Rabu, 18 September 2013

Sesekali Terasa Teringin....



Assalamualaikum dan salam sejahtera. Semuga apa yang kita lalui hari ini, dipermudahkan. Memang dah lama tak meroti. Tetiba ada permintaan dlm rumah...nak roti pizza. Kalau dah sebut dan teringin tu, kenelah buat ye tak?. So, dua kali berturut2 meroti.....selagi lom jemu. Satu adunan, macam2 rasa ada.....pizza, kacang merah dan kelapa.  Kalau meroti ni, saya suka guna resepi dari Liza Roti Manis. Selain senang, lembut dan gebu....yang pasti ianya menjadi!!!!. Jom kita intai...



ROTI MANIS
Sumber: Liza Roti Manis


Bahannya:
400gm tepung roti ~ diayak
100gm tepung gandum ~ diayak
100gm gula kastor ~ kalau nak rasa manis , leh tambah sikit lagi
265gm air sejuk + 1 biji telur
40gm susu tepung
80gm butter
11gm yis
1st bread improver
1 st bread softner

Bahan sapuan:
telur + susu cair

Caranya:
1. Campurkan semua bahan kering dan bahan cecair. Uli guna tangan atau mixer. Air letak sikit2, tak perlu habiskan jika dah cukup lembut.
2. Dah sebati, masukkan butter dan uli hingga sampai licin.
3. Perap adunan selama 30 minit kemudian buangkan angin.
4. Bentukkan adunan tersebut, jika melekit....sapu tapak tangan dengan butter. Perap adunan yang dah siap dibentuk hingga naik 2 x ganda.
5. Sebelum bakar, sapu atas roti dgn bahan sapuan.
6. Bakar pada suhu 180C selama 20 minit atau hingga masak ~ ikut kepanasan oven masing2.


Selasa, 17 September 2013

Ikan Dori Sos Kering

 
 
IKAN DORI SOS KERING
 
 
Bahannya:
1 keping isi ikan Dori ~ dipotong2
putih telur secukupnya
tepung jagung secukupnya
 
2 biji bawang putih ~ dicincang/ditumbuk kasar
1/2 biji bawang Holland ~ dipotong baji
6 tangkai cili kering ~ dipotong serong
6 tangkai cili padi
1/2 biji tomato ~ dipotong kasar
2 sb sos tiram
1 sb sos cili
1 - 2 sb kicap manis
tepung jagung sedikit ~ larutkan dlm sedikit air
minyak secukupnya
 
Caranya:
1. Isi ikan dori yg telah dipotong, celup dalam putih telur dan lumurkan dgn tepung jagung. Kemudian goreng hingga garing. Ketepikan
2. Tumis bawang putih, dah wangi masukkan bawang Holland, cili kering, cili padi dan tomato. Dah sebati, masukkan sos tiram, sos cili, kicap manis dan isi ikan. Gaul sebati dan tambahkan air tepung jagung. Bila betul2 dah sebati dan kering, tutup api.
3. Hidangkan panas2.

 
 
 

Jumaat, 13 September 2013

Kerapu 3 Rasa....

 
 
KERAPU 3 RASA
 
Bahannya:
1 ekor ikan kerapu sederhana besar ~ digaul dgn sedikit garam dan serbuk kunyit.
2 sb sos cili
2 sb sos tiram
2 sb kicap manis
3 tangkai cili padi ~ dipotong bulat
1 tangkai lada merah ~ belah 4 kemudian potong kecil
3 helai daun limau ~ dihiris halus
1 biji tomato ~ dipotong dadu
sedikit nenas ~ dipotong dadu
 
Bahan tumis
1 sb lada yg dimesin
2 biji bawang putih ~ dicincang
1/2 biji bawang Holland ~ didadu
1 batang serai ~ dimayang halus
sedikit halia ~ dicincang
 
Caranya
1. Goreng ikan hingga garing ~ ketepikan.
2. Tumis bahan tumis hingga wangi dan garing.
3. Masukkan sos cili, sos tiram, kicap, daun limau ~ gaul rata dan sebati. Jika terlalu pekat, tambah sedikit air.
4. Masukkan cili padi, lada merah, tomato, nenas ~ biar mendidih dan tutup api.
5. Jirus atas ikan dan sedap dimakan panas2.
 
