Rabu, 7 Oktober 2015

Sotong Oriental....



SOTONG ORIENTAL
Sumber : Chef Hanieliza

Bahannya:
500gm sotong sederhana ~ dipotong kecil
2 sudu makan pes tom yam
2 sudu teh  rempah kari ikan
2 sudu makan  sos tiram
minyak masak untuk menumis
garam secukup rasa ~ jika perlu

Bahan dihiris kasar:
1 labu bawang besar
2 biji cili merah
2 biji cili hijau

Bahan tumis: ~ dihiris
2 tangkai daun kari ~ saya guna daun limau
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih

Caranya:
1. Panaskan minyak, masukkan bahan tumis dan tumis hingga wangi.
2. Masukkan sotong bersama dgn bahan2 yang lain, masak selama 10 minit atau hingga sotong masak. 

Bingka Roti Kelapa

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Dah lama rasanya tak update blog. Bila sibuk, memang tak ada mood nak menaip.  Ok, hari ni sempat membaking bingka yang tersangatlah sedapnya. Kalau kat rumah ada roti yang tak habis digunakan tu, jangan buang, simpan dalam peti ais dan bila ada kelapangan, try buat bingka ni. Resepinya mudah sangat....jom kita intai2!!!!




BINGKA ROTI KELAPA
Olahan : UDA


Bahannya:
12 keping roti tawar
2 cawan santan
1 cawan air pandan ~ kisar 8 helai daun pandan bersama 1 cawan air
3/4 cawan gula pasir
4 biji telur
1 cawan kelapa kering
sedikit vanilla
pewarna hijau


Caranya:

1. Campurkan semua bahan kecuali kelapa kering, pewarna hijau dan vanilla. Adun rata.
2. Kisar bahan tadi hingga halus dan tuang dalam bekas.
3. Masukkan kelapa kering, pewarna hijau dan vanilla. Kacau rata.
4. Bakar dalam acuan pilihan yang telah dilengser dgn margerin dan dipanaskan terlebih dahulu.
5. Bakar selama 45 - 1 jam mengikut kepanasan oven masing masing.





  

Khamis, 27 Ogos 2015

Belinjau madu


Keropok belinjau......ada peminatnya tersendiri. Tak kurang pula, ada yang tak suka sebab rasanya lemak2 pahit. Kalau nak bagi semua orang suka memakannya, kita sira dengan madu. Yang pahit akan bertukar lemak2 manis!!!!. Kalau tak percaya, cuba buat....anak2 pasti suka. Selalunya buat cornflakes madu, cuba kali ini buat belinjau madu. Memang makan tak cukup sebalang!!!.



BELINJAU MADU
Olahan : UDA


Bahannya:
200gm keropok belinjau yang telah digoreng ~ patah2kan sebesar cornflakes
45gm gula pasir
100gm butter / margerin
3sb madu
bijan hitam & bijan putih
badam cincang atau jenis kekacang yang lain ~ disangai@ digoreng tanpa minyak
papercup secukupnya


Caranya:
1. Panaskan butter, gula dan madu dalam kuali. Dgn api perlahan, kacau hingga larut. 
2. Masukkan keropok belinjau, kacau hingga sebati dan rata. Tutup api.
3. Masukkan dlm papercup, tabur bijan dan kekacang.
4. Susun dalam loyang, bakar selama 10 minit atau keperangan.
5. Sejukkan dulu baru simpan dlm bekas kedap udara.
*** Boleh juga kurangkan gula, lebihkan madu, ikut citarasa masing3.


Biskut Sri Kandi



Assalamualaikum dan salam sejahtera. Baru beberapa hari ni berkesempatan nak share resepi biskut untuk hari raya yang lepas. Sibuk memanjang kalau tak sibuk, mood kemalasan melanda!!!. Sesiapa yang nak cuba, silakan. Boleh buat untuk Raya Haji bulan depan.


