Isnin, 13 Mei 2013

Biskut Jakarta

Assalamualaikum dan selamat berpuasa kepada yg berpuasa sunat bulan  Rejab ye!!!. Walaupun cuaca panas tp....sabarrrr......dugaan tu!!!.  Tahniah kepada sesiapa yg sanggup berpuasa penuh selama 3 bulan....Rejab, Syaaban dan Ramadhan. Biasanya....mak2 kita yg sanggup buat macam tu, ianya juga bagus untuk kesihatan.

Hari ni mengukis.....tetiba angin mengukis datang. Ronda2 ngan Mr Google......terbekenan ngan biskut ni. Rupanya dah ramai buat biskut ni.....saya yg ketinggalan atau mungkin terlepas pandang. Buatnya mudah dan bahan2nya pun senang nak dapat. Rasanya, boleh tahan sedap dan rangup. Jom kita layan......





 BISKUT JAKARTA
 Sumber : 1001 Resepi
 Di olah : UDA

 Bahannya:
 250gm butter ~ saya guna SCS
 3/4 cawan gula castor ~ saya kurangkan sikit
 1 -2sb lemak sayur/ shortening
 1cawan tepung ubi
 Tepung gandum secukupnya ~ saya guna 1 1/2 cawan
sedikit esen vanilla ~ saya tambah

 Bahan inti:
 100gm kelapa kering dlm tin
 2sb tepung gandum
 1/2 cawan gula castor
 1 biji putih telur
sedikit warna kuning

 Bahan hiasan:
Ceri merah & ceri hijau
Paper cup secukupnya




 Caranya:
 1. Pukul butter dan gula hingga sebati.
2. Masukkan lemak sayur, gaul sebati.
 3. Masukkan tepung ubi selang seli dgn tepung gandum. Tepung gandum letak sikit2, uli doh hingga tak melekat di mangkuk.
4. Rehatkan doh sebentar.
 5. Canai doh dan terap menggunakan acuan pilihan dan masukkan dlm paper cup.
 6. Doh di tekan2 sikit supaya ada ruang nak letak inti. Buat hingga doh habis.
 7. Cara buat inti :
 pukul putih telur dgn gula hingga kembang. Masukkan tepung gandum, kelapa dan sedikit pewarna kuning. Gaul rata. Inti biar lembab sikit, senang nak masukkan dlm adunan
8. Masukkan inti dlm adunan tadi, hias dgn ceri merah dan hijau. Buat hingga habis.
 9. Bakar pada suhu 160C hingga masak ~ kelapa dh perang dan dasar kuih pun dah kuning.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan