Rabu, 26 Jun 2013

Kuih Bakar Cassava......Ubi + Labu!! !!



BINGKA CASSAVA
Sumber : tabloidnova.com
Di Olah : UDA


Bahannya:
250gm ubi kuning diparut ~ saya guna ubi yg biasa je
150gm kelapa parut ~ yg putih
2bj telur
50gm gula pasir
50ml minyak masak
1/2st garam
50gm labu ~ direbus dan dihaluskan











Caranya:
1. panaskan oven pada suhu 180C. Griskan acuan pilihan ikut citarasa.
2. Pukul telur dengan gula dengan kelajuan maxima hingga larut.
3. Masukan ubi parut. kelapa, minyak masak dan garam. Adun hingga rata guna senduk kayu.
4. Masukkan labu kuning, adun rata hingga sebati.
5. Masukkan dalam acuan, jangan ditekan2 supaya bingka tidak bantat.
6. Bakar selama 35 minit atau hingga masak. 







Isnin, 24 Jun 2013

Souffle Ikan Dori

Assalamualaikum dan salam bahagia. Masak apa hari ni?. Hari2 mesti kepala ligat je....pikir nk masak apa ye tak?. Kalau anak2 kecil biasanya suka ayam je....ada diantaranya, ikan tak nak langsung. Saya nak bagi idea...apa kata,  anak2 yg tak tak suka makan ikan tu kita bagi dia makan Souffle ikan ni. Sedap.....dia mesti suka dan tak sangka ianya isi ikan. Memang sedap souffle ni.....lemak dan lembut je. Resepi asal saya copy dari blog Indon....Souffle Ikan Salmon. Yg ada ikan Dory.....saya ubah sana sini ikut selera kami seisi keluarga. Jom intai....cubalah, memang berbaloi!!!.

SOUFFLE IKAN DORY
Sumber : Resep Masakan Komplit
Di Olah : UDA

Bahannya :
250gm isi ikan dory ~ dihaluskan (saya guna blender kering)
100gm butter
1/2 bj bawang holland ~ didadu
2bj bawang putih ~ dicincang halus
100gm tepung gandum
400ml susu cair
5 bj kuning telur
1 btng carrot ~ diparut halus
5bj putih telur ~ dipukul hingga kaku
100gm keju ~ diparut
Garam secukupnya
Lada sulah berperisa Ajishio secukupnya
Sedikit daun dup

Caranya:
1. Cairkan butter, masukkan bawang2 dan tumis hingga harum.
2. Masukkan tepung gandum, terus kacau hingga rata.
3. Masukkan susu sedikit2 sambil dikacau rata dan hingga meletup2 sedikit. Adunan ini akan pekat.
4. Masukkan kuning telur, garam, lada sulah dan kacau rata.
5. Masukkan pula isi ikan, carrot dan daun sup, kacau rata dan sebati. Tutup api dan angkat.
6. Campurkan adunan ini kedalam adunan putih telur yg kaku tadi dan madukkan keju parut. Kacau rata dan sebati.
7. Panaskan oven pada suhu 180C. Griskan loyang atau bekas yg sesuai dgn butter. Masukkan adunan, bakar hingga kekuningan.
8. Sedap dimakan suam2.

Sabtu, 22 Jun 2013

Tart Nenas Keju



 


TART NENAS KEJU



Bahannya:

300 gm tepung gandum
175gm butter
30gm gula castor
2 bj kuning telur
100gm keju ~ diparut
1 sb susu serbuk
inti nenas secukupnya ~ saya beli yg dah siap

Bahan sapuan:
2 biji kuning telur
keju parut secukupnya




Caranya:
1. Pukul butter dgn gula hingga rata. 
2. Masukkan satu persatu kuning telur dan keju. Pukul hingga rata.
3. Campurkan susu serbuk, tepung sedikit demi sedikit dan adun hingga rata dan lembut.
4. Ambil sedikit adunan, leperkan dan masukkan inti nenas. Bentukkannya menjadi bebola.
5. Sapu atas kuih dgn telur kuning dan taburkan keju secukupnya.
6. Bakar hingga masak pada suhu 170C.