 
 

Cempedak Goreng Rangup

 
 
CEMPEDAK GORENG
 
 
Bahannya:
1 cawan tepung beras
2 st tepung kastard
1 st margerin
1 st air kapur
cempedak secukupnya
sedikit garam & gula
pewarna kuning
air secukupnya
minyak masak untuk menggoreng
 
Caranya:
1. Satukan tepung beras, tepung kastard, margerin, air kapur, garam dan gula.
2. Masukkan air secukupnya dan kacau sebati ~ adunan jangan terlalu pekat dan jangan terlalu cair. Tambahkan sedikit pewarna kuning.
3. Panaskan minyak. Bila dah panas, celupkan cempedak dalam adunan tadi, goreng hingga keemasan dan garing.


Jemput Jemput Durian


JEMPUT JEMPUT DURIAN


Bahannya:
2 cawan tepung naik sendiri
1 cawan isi durian
1/4 cawan gula pasir ~ jika suka manis lebihkan
1 biji telur
1/2 cawan air
sedikit garam
minyak untuk menggoreng

Caranya:
1. Isi durian, gula, telur, air dan garam dimesin halus.
2. Campurkan bahan dimesin dalam tepung. Kacau hingga sebati. Jika kurang air, tambah sikit lagi. Jika terlalu lembik, tambahkan sikit tepung. Diamkan sebentar.
3. Dalam minyak panas, goreng seperti biasa hingga keemasan. 


Ahad, 8 September 2013

Sup Ikan Dori



SUP IKAN DORI

Bahannya:
1 keping isi ikan Dori
1 biji bawang merah ~ dihiris halus
1 biji bawang putih ~ ditumbuk halus
sedikit halia ~ ditumbuk halus
1 biji tomato ~ potong 6
1 batang saleri ~ dipotong serong
sedikit Brokoli
lada sulah berperisa AjiShio secukupnya
garam dan gula secukupnya
sedikit kunyit serbuk
minyak untuk menumis

Caranya:
1. Panaskan minyak. Masukkan bawang yg dihiris, biar hingga separuh kuning. Masukkan pula bawang putih dan halia. Tumis hingga wangi dan kekuningan.. Masukkan air secukupnya dan biar hingga mendidih.
2. Dah mendidih, masukkan ikan , batang saleri, lada sulah , sedikit kunyit, garam dan gula. Biar mendidih.
3. Masukkan brokoli dan tomato, biar sebentar dan rasakan garam, tutup api.


Kuih Ketayap @ Dadar Gulung



Assalamualaikum dan salam sejahtera. Dua tiga hari ni, tekak nak makan kuih lama2 je...kuih tradisional yang sentiasa mendapat tempat dalam sebarang majlis. Kuih ketayap....inti memang dah ada, tinggal buat adunannya aje. Sebenarnya, banyak cara nak mengandun adunan kuih ketayap ni. Terpulang pada selera masing2...nak sedap, gebu dan lembut, kenelah rajin sikit....ye tak?. Kali ini saya try resepi dari Yatiememories dan saya tambah air daun pandan. Kalau malas, nak ada rasa pandan, letaklah pandan paste. Bila mendadar pula, saya kurangkan penyapuan minyak kat kuali non stik tu supaya nampak mulus je....Jom kita intai, resepi adunannya saje ye....



kuih ketayap
Sumber : Yatiememories
Olahan : UDA


Bahannya:
2 cawan tepung gandum
1 biji telur
2 cawan air ~ saya guna air pandan (blender 10 helai daun pandan + air)
3/4 cawan susu cair ~ santan pun boleh
1 st garam
1 sb minyak masak
pewrna hijau
sedikit minyak untuk oles dikuali


Caranya:
1. Satukan semua bahan, blender dan tapis. Masukkan pewarna hijau.
2. Panaskan kuali non stick atau kuali biasa pun boleh. Oleskan sedikit minyak, masukkan adunan dan dadar seperti biasa.
3. Kalau tak suka kulit kuih dadar kita nampak banyak lubang2 , jangan sapu minyak banyak sangat kat kuali tu.
4. Bahagian atas adunan dah kering, angkat dan terus letak inti dan gulung dengan kemas. 

