Rabu, 28 Ogos 2013

Daging Goreng Kunyit


DAGING GORENG KUNYIT

Bahannya:
Daging secukupnya ~ dipotong nipis
2in halia ~ dihiris nipis
air secukupnya

Bahan ditumis:
2in halia ~ dimayang
2 biji bawang merah ~ dimayang
1/2 biji bawang holland ~ potong bulat
1 tangkai lada merah ~ dihiris
garam dan gula
sedikit minyak
sedikit kunyit serbuk


Caranya:
1. Rebus sebentar daging yg telah dihiris. Bila dah keluar lemak yang berwarna coklat, buang air tersebut. Gantikan air yang baru, rebus daging bersama halia hingga empuk.
2. Bila dah empuk dan air tinggal sedikit, masukkan minyak. Masukkan halia dan bawang merah yg telah dimayang. Bila dah wangi, masukkan kunyit serbuk,perasa dan gaul sebati.
3. Masukkan bawang holland dan lada merah, gaul rata.
4. Angkat dan sedap dimakan panas2.

Puding Susu Pandan




PUDING SUSU PANDAN
Sumber : Yatiememories
Olahan : UDA


Bahannya:

600ml air
120gm gula pasir
8gm serbuk agar2 (saya guna 7gm)
3 helai daun pandan
300ml susu segar
200 ml santan
beberapa titik esen pandan /pewarna hijau
nata de coco secukupnya ( ini saya tambah untuk hiasan)


Caranya:
1. Satukan serbuk agar2, air, gula dan daun pandan. Masak hingga mendidih dan sebati.
2. Kecilkan api, masukkan susu dan santan, kacau sebati.
3. Tapis dan bahagikan 2 bahagian. 1 bahagian letak esen pandan dan pewarna hijau. 1 bahagian biar warna asal.
4. Dalam bekas pilihan, tuang adunan warna hijau separuh bekas sahaja. Biarkan beku sebentar / masukkan dlm peti ais supaya cepat beku.. Cakar sedikit dipermukaan puding dgn garfu/lidi dan tuang adunan warna asal. Jika suka, boleh taburkan nata de coco yang telah dipotong dadu.
5. Sejukkan dalam peti ais dan sedap dimakan sejuk2.



Isnin, 19 Ogos 2013

Kek coklat pisang......memang mabeles!!!!

Assalamualaikum, salam Adilfitri dan salam sejahtera. Dah lama tak bersiaran....saya mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin kepada kawan2 dan pengunjung2 yang sudi singgah ke blog saya yg tak seberapa ini. Semuga kita  sama2 dapat terus berkongsi resepi yang ada .
Hari ini nak berkongsi sekali lagi kek coklat pisang yang sangat lembut dan sedap . Kebetulan ada setandan pisang kapas masak kat belakang rumah. Selain buat bom pisang, anak suruh buat kek ni. Sesiapa yang datang beraya hari ni...rezeki diorang la ni!!!!. Jom kita intai.....



KEK COKLAT PISANG

Bahan A:
3 biji pisang
1 cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat
1 cawan gula perang
1 st ovalete
1 cawan minyak masak
2 biji telur A
sedikit garam
sedikit esen pisang

Bahan B:
1 1/2 cawan tepung gandum
1 st soda bikabonarte
1 st baking powder
3 sb serbuk koko

Bahan C (topping)
1/4  cawan serbuk koko
1/4 cawan susu pekat
1 sb air panas
1/2 sb butter / minyak
** satukan semua bahan, kacau sebati secara double boiler


Caranya:
1. Satukan bahan A kemudian blender hingga halus dan gebu.
2. Ayak bahan B. Satukan bahan A dalam bahan B. Kacau sebati.
3. Masuk adunan dalam loyang 8 x 8in yg telah digris. Tutup dgn aluminium foil.
4. Kukus selama 1 jam . Pastikan air kukusan mendidih terlebih dahulu.
5. Dah masak, sejukkan terlebih dahulu sebelum salut dgn topping.



Khamis, 1 Ogos 2013

Biskut Blueberry Tart


Assalamualaikum dan salam Ramadhan. Biskut yg senang, yang sedap ni....saya terlupa copy dari siapa. Sesiapa yang empunya, harap dapat dihalalkan dan saya share di sini pula ye.....


BLUBERRY TART

Bahan2 doh:
150gm butter
100gm margerin
50gm gula icing
2 bj kuning telur
1 st perasa blueberry
1/2 st pewarna ungu ~ saya letak lebih sikit
secubit garam
350gm tepung gandum ~ diayak
50gm tepung jagung ~ diayak

Bahan inti:
300gm inti blueberry ~ beli yg dah siap

Bahan hiasan:
100gm coklat putih + 1sb butter ~ double boiler

Caranya:
1. Pukul butter, margerin dan gula icing hingga berkrim.
2. Masukkan kuning telur, perasa blueberry, pewarna dan garam, pukul lagi.
3. Perlahankan speed, masukkan tepung sikit2 hingga habis dan adunan menjadi doh yang lembut.
4. Ambil 8gm adunan, bulat2kan, leperkan dan isi inti. Bulatkan semula dengan kemas. Buat hingga habis.
5. Sapu loyang dgn butter, isi adunan yg dah siap, bakar dalam oven pada suhu 175C selama 20 minit atau hingga masak.
6. Sejukkan dan hiaskan dgn coklat putih.

Puding Caramel Oreo



PUDING CARAMEL OREO
By : UDA


Bahannya:
8 biji telur
1 cawan gula pasir
1 cawan air
1 tin susu cair
1 st vanilla
sedikit pewarna kuning
biskut oreo secukupnya (dibuang cream)
1/2 cawan gula pasir + sedikit air (dihanguskan dlm loyang 8x8in)


Caranya:
1. Panaskan kukusan.
2. Satukan gula, air dan telur. Blender sekejap. Tapiskan dalam bekas.
3. Campurkan bahan yang lain, gaul rata.
4. Masukkan adunan dalam loyang yang dah ada gula hangus.
5. Patah2kan biskut oreo dan masukkan dalam adunan.
6. Kukus selama 30 minit atau sehingga masak.
7. Sejukkan baru dipotong.