Khamis, 20 Jun 2013

Chocolate Fantasy

Tauchu Bilis Lemak



Assalamualaikum dan salam bahagia. Semuga semuanya sihat walafiat walaupun jerebu masih ada. Aktiviti harian tetap dilaksanakan tetapi aktiviti di luar rumah kalau boleh dikurangkan. Hari ni nak share menu simple saya yang memang mebeles!!!. Makan dgn nasi panas2....wow!!!! tak pandang lauk lain. Kalau suka pedas, boleh tambah cili padi, biar berasap telinga.....hehehe!!!. Jom....




TAUCHU BILIS LEMAK
Sumber : SAJI Febuari 2007
Di Olah : UDA


Bahannya:
Segenggam ikan bilis ~ belah dua dan dibersihkan
7 tangkai cili hijau ~ dihiris
2 labu bawang besar ~ dihiris
4 ulas bawang putih ~ dihiris
2 keping asam gelugur ~ saya guna air limau
2cm halia ~ dihiris
2 sb tauchu 
**saya tambah ~ lada merah, cili padi dan buah tomato


Caranya:
1. Tumis bawang, cili dan halia hingga layu.
2. Tuang tauchu dan santan, kacau rata.
3. Masukkan ikan bilis, asam gelugur / air limau dan sedikit gula. Biar sebati.
4. Masukkan tomato dan biar lembab jangan kering sangat, angkat. 
5. Sedap dimakan bersama nasi panas.












Selasa, 18 Jun 2013

Tenggiri Masak Serai





TENGGIRI MASAK SERAI


Bahannya:
4 keping ikan tenggiri ~ campurkan dgn sedikit kunyit dan garam, goreng dan ketepikan.
2 helai daun limau purut
sedikit air limau
garam dan gula secukupnya
bawang besar ~ dipotong bulat

Bahan dimesin halus:
15 tangkai lada kering ~ yg telah direbus
4 batang serai
2 ulas bawang putih


Caranya:
1. Panaskan minyak secukupnya, tumis bahan yg dimesin hingga wangi.
2. Masukkan daun limau, masak lagi hingga garing.
3. Masukkan garam, gula dan air limau. Tambahkan air sedikit. Kacau rata.
4. Masukkan ikan, bawang yg dipotong bulat, kecilkan api dan masak hingga naik minyak dan sedikit pekat.













Sambal Pelam Ikan Bilis

SAMBAL PELAM IKAN BILIS





Bahannya:
1genggam ikan bilis ~ digoreng garing
1 bj pelam ~ jgn terlalu muda dan jgn terlalu masak ~ diracik halus
Garam dan gula secukupnya
Minyak secukupnya.

Bahan dimesin:
7 tangkai lada merah
Sedikit cili padi ~ untuk lebih pedas
1 bj bawang putih
Sedikit belacan





Caranya:
1. Panaskan minyak, tumis bahan yg dimesin dan masukkan buah pelam. Kacau sesekali hingga garing.
2. Rasakan garam dan gula.
3. Tutup api, masukkan ikan bilis dan gaul rata. Pastikan toskan minyaknya dulu baru angkat dan hidangkan supaya ikan bilis rangup lebih lama.