BISKUT SERI KANDI
Sumber : Chef Zubaidah


Bahan A:
130gm butter
10gm shortening
50gm gula aising


Bahan B :
120gm tepung gandum
30gm   serbuk badam
25gm   tepung kentang
25gm   tepung susu
30gm   tepung jagung
20gm   tepung arrowroot
30gm   cornflakes ~ dikisar

Hiasan:
kuning telur ~ dipukul dan campur sedikit pewarna kuning
honey star
coklat masakan hitam ~ dicairkan



Caranya:
1. Satukan bahan A dan pukul hingga sebati.
2. Masukkan semua bahan B dan uli hingga menjadi adunan yang lembut.
3. Canai dan terap ikut acuan pilihan.
4. Sapukan kuning telur dan letakkan honey star.
5. Bakar  selama 30 minit pada suhu 150C atau sehingga masak.
6. Setelah biskut masak, hiaskan dengan coklat masakan.


Ahad, 23 Ogos 2015

Sunflower Seed Cookie ~ Biskut Kuaci



BISKUT KUACI
Sumber : Chef Zubaidah


Bahan A :
200 gm butter
100gm shortening
100 gm gula aising

Bahan B:
300gm tepung gandum
50gm tepung kentang
60gm tepung ubi
50gm tepung jagung
80gm serbuk badam
40gm kelapa kering ~ dikisar


Hiasan:
putih telur ~ saya guna kuning telur
kuaci biji matahari 
bijan hitam ~ saya guna kelapa kering

Caranya:
1. Satukan bahan A dan sebatikan.
2. Masukkan kesemua bahan B dan uli hingga menjadi doh.
3. Canai dan terap dengan acuan berbentuk bunga.
4. Sapukan kuning telur, hiaskan dgn kuaci dan tabur kelapa kering.
5. Bakar selama 30 minit atau sehingga masak pada suhu 130C.


Pai Labu



Antara dessert yang mudah dan senang membuatnya. Rasanya.......memang sedap!!!!!. Jom kita intai resepinya....

PAI LABU

Pie Crust :
250gm butter
300gm tepung gandum
50gm gula halus
2 sudu makan air sejuk dari peti ais
1 biji telur kuning
sedikit garam
acuan pai ataupun yang sesuai dengannya

Caranya:
Tepung, gula, butter dan garam disatukan. Adun menggunakan senduk kayu atau garpu hingga rata.
Masukkan telur kuning dan air. Adun lagi hingga menjadi adunan yang licin.
Guna penggelek, canai adunan mengikut kesesuaian saiz bekas pai. Jangan terlalu tebal dan jangan terlalu nipis. Masukkan dalam acuan pai, kemaskan tepi. Bahagian dalam, cucuk2kan dengan garpu.
Bakar dalam oven yang telah dipanaskan sehingga separuh masak pada suhu 170C. Keluarkan dari oven dan biarkan sebentar.


Pie Filling:
250gm labu ~ yang telah dikukus
115gm gula pasir 
3 biji telur
150ml susu cair
1/2st serbuk kayu manis ~ saya tak letak
esen vanilla
sedikit warna kuning

Caranya:
Satukan semua bahan dalam blender, blender hingga halus. Tuang adunan kedalam kulit pai. Bakar dalam oven pada suhu 180C sehingga kulit pai kelihatan kekuningan.


Selasa, 12 Mei 2015

Bingka Cornflakes + Cream Crackers



Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bingka yang sedap ni asalnya Bingka Cornflakes je. Oleh kerana cornflakes tak cukup, sesaja campur ngan biskut. Memang bertambah sedap la jadinya. Kuih ni saya buat untuk makan2 dalam bas, sempena lawatan ke Pusat Pendidikan Al Barakah minggu lepas. Jom kita intai resepi yang dah diolah.....

BINGKA CORNFLAKES + CREAM CRACKERS
Sumber : Ayu Jalinan Rasa
Olahan : UDA


Bahannya:
150gm cornflakes ~ saya guna separuh cornflakes separuh cream crackers
3/4 cawan tepung jagung
3 biji telur
3 cawan santan sederhana pekat ~ resepi asal separuh santan separuh susu segar
1/3 cawan gula pasir
3 sudu besar susu pekat manis
1/4 st garam
1/2 st esen vanilla
sedikit pewarna kuning
sedikit bijan


Caranya:
1. Satukan semua bahan kecuali bijan dan pewarna. Kacau sebati kemudian biarkan sebentar, supaya cornflakes lembut.

2. Blender semua bahan hingga halus, letak pewarna kemudian tuang dalam acuan yg telah di sapu dgn margerin dan dipanaskan sebentar.

