Ahad, 15 Disember 2013

Karipap.......Cheese n Sausage


KARIPAP CHEESE + SAUSAGE

Bahan kulit:
225gm tepung gandum
 80gm margerin
 70ml air @ secukupnya
sedikit garam halus

Caranya:
1. Satukan tepung dan margerin, gaul hingga rata .
2. Air dan garam disatukan, kacau hingga garam hancur.
3. Masukkan air dalam adunan dan gaul hingga lembut dan licin (saya guna mixer).
4. Pastikan masukkan air separuh2 . Jika dah ok, tak perlu habiskan. Jika adunan masih keras, boleh tambah sikit lg.
5. Ambil sedikit adunan, bulat2kan kemudian digelek nipis. Letak inti secukupnya, tutup dan kelim ditepinya. 6 . Goreng hingga keemasan dan sedap dimakan panas2....cheese meleleh2!!!!!!



Bahan inti:
2 biji kentang ~ direbus dan dilecek halus
sedikit daun sup
lada sulah secukupnya
mayonis secukupnya
susu cair secukupnya
sausage secukupnya ~ direbus dan dipotong2
cheese cheddar secukupnya ~ dipotong2 ikut citarasa

Caranya:
1. Kentang yg dah dilecek, gaulkan bersama lada sulah, daun sup, mayonis, dan susu cair. Masukkan susu cair sikit2, kalau adunan dh lembut dan tak kering sangat, dah ok. Saya guna lada sulah berperisa AjiShio, mmng dah masin dan tak perlu tambah garam. Kalau guna lada sulah biasa, tambah garam sedikit.
2. Sausage boleh digantikan dgn jejari ketam jika suka ataupun campur keduanya sekali lagi sedap.
3. Cheese tu.....kalau suka banyak, boleh potong 2 @ 3....kalau takut muak, potong kecil je.
4. Dah siap semuanya, bolehlah dimasukkan dalam karipap.
5. Kalau tak nak letak kentang, letak cheese dgn sausage je pun boleh....tp bagi saya, letak kentang lg sedap, tak muak sangat!!!.
6. Yg pasti.......karipap cheese mmng sedap!!!!!.









Sabtu, 14 Disember 2013

Talam Sugi Durian


TALAM SUGI DURIAN

Bahan bawah:
210gm tepung sugi
125gm gula pasir
 40gm  tepung gandum
825ml santan cair
2 bj telur
pewarna kuning

Caranya:
1. Guna loyang 10x10, alas dgn plastik dan sapukan dgn sedikit minyak masak.
2. Satukan semua  bahan bawah, kacau sebati.
3. Masuk dalam periuk, kacau adunan hingga naik wap dan sederhana pekat. Tutup api.
4. Masuk adunan dalam loyang dan kukus selama 10 minit atau hingga mengeras.

Bahan Atas:
150gm tepung gandum
650gm santan sederhana pekat
200gm gula pasir
3 sb isi durian
2 biji telur ~ dipukul guna whisk
2 helai daun pandan ~ disimpul
sedikit garam
pewarna hijau

Caranya:
1. Satukan tepung, gula, isi durian dan santan. Kacau sebati dan dimesin halus.
2. Masuk dalam periuk, tambah telur, garam, daun pandan dan warna hijau.
3. Kacau atas api hingga naik wap.
4. Apabila bahagian bawah yg dikukus tadi dah mengeras, garis2kan dgn lidi.
5. Tuangkan adunan bahagian atas dan kukus selama 25 minit dgn api sederhana.
6. Sejukkan dahulu baru dipotong.






Selasa, 10 Disember 2013

Bubur Som Som vs Sirap Ros


Assalamualaikum, salam bahagia. Walaupun hujan dari pagi hingga ke malam, tekak nak makan gak bubur som som ni. Gara2 tekak perit, mcm nak demam.....nak makan yg lembut2 dan sejuk2!!!!!!. Kalau makan bubur som som ni, saya suka makan dgn air sirap, tak suka dengan air gula melaka. Lagi sejuk, lagi sedap!!!!!!. Jom kita layan....sumber Yatiememories tapi sirap gula melaka saya ganti dgn sirap ros



BUBUR SOM SOM

Bahannya:
1 cawan tepung beras
1 cawan tepung jagung
1,750ml santan
1 st garam atau secukup rasa
2 helai daun pandan

Caranya:
1. Satukan semua bahan kecuali daun pandan. Kacau rata dan tapiskan.
2. Masukkan adunan dan daun pandan dalam kuali ( guna kuali senang kacau)
3. Guna api sederhana, kacau sentiasa adunan hingga pekat, berkilat dan meletup letup.
4. Bila dah masak, masuk adunan dalam loyang atau acuan yg telah digris dgn sedikit minyak (supaya x melekat).
5. Sejukkan adunan dan sajikan dengan sirap ros.


SIRAP ROS

200gm gula pasir
500ml air
1 helai daun pandan
Bes minuman perasa Ros secukupnya

Caranya:
1. Masak air sirap hingga gula larut dan mendidih. 
2. Tapis dan sejukkan.














Sardin Masak Buah Keras


SARDIN MASAK BUAH KERAS


Bahannya:
1 tin sardin yg besar ~ ditoskan
1 btng serai ~ dititik
1 bj tomato ~ belah 6
1 bj bawang holland ~ potong bulat
1 tangkai lada hijau ~ belah 2
sedikit santan pekat
garam dan gula secukupnya

Bahan yg dimesin halus:
10 tangkai lada kering yg telah direbus
2 bj bawang putih
3 biji bawang merah
1 sm halia
5 biji buah keras
1 st ketumbar
1 st jintan putih 

Caranya:
1. Panaskan minyak , masukkan serai dan tumis bahan yg dimesin hingga wangi.
2. Masukkan santan dan tambahkan air secukupnya. Tambah garam dan gula . Biar sebentar hingga mendidih.
3. Masukkan sardin, bawang, tomato dan lada hijau. Kecikkan api dan biarkan hingga terbit minyak, tutup api.


Isnin, 9 Disember 2013

Egg Benedict.....sarapan yg ringkas & mudah


EGG BENEDICT

Bahannya:
roti putih secukupnya ~ boleh dibuang tepinya jika suka
telur secukupnya
lada sulah berperisa AjiShio secukupnya ~ jika nak pedas boleh tambah serbuk lada hitam
italian herbs seasoning ~ jika suka
margerin



Caranya:
1. Panaskan oven pada suhu 180C.
2. Guna acuan yg sesuai, sapukan dgn margerin secukupnya.
3. Ambil sekeping roti, sapu margerin, masukkan dlm acuan.
4. Pecahkan sebiji telur diatas roti, taburkan lada sulah dan italian herbs.
5. Masukkan dalam oven dan bakar hingga telur separuh masak.
6. Sedap dimakan panas2.

Bingka Durian


BINGKA DURIAN

Bahannya:
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula pasir
2 cawan isi durian
2 biji telur
3 cawan santan
2 sb margerin
sedikit bijan hitam & putih
pewarna kuning

Caranya:
1. Panaskan oven. Lengser acuan pecah 8 atau loyang biasa dgn sedikit margerin dan panaskan dlm oven.
2. Satukan semua bahan kecuali bijan dan pewarna kuning, kacau rata. Kemudian mesin hingga halus.
3. Tambah pewarna kuning jika perlu.
4. Masukkan adunan dalam acuan, tabur bijan. Bakar pada suhu 190C selama 1 jam atau hingga masak. Jika suka garing, lebihkan waktu membakarnya.
5. Tunggu hingga kuih sejuk baru cantik dipotong.