Ayam Pongteh




AYAM PONGTEH
Sumber : Chef Arm
Di Olah Oleh : UDA

Bahannya:
9 ketul ayam ~ potong kecil
1 bj kentang ~ potong baji
8 bj bawang merah ~ dihiris nipis
4 ulas bawang putih ~ dihiris nipis
1sb tauchu
1 kiub stok ayam
4 keping cendawan hitam kering ~ direbus sebentar dan dipotong2
Air secukupnya
Kicap pekat secukupnya
Lada sulah berperisa Ajishio secukupnya
Cili padi dan lada merah secukupnya ~ jika suka
Minyak secukupnya





Caranya:
1. Tumis bawang merah hingga wangi. Masukkan bawang putih dan tumis hingga kedua2nya kekuningan.
2. Masukkan ayam, goreng sebentar hingga rata.
3. Masukkan air, kiub ayam, kentang, kicap dan cendawan. Biar hingga mendidih.
4. Masukkan tauchu , lada sulah dan lada. Masak hingga sebati dan kentang empuk. Kepekatan, ikut citarasa masing2. Jika suka berkuah banyak, tambah air sedikit lagi.
5. Sedap dimakan dgn nasi panas dan juga roti.


Sabtu, 15 Jun 2013

Chocolate Croissant





CHOCOLATE CROISSANT

Bahannya:
1 bungkus kulit pastry jenama kawan
coklat secukupnya ~ cooking choc / inti coklat / coklat chip
kuning telur 
putih telur ~ untuk bhn 

Caranya:
1. Potong kulit pastry kpd 4 bahagian.
2. letak inti , gulung dan bahagian hujung lekatkan dgn sedikit putih telur.
3. Letak dlm loyang yg telah digris dgn margerin.
4. Sapu bhg atas dgn kuning telur.
5. Bakar hingga masak dan kekuningan pada suhu 190C.








Isnin, 10 Jun 2013

Kek Coklat Keju Marble

Assalamualaikum dan salam bahagia. Hari ni kita semua dah berada dlm bulan Syaaban. Jom sama2 mengambil peluang menambahkan amalan supaya kehidupan kita diberkati....di dunia dan juga di akhirat.
Hari ni sebenarnya plan nk buat benda lain tapi hati dan tangan berat nak buat yang ini juga. Memang dah lama berangan2.....hari ini angan2 jadi kenyataan. Sebenarnya saya dapat idea nak buat kek ni bila ternampak dlm FB Chef Arm. Tetapi, saya tak copy resepi dia sbb  bahan untuk buat inti ( cream cheese) ada yg saya tak de....ni kes malas nk gi kedai. So.....skodeng sana sini dan ambil sana sikit sini sikit....maka terhasillah cream cheese yg sangat sedap ni. Bahagian dasar....boleh guna kek span atau kek coklat yg ready made, yg main tunjuk2 je tu....beli yg dah siap. Hari ni kerajinan saya melanda so....buat sendiri je kek coklat. Kek coklat tu pula...terpulanglah, nak kukus ke nak bakar. Saya kukus je.  Ketebalan kek tu, terpulang pada citarasa masing2. Kalau suka cream tebal, doublekan adunan cream , nipiskan kek.....potong  dua atau buat setengah adunan. Saya suka kek tebal , so....tak perlu potong2 bg nipis. Yang penting, kek ni sedap....keknya lembut je dan creamnya memang sedap berkrim.....terasa makan aiskrim la pulak!!!!!. Sesiapa yang mahukan kelainan pada kek coklat tu, jom kita intai.....





KEK COKLAT KEJU MARBLE
Di Olah Oleh : UDA
Bahan kek : ( loyang 9x9 in)
142gm gula perang
142gm tepung gandum ~ diayak
1st baking powder ~ diayak
1st soda bikarbonat
1 cawan susu cair
1 cawan minyak
1/2 cawan susu pekat manis
3 bj telur
5 sb serbuk koko



Caranya:
1. Campurkan susu cair, gula, serbuk koko, sudu pekat dan minyak dalam periuk. Kacau atas api kecil hingga semuanya larut. Tutup api .
2. Blender telur hingga berbuih kemudian campurkan dlm adunan koko.
3. Masukkan tepung sikit2 sambil dikacau rata.
4. Alas loyang dgn baking paper dan sapu dgn sedikit minyak.
5. Tuang adunan, kukus dalam air yg mendidih selama 1 jam atau sehingga masak.
6. Sejukkan kek.



