Selasa, 18 Jun 2013

Ayam Pongteh




AYAM PONGTEH
Sumber : Chef Arm
Di Olah Oleh : UDA

Bahannya:
9 ketul ayam ~ potong kecil
1 bj kentang ~ potong baji
8 bj bawang merah ~ dihiris nipis
4 ulas bawang putih ~ dihiris nipis
1sb tauchu
1 kiub stok ayam
4 keping cendawan hitam kering ~ direbus sebentar dan dipotong2
Air secukupnya
Kicap pekat secukupnya
Lada sulah berperisa Ajishio secukupnya
Cili padi dan lada merah secukupnya ~ jika suka
Minyak secukupnya





Caranya:
1. Tumis bawang merah hingga wangi. Masukkan bawang putih dan tumis hingga kedua2nya kekuningan.
2. Masukkan ayam, goreng sebentar hingga rata.
3. Masukkan air, kiub ayam, kentang, kicap dan cendawan. Biar hingga mendidih.
4. Masukkan tauchu , lada sulah dan lada. Masak hingga sebati dan kentang empuk. Kepekatan, ikut citarasa masing2. Jika suka berkuah banyak, tambah air sedikit lagi.
5. Sedap dimakan dgn nasi panas dan juga roti.


Tiada ulasan:

Catat Komen