3. Tabur bijan dan bakar pada suhu 170C selama 40 minit atau hingga kuih garing ~ ikut kepanasan oven masing2.

4. Sejukkan kuih baru dipotong dan dihidangkan.  


Rabu, 29 April 2015

Kuih lapis



KUIH LAPIS
Sumber : Yatiememories
Olahan : UDA


Bahan bahan (loyang 8 in)

Bahan A
2 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
1 sk garam
2 cawan santan pekat

Bahan B
1 1/4 cawan gula pasir
1 cawan santan pekat
2 cawan santan cair
 2 helai daun pandan ~ disimpul

Bahan C
warna hijau
warna pink
warna coklat




Caranya:
1. Satukan bahan A, gaul rata kemudian ketepikan.
2. Masak bahan B hingga gula larut dan biarkan suam sedikit.
3. Campurkan bahan B kedalam A, gaul rata dan tapiskan.
4. Ambil adunan 1 cawan kemudiaan warnakan coklat. 
5. Baki adunan dibahagikan kepada 2 dan warnakan.
6. Panaskan air kukusan, loyang dialas dgn plastik dan sapukan minyak keliling loyang.
7. Masukkan satu cawan warna hijau dan kukus selama 5 minit.
8. Bila permukaan dah keras, garis gariskan dgn lidi, tuang pula adunan pink. Begitulah seterusnya.
    Warna coklat biar dilapisan tengah. Kukus hingga habis adunan.
9. Lapisan akhir, kukus selama 20 minit. Bila dah siap, angkat dan sejukkan. Pastikan kuih betul2 sejuk baru dipotong dgn menggunakan pisau plastik.


Rabu, 22 April 2015

Puding Sumi


PUDING SUMI

Bahan A
1 pkt agar2 serbuk ~ 10gm
600ml air
1/2 cawan gula pasir ~ jika suka manis boleh tambah lagi


Bahan B
Sumi Jelly secukupnya

Bahan C
400ml susu cair
3 keping roti tawar
1 biji telur
2 sudu makan margerin
3 sudu makan susu pekat
esen vanilla

Bahan D
pewarna ~ ikut citarasa



Caranya:
1. Masak bahan A hingga gula hancur dan mendidih.
2. Masukkan sedikit bahan A ke dalam acuan, kemudian susun bahan B. Simpan dalam peti ais sebentar.
3. Keluarkan dari peti ais, tuang lagi sedikit bahan A atas bahan B supaya  ianya melekat antara satu sama lain. Sejukkan sebentar.
4. Kisar bahan C, kemudian campurkan dalam  baki bahan B dalam periuk, masak hingga mendidih dgn api yg sederhana.
5. Adunan bahagikan kepada 3 bahagian dan warnakan.
6. Keluarkan puding dari peti ais, tuang satu bahagian yang berwarna, kemudian sejukkan.
7. Bila dah keras, garikkan permukaan puding dgn lidi, tuang adunan berwarna dan sejukkan lagi. Begitulah cara untuk adunan berwarna yg seterusnya.
8. Pastikan puding betul2 dah keras, baru keluarkan dari acuan.



Rabu, 15 April 2015

Kek Marble


KEK MARBLE


Bahan A
250gm butter ~ nak sedap gunakan yg mahal
145gm gula halus

Bahan B
4 biji telur B

Bahan C
1 sudu teh vanilla
1/2 cawan susu pekat manis
3 sudu makan kaya

Bahan D
250gm tepung naik sendiri

Bahan E
warna pink + perasa strawberry
warna biru
warna kuning lemon


Caranya:
1. Pukul bahan A hingga kembang.
2. Masukkan bahan B satu persatu. Anggaran 1 biji selama 60 saat, baru masuk yg lain. Pukul lagi hingga gebu.
3. Masukkan bahan C, pukul rata.
4. Masukkan bahan D sedikit demi sedikit kemudian ratakan.
5. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian, letak perasa ( jika suka) dan letak pewarna.
6. Ambil 2 sudu adunan warna pertama, letak ditengah2 loyang. Kemudian warna yg seterusnya, letak diatas warna yang pertama. Buat begitu seterusnya sehingga adunan habis.
7. Bakar dalam oven pada suhu 170C selama 40 - 45 minit atau sehingga masak, ikut kepanasan oven masing2.








Puding Roti Kukus



PUDING ROTI KUKUS
Sumber : ResepMasakanOnline
Olahan : UDA


Bahan A:
6 kpg roti tawar ~ digunting kecil2
700ml susu cair
2 bj telur ~ dipukul ringan
1/2 st vanilla
125gm gula halus ~ tak suka manis boleh kurangkan sikit

Bahan B :
100gm butter ~ dicairkan
100gm kismis
50gm keju parut ~ jika suka boleh lebihkan

Bahan C:
50gm keju parut atau secukupnya ~ bahan tabur atas puding


Caranya:
1. Satukan bahan A, kemudian digaul rata.
2. Campurkan bahan B, kacau hingga sebati.
3. Tuang dalam bekas yang telah dioles dgn margerin, masukkan adunan. Tabur bahan C.
4. Kukus selama 30 minit atau sehingga masak.
5. Sedap dimakan suam2 atau dimakan sejuk.


Selasa, 7 April 2015

Brownies Simple......tp sedap!!!!



BROWNIES SIMPLE


Bahan A :
250gm butter ~ dicairkan kemudian biar sejuk sebentar
1 cawan gula halus
4 bj telur B 
1 st esen vanilla


Bahan B: ~ diayak
1 1/4 cwn tepung gandum
3/4 cwn serbuk koko
1/2sb baking powder

Bahan C:
50gm badam cincang @ apa2 jenis kekacang ~ dipanggang



Caranya:
1. Satukan bahan A dan kacau sebati dgn menggunakan senduk kayu.
2. Campurkan bahan B dan bahan C kedalam adunan tadi, kacau rata . Jangan kacau terlalu lama, dah rata semuanya ok la tu.
3. Masukkan adunan dalam loyang atau dlm bekas aluminium foil yg telah disapu butter. Tabur kekacang dan coklat chip diatasnya jika suka.
4. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 170C selama 35 - 40 minit, ikut kepanasan oven masing2.


Rabu, 25 Mac 2015

Puteri Mandi



PUTERI MANDI
Sumber : Yasa Boga
Olahan : UDA


Bahan kulit
250gm tepung pulut
  50gm tepung sagu
1/2 st garam
1 st air kapur
125ml santan cair @ secukupnya
pewarna hijau
saya letak sedikit gula halus

Bahan inti
inti kelapa secukupnya

Kuah santan
500ml santan sederhana pekat
1 st tepung beras
2 helai daun pandan ~ disimpul
1/8st garam @ secukupnya


Caranya:
Kulit : Satukan tepung pulut, tepung sagu, garam, gula dan air kapur.
            Masukkan santan sikit2, tambah pewarna dan uli hingga menjadi adunan yg boleh dibentuk.
            Bulat2kan adunan, letak inti dan tutup semula ~ seperti membuat kuih buah melaka.
            Rebus bebola dalam air yang mendidih, bila terapung, keluarkan dan toskan.
            Masukkan bebola dalam kuah santan dan hidangkan.

Kuah santan: Satukan semua bahan, masak dgn api yg kecil hingga mendidih, tutup api.


Selasa, 24 Mac 2015

Coconut Ball Cookies



COCONUT BALL COOKIES
Sumber : Chef  Zubaidah
Olahan : UDA


Bahan A
240gm butter
4sb minyak sapi
120gm gula icing

Bahan B
360gm tepung gandum
40gm tepung jagung
60gm serbuk badam ~ saya gantikan dgn cornflakes  yg dikisar halus
1 biji kuning telur

Bahan C
1 biji atau secukupnya putih telur

Hiasan
kelapa kering (dikisar halus)
ceri merah dicincang


Caranya:
1. Sebatikan bahan bahan A
2. Masukkan semua bahan B, uli hingga menjadi adunan yang lembut.
3. Ambil sedikit adunan, bulat2kan.
4. Celup dalam bahan C, golekkan dalam kelapa kering.
5. Susun dlm dulang pembakar dan bakar pada suhu 150C selama 30 minit atau sehingga masak ikut kepanasan oven masing2.
6. Letakkan ceri merah sebagai hiasan.