Bahan cream:
400gm keju cream
80gm coklat hitam ~ dicairkan
60gm coklat putih ~ dicairkan
Sedikit vanilla
12gm serbuk gelatin halal + 100 ml air ~ biar kembang sebentar kemudian cairkan ~ guna kaedah double boiler
190gm krim non dairy ~ diputar hingga kembang dan kaku




Caranya:
1. Putar keju cream hingga gebu dan halus. Masukkan vanilla.
2. Masukkan gelatin yg dah dicairkan, kacau sebati.
3. Bagikan adunan keju kpd 2 bahagian. Bhg 1 tambah coklat hitam. Kacau sebati. Bhg 1 lagi tambah coklat putih. Kacau sebati.
4. Ambil bahagian yg dicampur coklat putih, campurkan cream dan gaul sebati. Masukkan dlm.piping bag, ketepikan.
5. Ambil bahagian coklat hitam, campurkan cream, gaul sebati dan masuk dlm piping bag. Ketepikan.
Cara menghias: ( spring foam 8x8 in)
1. Kek yang dah sejuk, potong ikut ukuran loyang 8 x8 in ( ukuran loyang ikut citarasa). Klu tak ada loyang spring foam, alaskan alumunium foil dlm loyang tersebut supaya senang nak keluarkan kek nnanti.
2. Masukkan kek tadi dlm loyang, paipkan cream warna putih hingga penuh permukaan kek. Tinggalkan sedikit cream untuk corak hiasan.
3. Paipkan pula cream coklat hitam hingga habis dan ratakan.
4. Paipkan cream putih yg sedikit tadi, corakkan ikut kreativiti masing2.
5. Masukkan kek dalam peti ais dan sejukkan selama 1 jam.
6. Sedap dimakan sejuk.






Sabtu, 8 Jun 2013

Everybody Can Cook.....With Chef Amer


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ini, berpeluang mengikuti Bengkel Inspirasi Kek Komersial 1 anjuran Olize Academy di Mom's Bake House Johor Bahru bersama Chef Amer. Ianya diadakan selama 2 hari tetapi saya hanya berpeluang sehari saja. Untuk hari ahad.....fully book. Ralat juga sebab, kelas hari ahad 'resepi kek2 terbaru' dari Chef Amer. Apa2 pun....TQ Chef !!!!. 



Seronok mengikuti kelas ni....tak boring, sentiasa ceria kerana Chef seorang yang selamba, kelakar dan ada je bahan untuk mengusik peserta.  Banyak tips yg peserta dapat dan kita pun tak segan dan tak kekok untuk bertanya. 


  Diantara peserta2 sedang menyiapkan tugasan yang diberi. Peserta di bahagikan kepada 6 kumpulan.  Bila Chef buat demo....macam senang je, bila kene buat sendiri, berpeluh gak nak mendeco sebiji kek tu. Itu baru sebiji, ada lagi 3 biji kek nak kene deco.....          






Inilah rupa kek yang siap disolek oleh kumpulan saya. Masing2 bekerjasama untuk menyiapkan tugasan yg diberi dan pastinya kami nak yang terbaik....hehehe!!!!!



Ini diantara kek2 para peserta yang lain, walaupun nampak semuanya sama tetapi dari segi kahalusan semasa mendeco tu tak sama. Bagi yang dah biasa....memang perfect, licin je. Bagi yang baru belajar dan tak biasa bermain dgn krim bagai ni.....paham2 ajelah. Tetapi, kepuasan dapat mendeco sendiri tu yang penting.



                                   Bergambar beramai2 sebagai kenang kenangan!!!!!!!!



Rupa rupanya, hari ni juga b'day Chef. Pulut kuning berhias ......surprise untuk Chef. Tetapi kami dah diberitahu awal2 oleh Kak Siti....bila keluarkan je pulut, kene nyanyi ramai2 untuk Chef.