Isnin, 9 Februari 2015

Apam Balik Mini Berinti Kastard



Sesuai untuk minum petang. Kalau tak suka dengan inti apam balik yang biasa tu....bolehlah cuba letak inti kastard ni. Memang sedap , kalau intinya sejuk lagi mabeles dan anak2 pasti suka!!!!.


Bahan untuk kulit:
1 cawan tepung naik sendiri ~ tepung gandum pun boleh
1 biji telur
1/4 cawan gula pasir
1/2 st soda bikarbonate
1/2 st baking powder ~ jika guna tepung gandum
3/4 cawan susu cair ~ air biasa pun boleh
sedikit pewarna kuning
sedikit margerin untuk mengoles  ~ jika guna kuali biasa

Caranya:
1. Satukan semua bahan kecuali margerin. Kacau rata.
2. Blender halus kemudian tapis.
3. Diamkan sebentar.
4. Panaskan kuali non stick . Ambil sedikit adunan, buat seperti kuih dadar, bila permukaan atas adunan dah kering, angkat.
5. Letak inti kastard diatas permukaan kulit, lipat dan siap dimakan. 


Bahan cream kastard:
1 sb tepung kastard 
1 sb tepung gandum
4 sb gula pasir
1 cawan susu cair
2 bj telur
sedikit pewarna kuning
1 sb  margerin

Cara:
1. Satukan semua bahan kecuali margerin, tapis.
2. Kacau atas api sederhana hingga likat kemudian baru masukkan margerin. Kacau sebentar kemudian tutup api.
3. Sejukkan sebentar. Kalau nak lagi sedap, sejukkan dlm peti ais.