Blender hingga halus.
3. Dalam bekas, satukan adunan dgn jagung cream dan kacau sebati.
4. Masuk adunan dalam acuan, tabur bijan dan bakar selama 1 jam atau hingga garing dan kekuningan. Jika kurang garing, buka api grill sebentar.



Selasa, 7 Mei 2013

Nasi Beringin Rindu....

Assalamualaikum, salam bahagia. Hari ni berkesempatan mencuba resepi nasi  Beringin Rindu dari majalah Rasa. Dengar namanya je dah 'menggetarkan rasa' ye tak?. Nasi ni lain sikit dari nasi beringin yang biasa saya buat. Rasanya seolah2 Nasi Daging Utara pun ada.  Selain daging, dalam nasi ni ada carrot, lada merah n hijau, segala daun.....pandan, bawang, pudina n ketumbar. Pendek kata, memang harum dengan bau bauan daun tersebut. Seperti biasa, saya olah ikut kesesuaian keluarga saya yang kecil ni. Jom kita layan....




NASI BERINGIN RINDU
Sumber: Majalah Rasa
Olahan : UDA


Bahannya:
2 cawan beras basmathi
200gm daging ~ direbus dan air jgn dibuang
2 cawan air rebusan daging
1/4 cawan susu cair
2sb minyak sapi
1sb minyak jagung/minyak masak
rempah tumis secukupnya
garam secukupnya

Bahan dihiris kasar:
sedikit daun ketumbar
sedikit daun pudina
sedikit daun bawang
2 helai daun pandan
1/2 biji bawang besar

Bahan dihiris halus:
1 tangkai lada merah
1 tangkai lada hijau
sedikit carrot

Bahan ditumbuk halus:
4 biji bawang putih 
2 in halia

Bahan dikisar halus:
1st jintan kasar
1st jintan halus
1sb ketumbar





Caranya:
1. Panaskan minyak sapi dan minyak masak. Masukkan rempah tumis dan bahan yang dihiris kasar dan masak hingga wangi.
2. Masukkan bahan ditumbuk halus, biar wangi dan kekuningan. Masukkan bahan yang dikisar halus. Kacau sebati dan bila dah wangi, masukkan air daging dan susu cair. Bila dah mendidih, masukkan garam, dan bahan yang dihiris halus.
3. Masukkan beras dalam rice cooker, masukkan bahan yang dimasak tadi dan masak nasi seperti biasa.
4. Dah masak, hidangkan dengan lauk pilihan.


Ahad, 5 Mei 2013

Biskut Badam Kacang Peas


Assalamualaikum, salam ceria. Hari ini..... Hari Mengundi. Ada yang dah mula 'bergerak'  ke destinasi masing2 untuk menjalankan tanggungjawab yang satu ni. Semuga segalanya dipermudahkan dan apa pun keputusannya nanti......terima dengan hati terbuka. Hari ni merajinkan diri membuat biskut....untuk seorang kenalan yg baru saje kenal, balik ke Malaysia untuk mengundi. Selesai mengundi, beliau terbang lagi!!!. Kepada Adilla...terima kasih segalanya dan inilah saja yg sempat saya bagi sebagai buah tangan. Lain kali, kita jumpa lagi...

Biskut yang sedap, yang rangup ni sumber dari Yati.....Biskut Badam Rangup. Oleh kerana saya memandai tambah green peas, nama biskut pun saya tukar...sorry ye!!!!!. Memang rangup dan bertambah lemak biskut ni bila badam dan kacang peas bersatu. Jom kita layan.....




BISKUT BADAM KACANG PEAS

Bahannya:
300gm butter
250gm gula castor
2 biji telur
1st vanilla
200gm tepung gandum ~ diayak
200gm tepung kastard ~ diayak
150gm tepung jagung ~ diayak
100gm serbuk badam ~ badam cincang disangai kemudian dimesin halus
50gm kacang peas ~ dimesin halus

Hiasan:
1 biji kuning telur + sedikit warna kuning
badam cincang secukupnya
serbuk kacang peas secukupnya



Caranya:
1. Butter dengan gula dipukul hingga berkrim.
2. Masukkan telur dan vanilla, pukul lagi hingga gebu.
3. Serbuk badam dan serbuk kacang peas digaul dgn tepung2 yg telah diayak.
4. Masukkan tepung kedalam adunan butter sedikit2. Jika adunan lembik, tambah sikit je lagi tepung dan adun hingga tidak melekit.
5. Canai adunan, terap dgn acuan pilihan dan susun dlm loyang pembakar. Sapu dgn kuning telur, tabur badam dan serbuk kacang peas.
6. Bakar selama 15 - 20 minit atau hingga masak pada suhu 150C.

Sabtu, 4 Mei 2013

Roti Jala Kari Ikan



Assalamualaikum, salam bahagia. Semuga semuanya ceria2 disamping keluarga. Tak mo tension2 ok!!!!!!. Hari ni ada permintaan, nak makan roti jala kari ikan. Hari ni juga saya merasmikan botol lubang 3.....yang untuk buat roti jala tu!.  Dah lama botol tu.....ihsan dari anak sedara. Bila dah buat, cantik gak kejadiannya, cuma, lambat sikit dari  acuan biasa yang kita gunakan tu.....pada sayalah!!!!. Balik dari sekolah, anak menjerit...ingatkan kenapa, rupanya dia terperanjat....macam mana ibu buat ni....hahaha!!!.



pada sesapa yang lom pernah tengok......inilah botol yg saya gunakan tuk menjala tu!!!!!!!


picit botol menghala ke kanan........akan jd macam ni. Kemudian picit ke bawah, akan jadi kotak2 yang halus (sorry!!!!....gambar terpadam)
                       




ROTI JALA KARI IKAN TENGGIRI


Bahan butter:
3 cawan tepung gandum
3sb margerin
1 biji telur
1 cawan susu cair / segar
2 1/4 cawan air
garam secukupnya
pewarna kuning

Caranya:
1. Satukan semua bahan, kacau sebati. Kemudian, blender hingga halus.
2. Masukkan adunan dalam botol lubang 3.
3. Panaskan kuali non stick. Dalam kuali, picit adunan menghala ke kanan kemudian picit ke bawah sehingga menjadi petak2 yang halus.
4. Bila permukaannya dah kering, terus angkat dan gulung. Jangan terlalu kering dan jangan sampai garing, nanti tak boleh gulung .




Kari Ikan Tenggiri

Bahannya:
4 keping ikan tenggiri 
5sb serbuk kari ikan
1/2 cawan santan pekat
2 tangkai daun kari
1st rempah tumis kari ikan
1 biji tomato ~ belah 6
1 keping asam gelugur/keping
garam dan gula secukupnya
air secukupnya
minyak untuk menumis

Bahan dimesin halus:
5 tangkai lada kering ~ yg telah direbus
3 ulas bawang putih
1/2 biji bawang besar
sedikit halia

Caranya:
1. Panaskan minyak, masukkan rempah tumis dan daun kari. Dah wangi, masukkan bahan yang dimesin, tumis hingga wangi dan garing.
2. Masukkan rempah kari dan sedikit air, kacau sebati dan tunggu hingga terbit minyak.
3. Masukkan air secukupnya, ikan, garam, gula dan asam keping. Biar hingga mendidih.
4. Dah mendidih, masukkan santan dan tomato. Kecikkan api, biar hingga ikan masak dan terbit minyak.
5. Rasakan garam dan gula, tutup api dan angkat.