Rabu, 11 Mac 2015

Onion Rings



ONION RINGS
Olahan : UDA

Bahannya:
4 bj bawang besar holland ~ dipotong bulat
8sb tepung jagung
4sb tepung gandum
1/2st serbuk cili ~ guna lada sulah pun ok
150ml air
garam dan gula secukupnya
serbuk roti secukupnya

Caranya:
1. Satukan bahan2 kecuali bawang dan serbuk roti. Pastikan jangan terlalu pekat dan terlalu cair.
2. Ambil satu bulatan bawang, celupkan kedalam adunan kemudian salutkan dgn serbuk roti. Buat sehingga habis kemudian simpan kedalam peti ais sebentar .
3. Panaskan minyak masak, goreng bawang tersebut sehingga garing.
4. Angkat dan toskan. Sedia dinikmati bersama sos cili.

Crunchy Cornflakes




CRUNCHY CORNFLAKES
Sumber : Chef Zubaidah
Olahan : UDA

Bahan A
240gm butter
150gm gula castor (boleh kurangkan)

Bahan B
2 bj kuning telur
1st esen vanilla

Bahan C
240gm tepung gandum
80gm tepung jagung
1/2st baking powder
40gm ceri merah dicincang
40gm ceri hijau dicincang

Hiasan
Cornflakes secukupnya ~ diramas



Caranya:
1. Sebatikan bahan A
2. Masukkan bahan B dan kacau sebati.
3. Masukkan bahan C dan uli sehingga adunan menjadi lembut.
4. Ambil sedikit adunan dan ramaskan kedalam bekas yg berisi cornflakes. Ulang sehingga habis.
5. Susun dalam loyang dan bakar pada suhu 150C sehingga masak.




Isnin, 9 Februari 2015

Apam Balik Mini Berinti Kastard



Sesuai untuk minum petang. Kalau tak suka dengan inti apam balik yang biasa tu....bolehlah cuba letak inti kastard ni. Memang sedap , kalau intinya sejuk lagi mabeles dan anak2 pasti suka!!!!.


Bahan untuk kulit:
1 cawan tepung naik sendiri ~ tepung gandum pun boleh
1 biji telur
1/4 cawan gula pasir
1/2 st soda bikarbonate
1/2 st baking powder ~ jika guna tepung gandum
3/4 cawan susu cair ~ air biasa pun boleh
sedikit pewarna kuning
sedikit margerin untuk mengoles  ~ jika guna kuali biasa

Caranya:
1. Satukan semua bahan kecuali margerin. Kacau rata.
2. Blender halus kemudian tapis.
3. Diamkan sebentar.
4. Panaskan kuali non stick . Ambil sedikit adunan, buat seperti kuih dadar, bila permukaan atas adunan dah kering, angkat.
5. Letak inti kastard diatas permukaan kulit, lipat dan siap dimakan. 


Bahan cream kastard:
1 sb tepung kastard 
1 sb tepung gandum
4 sb gula pasir
1 cawan susu cair
2 bj telur
sedikit pewarna kuning
1 sb  margerin

Cara:
1. Satukan semua bahan kecuali margerin, tapis.
2. Kacau atas api sederhana hingga likat kemudian baru masukkan margerin. Kacau sebentar kemudian tutup api.
3. Sejukkan sebentar. Kalau nak lagi sedap, sejukkan dlm peti ais.


Khamis, 22 Januari 2015

Ayam Bakar Bumbu Rujak




Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kali ni nak kongsi ayam bakar atau panggang yang sangat sedap. Resepi Ayam  Bakar Bumbu Rujak.....saya copy dari bloger Indonesia, gegegerda. blogspot. Bahannya senang dan saya olah ikut citarasa kami sekeluarga. Yang membuatkan ayam ni sedap ialah sambalnya tu!!!!. Sambal ni juga boleh dimakan dgn nasi ayam penyek. Kalau nak tahu sedap ke tak...jom cuba!!!

