Isnin, 27 Oktober 2014

Bebola Roti Isi Ikan Dory




BEBOLA ROTI ISI IKAN DORY
Olahan : UDA


Bahannya:

4 keping roti sandwich ~ digunting kiub
1 cawan isi ikan dory ~ dipotong kiub
2 sudu makan tepung jagung
1 tangkai lada merah ~ dipotong halus
3 biji bawang putih ~ ditumbuk halus
daun sup secukupnya
lada sulah secukupnya ~ saya guna lada sulah AjiShio, tak perlu tambah garam


Caranya:
1. Satukan semua bahan dalam mangkuk. Gaul sebati.
2. Ambil sedikit adunan, ramas2kan sambil bentukkan jadi bulat. Buat hingga habis.
3. Goreng dalam minyak panas dgn api sederhana hingga masak.
4. Sedap dimakan bersama sos cili .

2 ulasan:

  1. Kalau menu begini... kami sekeluarga anak beranak boleh habis licnkan tak sampai berapa minit!

    BalasPadam
  2. Senang nk buat ni..bole buat brekfast..!

    BalasPadam