Selasa, 22 April 2014

Kaswi Jagung



KASWI JAGUNG

Bahannya:
1 cawan tepung gandum
1/4 cawan tepung kanji
3/4 cawan gula pasir 
2 1/2 cawan air
1/2 st kapur sireh
4 sb bes minuman perasa jagung
1 st esen jagung
2 helai daun pandan ~ disimpul
* kelapa parut putih
* sedikit garam


Caranya:
1. Satukan semua bahan kecuali daun pandan. Gaul sebati kemudian tapis.
2. Dalam periuk, masukkan adunan dan daun pandan, kacau atas api hingga naik wap.
3. Acuan lompang disapu dgn sedikit minyak makan. Tuang adunan, kukus selama 10 - 15 minit atau hingga masak.
4. Sejukkan baru keluarkan dari acuan.
5. Hidangkan bersama kelapa parut putih + garam yang telah dikukus sebentar. 




Tiada ulasan:

Catat Komen