KEK MARBLE
Bahan A
250gm butter ~ nak sedap gunakan yg mahal
145gm gula halus
Bahan B
4 biji telur B
Bahan C
1 sudu teh vanilla
1/2 cawan susu pekat manis
3 sudu makan kaya
Bahan D
250gm tepung naik sendiri
Bahan E
warna pink + perasa strawberry
warna biru
warna kuning lemon
Caranya:
1. Pukul bahan A hingga kembang.
2. Masukkan bahan B satu persatu. Anggaran 1 biji selama 60 saat, baru masuk yg lain. Pukul lagi hingga gebu.
3. Masukkan bahan C, pukul rata.
4. Masukkan bahan D sedikit demi sedikit kemudian ratakan.
5. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian, letak perasa ( jika suka) dan letak pewarna.
6. Ambil 2 sudu adunan warna pertama, letak ditengah2 loyang. Kemudian warna yg seterusnya, letak diatas warna yang pertama. Buat begitu seterusnya sehingga adunan habis.
7. Bakar dalam oven pada suhu 170C selama 40 - 45 minit atau sehingga masak, ikut kepanasan oven masing2.
comeynya belang2 dia tu uda... lamanya saya tak buat kek.... teringin pulak nampak kek uda ni..
BalasPadamsaya pun dah lama tak buat....bila teringin dan rajin baru buat
Padam