AYAM BAKAR BUMBU RUJAK
Sumber : gegegerda. blogspot
Olahan : UDA


Bahannya:
1/2 ekor ayam ~ potong ikut citarasa
1/2 cawan santan pekat
2 helai daun limau purut ~ dihiris halus
sedikit air limau ~ boleh juga guna air asam jawa
garam & gula secukupnya
minyak untuk menumis


Bahan dimesin halus:
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
10 tangkai lada kering yg telah direbus ~ nk pedas boleh tambah cili padi
1 st ketumbar
1 batang serai
sedikit belacan
sedikit lengkuas
sedikit halia


Caranya:
1. Ayam dibersihkan dan dicucuk2 dgn garpu ataupun dikelar2 dgn pisau.
2. Panaskan minyak, tumis bahan yang dimesin dan daun limau hingga wangi dan garing.
3. Masukkan ayam dan masak hingga ayam separuh masak.
4. Masukkan santan, air limau , garam, gula dan masak hingga kuah pekat.
5. Sediakan loyang yg dialas dgn aluminium foil dan letakkan ayam diatasnya. Oleskan ayam dgn sambalnya sekali. Tak perlu dihabiskan.
6. Bakar dalam oven pada suhu 180C sehingga garing.
7. Hidangkan dgn sambal yang lebih tadi dan ulam ulaman. Sedap dimakan dgn nasi panas!!!!!


Sabtu, 17 Januari 2015

Nona manis


Alhamdulillah, akhirnya rajin gak mencuba buat kuih yang sangat sedap ni. Masih kena mencuba lagi selepas ni sebab dari segi kekemasan lom puas hati.....memang dah terserlah 'manisnya' tapi masih lom nampak 'ayunya' lagi......


NONA MANIS
Resepi asal : Warisan Mama
Sumber : Azlita Masam Manis
Olahan : UDA


Bahan A
1 bj telur
1/2 cawan gula halus
1 cawan santan
1 cawan tepung gandum


Cara : Satukan semua bahan, blender dan ketepikan.


Bahan B:
1/2 cawan santan pekat
1/2 cawan air pandan ~ 5 helai daun pandan + 1/2 cawan air diblender, tapis
1/4 cawan gula halus
1/4 cawan tepung jagung
secubit garam
pewarna hijau


Cara: 
1. Satukan semua bahan, kacau rata dan tapis. Tambah warna hijau.
2. Masak atas api sederhana hingga meletup2.
3. Satukan bahan A dalam bahan B.
4. Kacau rata hingga menjadi adunan yang pekat dan licin.
5. Ketepikan dulu.



Bahan C
1 cawan santan pekat
1 sb tepung jagung
1 sb gula ~ saya tak letak
1/2 st garam

Cara: Satukan semua bahan, masak atas api sederhana hingga pekat. Biarkan hingga suam. Masuk dlm piping bag ataupun dlm bag plastik, gunting bhn hujung.



Cara nak menghasilkan nona manis!!!

1. Panaskan kukusan. Guna acuan lompang, gris dgn sedikit minyak masak.
2. Tuang adunan hijau dalam acuan hingga 3/4 acuan lompang.
3. Kemudian paipkan adunan putih ditengah2 adunan hijau, tekan sedikit hingga adunan naik penuh acuan.
4. Kukus selama 7 - 10 minit atau sehingga masak.
5. Angkat dan sejukkan sebelum keluar dari acuan.



Ahad, 11 Januari 2015

Kuih Mangkuk Kastard Pulut Hitam




KUIH MANGKUK KASTARD PULUT HITAM
Sumber : CITARASAWAN


DOH KULIT

1/2 cawan tepung pulut hitam
1/2 cawan tepung pulut putih
1/2 cawan santan
1/2 st garam


INTI KASTARD

1bj telur A
1 1/2 sb tepung gandum
1/2 sb tepung kastard
2 sb gula pasir
1 cwn santan sederhana pekat
1/4 st garam
sedikit pewarna kuning

*** acuan lompang 13 biji ~ gris dgn minyak ( saya guna 11 sahaja)



CARANYA

1. Satukan bahan kulit, adun seperti kuih buah melaka.
2. Ambil doh, tekan dlm acuan seperti kulit tart. Trim bahagian atas. Kulit jangan terlalu tebal, buat nipis sedikit supaya tak liat. ( seperti gambar di atas)
3. Satukan bahan kastard, masak hingga naik wap.
4. Tuang dalam doh tadi.
5. Panaskan kukusan dan kukus selama 20 - 25 minit dgn api sederhana.
6. Sejukkan dulu baru keluarkan kuih dari acuan.


                                             saya letak coklat chip .....biar cun sikit!!!!!!