Cucur Badak

 
Lagi satu kuih lama....tetiba teringin nak makan. Malam2 pun sanggup buat sebab inti serunding memang dah ada. Senang keje!!!!. Kali ni try letak sedikit tepung kanji dalam adunan tu. Resepi ni saya lupa ambil kat sapa, puas cari semula tak jumpa. Selalunya saya buat keledek campur dengan tepung gandum je. Kali ini, letak sikit tepung kanji so, bila makan ada rasa kenyal2 manje gitu. Jom kita intai....resepi serunding tak disertakan , cari sendirilah ye...( ini kes malas nak manaip le ni)
 
 
CUCUR BADAK
 
Bahannya:
500gm keledek ~ direbus dan dilecek halus
180gm tepung gandum
1 1/2 sb tepung kanji
garam secukup rasa
minyak untuk menggoreng
 
Caranya:
1. Keledek yang telah direbus dan garam dilecek halus ketika panas2. Biarkan sebentar hingga suam.
2. Campurkan dengan tepung gandum dan tepung kanji, uli rata dan sebati.
3. Ambil sedikit adunan, leperkan, isi inti dan bulat2 kan. Goreng hingga kekuningan.

 

Selasa, 3 September 2013

Makaroni Sup Tomato......simple tapi sedap!!!!


MAKARONI SUP TOMATO


Bahannya:
100gm makaroni ~ direbus dan ditoskan
100gm daging ~ dipotong nipis dan direbus
1 biji tomato ~ didadu
Meatball secukupnya
Jejari ketam secukupnya
Kobis bunga secukupnya 
Lada sulah Berperisa Ajishio ~ x letak pun boleh
Cili sos secukupnya
Tomato sos secukupnya
minyak secukupnya

Bahan tumis:
sedikit bawang holland ~ didadu
sedikit halia ~ ditumbuk halus
2 biji bawang putih ~ ditumbuk halus


Caranya:
1. Panaskan minyak, masukkan bahan tumis. Goreng hingga wangi.
2. Masukkan sos cili dan sos tomato, kacau sebati. Masukkan daging dengan air rebusannya sekali.
3. Masukkan tomato, meatball dan lada sulah AjiShio secukupnya.
4. Pastikan rasa sos cukup masam dan manis, seimbang dgn kepekatan kuah yg kita kehendaki. Kalau kurang pekat, tambah lagi sos cili, kalau kurang manis tambah sedikit lagi gula. Ikut citarasa masing2.
5. Dah mendidih, masukkan kobis bunga atau sayur kegemaran masing2. Tutup api, masukkan jejari ketam, angkat dan hidangkan dgn makaroni.



Marhaban ya marhaban......Syawal 1434


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sekejap je rasanya kita dah penghujung Syawal. Sedangkan banyak lagi rumah kawan2 yg tak sempat kita kunjungi. InsyaAllah....kalau dipanjangkan umur dan diberi kesempatan, tahun hadapan kita pergi. Marhaban Kumpulan Al Barakah.....salah satu kumpulan marhaban yg saya sertai. Setiap tahun bulan Syawal, kami mengadakan aktiviti Marhaban dan Nasyid dari rumah ke rumah setiap ahli. Setiap tahun juga, kami 'bertukar wajah'.....baju baru dan tudung pun baru. Baru bersemangat nak Marhaban...ye tak?...hehehe 
 

 
Kebanyakkannye, kumpulan Marhaban disertai kaum ibu yang veteran...mana perginya ibu muda?. Walaupun ada tapi tak ramai, begitu juga dgn anak remaja. Mungkin ada yg berminat tapi malu ataupun, yang muda2 ni anak2 masih kecil, tanggungjawab di rumah lagi penting. Tetapi, yang tua makin berkurangan disebabkan masalah kesihatan. Untuk jadikan anak2 remaja berminat untuk menyertainya, ibu2 kene pujuk dan ajak mereka ikut serta. Mungkin pada mulanya ada rasa malu, kalau dah terbiasa, ianya jadi seronok. Jika tiada pelapis dari golongan muda, bimbang satu hari nanti tiada lagi marhaban berkumandang di bulan Syawal. Saya rasa, marhaban ni pun salah satu pengisian rohani. Selain dapat mengukuhkan silaturrahim, setiap malam kita dapat memuji Baginda Rasulullah dengan alunan2 yang merdu.
 
 

Nasi Jagung Berempah

 
 
NASI JAGUNG
Olahan : UDA
 
 
Bahannya:
2 cawan berasbasmathi ~ rendam sekejap
6 cawan air rebusan daging ~ guna kiub boleh juga
1/4 cawan susu cair
1sb rempah biryani ~ gaul dgn sedikit air
1 cawan jagung manis dlm tin ~ buang airnya
1 btng serai ~ dititik
2 helai daun pandan ~ disiat2
1 biji tomato didadu
2 sb margerin
1sb minyak jagung ~ minyak masak biasa pun boleh
garam secukupnya
 
Bahan yg dihiris:
5 biji bawang merah
3 biji bawang putih
2 in halia
 
Caranya:
1. Beras yg direndam, toskan dan masuk beras dan tomato dlm rice cooker, ketepikan dulu.
2. Panaskan margerin dan minyak jagung. Masukkan serai dan daun pandan, dah wangi, masukkan pula bahan yg dihiris. Goreng hingga perang dan wangi.
3. Masukkan rempah biryani, air rebusan daging, susu cair dan garam. Biar hingga mendidih. Masukkan dalam rice cooker tadi dan masak nasi macam biasa. Bila nasi dah kering, baru masukkan jagung.Tunggu hingga 'keep warm' baru kacau perlahan dan gemburkan nasi tu supaya nasi berderai.
 


 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Isnin, 2 September 2013

Tutty Fruity Oreo Cake



TUTTY FRUITY CAKE
Sumber : daleenpersona
Olahan :  UDA


Bahan 1:
300ml putih telur
138gm gula castor ~ saya letak 145gm
7gm 0valette
garam ~ hujung jari je


Bahan 2 (campur dan ayak)
150gm tepung gandum
1/2st baking powder

Bahan 3
38gm butter ~ dicairkan

Bahan 4
biskut oreo secukupnya ~ buang cream
2sb serbuk oreo

Bahan 5
hijau   ~ esen pisang
kuning~ oren sunquick
pink    ~ strawberry emulco
oren    ~ esen nenas


Caranya:
1. Guna mixer, putar putih telur hingga kembang. Masukkan gula sikit2 dan terus pukul. Masukkan ovalette dan garam, pukul lagi hingga kental.

2. Masukkan bahan 2 sikit2 dan gaul rata.

3. Masukkan bahan 3 ~ kacau guna spatula.

4. Adunan di bahagi 4 bahagian. Setiap satu bahagian letak pewarna dan perasa pilihan.

5. Gris Loyang 6in dan alas dgn baking paper.

6. Panaskan kukusan. Dlm Loyang, masukkan adunan lapisan pertama, susun biskut oreo dan kukus selama 10/15 minit. Lapisan kedua, gaul dgn serbuk oreo baru melapis atas adunan pertama dan kukus. Buat hingga habis. Lapisan terakhir kukus selama 20 - 25 minit.

7. Angkat dan sejukkan.