Rabu, 15 Mei 2013

Kerepek Almond ......rangup!!!!!!



Assalamualaikum, salam bahagia dan salam ceria. Hari ni nak kongsi resepi kudapan yang sedap dan crispy!!!!. Sebelum ni dah buat tapi....biasalah 1st time, over cook.....!!!!!!. Bahan dan cara membuatnya senang tapi kepanasan oven tu kene hati2. Silap perhitungan, bahagian bawah dah perang dan hampir 'rentong', bahagian atas masih putih. 2nd time ni dah berjaya dan dah lulus.....semua kerepek jadi dgn cantiknye....hehehe (perasan jap). Satu adunan....dapat tk banyak, sekali ngadap dh licin. So, sesapa yg berminat, boleh doublekan. Jom kita intai.....


KEREPEK ALMOND
Sumber : Yani @ myresepi
Di Olah : UDA


 Bahannya:
 30gm tepung gandum
 50gm gula halus
 Secubit garam
2 bj putih telur
Sedikit esen vanilla
 25gm butter ~ dicairkan
 75gm almond flake
 Sedikit bijan putih dan bijan hitam
 Aluminium Foil secukupnya
 Margerin untuk melengser






 Caranya:
1. Masukkan tepung, gula dan garam dlm mangkuk. Kacau rata.
 2. Masukkan putih telur dan kacau sebati.
3. Masukkan butter cai dan vanilla. Kacau rata.
4. Masukkan almond flake, kacau perlahan , tutup adunan dan biarkan 20 minit sblm dibakar.
 5. Panaskan oven pada suhu 150c. Loyang dialas dgn aluminium foil dan lengser dgn margerin.
 6. Ambil 1/2 st adunan, letakkan atas aluminium foil, ratakan senipis yg boleh. Tabur bijan.
7. Bakar selama 10 - 15 minit, ikut kepanasan oven masing2 hingga perang.
8. Keluarkan dari oven dan terus keluarkan kerepek dari loyang ketika panas2.
 9. Sejukkan dan simpan dlm bekas kedap udara.


                                        ratakan adunan senipis macam ni...........





Selasa, 14 Mei 2013

GRILLED SPICY DORY FISH

GRILLED SPICY DORY FISH
Sumber : Siti Juliana Liman






Bahannya:
2 keping ikan dory ~ saya guna 1 keping
1sb sos tiram
1st sos ikan
1 kiub tom yam knorr ~ saya guna 1sb pes tom yam
1 bj bawang besar potong 8 ~ saya guna 1/2 bj
1 bj tomato ~ potong 6
1in halia ~ hiris nipis
3 tangkai cili padi ~ ikut pedas
Kacang bendi dipotong2 ~ saya letak batang saleri, brokoli n daun bawang
3 helai daun limau purut di hiris halus ~ ini saya tambah



Caranya:
1. Ikan dibersihkan dan perapkan dgn sos tiram, pes tomyam, sos ikan.
2. Letak ikan atas aluminium foil, tabur bahan2 yang lain atas ikan, bungkus kemas2.
3. Bakar pada suhu 200C selama 20 minit atau sehingga masak ~ bergantung kepada kepanasan oven masing2.
4. Sedap dimakan panas2.


Isnin, 13 Mei 2013

Agar Agar Lapis Keladi

Assalamualaikum, salam sejahtera. Cuaca hari ni memang panas, sampai ke malam pun masih panas. Hujan ke panas ke.....semuanya kuasa Allah ye tak?. Panas macam ni.....peniaga yang menjual air memang untung!!!. Alhamdulillah......dalam panas, ada hikmahNYA. Cuaca macam ni, jom kita layan yang sejuk2....dapat minuman ABC, sedapnya!!!!.  Kalau tak pun, jom kita layan agar2 yang sedap ni. Sesiapa yang minat dengan keladi, boleh cuba resepi yang satu ni.....




AGAR AGAR LAPIS KELADI (loyang 9 x 9)
Sumber : Citarasawan
Di Olah : UDA



Bahan A (santan)
15gm serbuk agar agar 
1000 ml air
200gm gula pasir
50gm santan serbuk

Bahan B (keladi)
15gm serbuk agar agar
800ml air
200gm gula pasir
250gm keladi ~ didadu dan direbus (kisar dgn 200ml air)
1 st esen keladi ~ saya tambah
pewarna ungu secukupnya



Caranya:
1. Masak bahan A hingga mendidih. Kecilkan api.
2. Satukan bahan B, masukkan keladi kisar, warna ungu dan esen keladi. Masak hingga mendidih, kecilkan api.
3. Loyang dibasahkan dulu dgn air. Tuang agar2 keladi dalam loyang, biar hingga hampir beku. Ambil garpu, garis2kan dipermukaannya, tuang pula agar2 santan. Ulangi melapis berselang seli hingga habis. Pastikan setiap lapisan, sukatan agar2 sama banyak, baru nampak cantik.






Biskut Jakarta

Assalamualaikum dan selamat berpuasa kepada yg berpuasa sunat bulan  Rejab ye!!!. Walaupun cuaca panas tp....sabarrrr......dugaan tu!!!.  Tahniah kepada sesiapa yg sanggup berpuasa penuh selama 3 bulan....Rejab, Syaaban dan Ramadhan. Biasanya....mak2 kita yg sanggup buat macam tu, ianya juga bagus untuk kesihatan.

Hari ni mengukis.....tetiba angin mengukis datang. Ronda2 ngan Mr Google......terbekenan ngan biskut ni. Rupanya dah ramai buat biskut ni.....saya yg ketinggalan atau mungkin terlepas pandang. Buatnya mudah dan bahan2nya pun senang nak dapat. Rasanya, boleh tahan sedap dan rangup. Jom kita layan......





 BISKUT JAKARTA
 Sumber : 1001 Resepi
 Di olah : UDA

 Bahannya:
 250gm butter ~ saya guna SCS
 3/4 cawan gula castor ~ saya kurangkan sikit
 1 -2sb lemak sayur/ shortening
 1cawan tepung ubi
 Tepung gandum secukupnya ~ saya guna 1 1/2 cawan
sedikit esen vanilla ~ saya tambah

 Bahan inti:
 100gm kelapa kering dlm tin
 2sb tepung gandum
 1/2 cawan gula castor
 1 biji putih telur
sedikit warna kuning

 Bahan hiasan:
Ceri merah & ceri hijau
Paper cup secukupnya




 Caranya:
 1. Pukul butter dan gula hingga sebati.
2. Masukkan lemak sayur, gaul sebati.
 3. Masukkan tepung ubi selang seli dgn tepung gandum. Tepung gandum letak sikit2, uli doh hingga tak melekat di mangkuk.
4. Rehatkan doh sebentar.
 5. Canai doh dan terap menggunakan acuan pilihan dan masukkan dlm paper cup.
 6. Doh di tekan2 sikit supaya ada ruang nak letak inti. Buat hingga doh habis.
 7. Cara buat inti :
 pukul putih telur dgn gula hingga kembang. Masukkan tepung gandum, kelapa dan sedikit pewarna kuning. Gaul rata. Inti biar lembab sikit, senang nak masukkan dlm adunan
8. Masukkan inti dlm adunan tadi, hias dgn ceri merah dan hijau. Buat hingga habis.
 9. Bakar pada suhu 160C hingga masak ~ kelapa dh perang dan dasar kuih pun dah kuning.



Ikan Jenahak Sos Cili Thai

IKAN JENAHAK SOS CILI THAI



Bahannya:
1 ekor ikan jenahak sederhana besar ~ lumur dgn kunyit n garam, goreng
3sb sos cili thai Maepranom
1sb sos cili biasa
3 tangkai cili padi ~ dipotong2
1 tangkai lada merah ~ dipotong2
Sedikit nenas ~ didadu
Sedikit tomato ~ didadu

Bahan untuk tumis:
1 biji bawang putih ~ dicincang halus
1/2 bj bawang holland ~ didadu
Sedikit halia ~ dicincang
1sb margerin

Caranya:
1. Panaskan margerin. Masukkan bahan tumis, masak hingga wangi.
2. Masuk sos cili dan sos cili thai, cili, lada merah dan nenas. Gaul sebati.
3. Masukkan tomato, gaul sebati dan biarkan sekejap.
4. Tutup api, jirus sos atas ikan.

Ahad, 12 Mei 2013

Stew Ikan Dori Simple

STEW IKAN DORI SIMPLE


Bahannya:
300gm isi ikan dori ~ dipotong memanjang
1 biji bawang putih~ cincang halus
1/2  biji bawang holland ~ didadu halus
1sb margerin
1st tepung gandum ~ dicampur sedikit air
Serbuk lada sulah Ajishio secukupnya
Sedikit serbuk pati ayam
Sayur secukupnya ~ ikut citarasa
Sedikit jejari ketam
Garam dan gula secukupnya
Air secukupnya

Caranya:
1. Panaskan butter. Masukkan bawang didadu, tumis hingga layu. Kemudian masukkan bawang putih, dah wangi, masukkan isi ikan, serbuk lada sulah dan dikacau sebati.
2. Masukkan air bancuhan tepung gandum, kacau sebati. Tambahkan air secukupnya, serbuk pati ayam, garam dan gula. Biar hingga mendidih.
3. Masukkan sayuran pilihan, biar sebentar dan tutup api.
4. Sedap dimakan panas2 bersama roti.


Kreatifnya.....terharu!!!!

Assalamualaikum dan salam bahagia. Selamat Hari Ibu buat ibu2 dimana jua berada. Semuga kita sentiasa disayangi , dihargai selagi nadi berdenyut....selagi nyawa dikandung badan. Bukan pada setiap kali tarih 12 Mei saja kita diingati tetapi hari2....kerana ibu adalah ratu hati bagi setiap anak, tiada galang ganti. Kejayaan, keberkatan hidup sianak kerana berkat doa dari seorang ibu. Jika ibu telah tiada...tiada lagi keberkatan doa dari ibu.

Pagi tadi, lepas je solat subuh.....tetiba anak peluk dan tunjukkan sekeping kad. Comelnye......n kiut!. Terharu pun ada sebab...dia bagitahu, malam tadi tidur lewat, buat kad ni. Patutlah dia berkurung dlm bilik komputer, tak bagi sesiapa masuk. Saja nak bagi kejutan!!!. Terima kasih sayang!!!!.



                                    kiutnya .......siap letakkan reben lagi kat kitten tu!!!!!



                                           hehehe!!!!........i like cooking! cooking!