Isnin, 24 Jun 2013

Souffle Ikan Dori

Assalamualaikum dan salam bahagia. Masak apa hari ni?. Hari2 mesti kepala ligat je....pikir nk masak apa ye tak?. Kalau anak2 kecil biasanya suka ayam je....ada diantaranya, ikan tak nak langsung. Saya nak bagi idea...apa kata,  anak2 yg tak tak suka makan ikan tu kita bagi dia makan Souffle ikan ni. Sedap.....dia mesti suka dan tak sangka ianya isi ikan. Memang sedap souffle ni.....lemak dan lembut je. Resepi asal saya copy dari blog Indon....Souffle Ikan Salmon. Yg ada ikan Dory.....saya ubah sana sini ikut selera kami seisi keluarga. Jom intai....cubalah, memang berbaloi!!!.

SOUFFLE IKAN DORY
Sumber : Resep Masakan Komplit
Di Olah : UDA

Bahannya :
250gm isi ikan dory ~ dihaluskan (saya guna blender kering)
100gm butter
1/2 bj bawang holland ~ didadu
2bj bawang putih ~ dicincang halus
100gm tepung gandum
400ml susu cair
5 bj kuning telur
1 btng carrot ~ diparut halus
5bj putih telur ~ dipukul hingga kaku
100gm keju ~ diparut
Garam secukupnya
Lada sulah berperisa Ajishio secukupnya
Sedikit daun dup

Caranya:
1. Cairkan butter, masukkan bawang2 dan tumis hingga harum.
2. Masukkan tepung gandum, terus kacau hingga rata.
3. Masukkan susu sedikit2 sambil dikacau rata dan hingga meletup2 sedikit. Adunan ini akan pekat.
4. Masukkan kuning telur, garam, lada sulah dan kacau rata.
5. Masukkan pula isi ikan, carrot dan daun sup, kacau rata dan sebati. Tutup api dan angkat.
6. Campurkan adunan ini kedalam adunan putih telur yg kaku tadi dan madukkan keju parut. Kacau rata dan sebati.
7. Panaskan oven pada suhu 180C. Griskan loyang atau bekas yg sesuai dgn butter. Masukkan adunan, bakar hingga kekuningan.
8. Sedap dimakan suam2.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan