Rabu, 5 Jun 2013

Bingka Roti Kelapa & Kacang Peas

Assalamualaikum dan salam bahagia. Sempat gak membaking walaupun sibuk. Dah hobi.....pandai2 le curi masa sikit. Sebenarnya resepi bingka ni dari Majalah Saji tahun 2008....Bingka Roti Kelapa. Dah lama dlm simpanan.....baru hari ini dapat seru untuk mencuba. Kebetulan ada stok kacang peas, eeemmm......memandai je cuba campurkan dlm adunan bingka ni. Hasilnya.....memang terbaik, bila lemak kelapa dan lemak kacang bersatu, perghhh....sedap!!!!. Kejadian bingka ni kecik je, sape2 yg nak mencuba, boleh gandakan. Jom....kita intai!!!!




BINGKA ROTI KELAPA & KACANG PEAS
Di Olah : UDA

Bahannya:
6 kpg roti
1 1/2 cwn susu cair ~ saya guna 1/2 susu cair + 1 cwn santan kotak
1/2 cwn kelapa kering
3/3 cwn gula perang
2 bj telur
1 st vanilla
1/2 cwn kacang peas goreng yg dihaluskan ~ ini sya tambah
sedikit pewarna kuning ~ saya tambah




Caranya:
1. Gula, roti, susu dan roti dikisar halus.
2. Tuang dlm mangkuk, tambah kelapa kering , kacang peas, warna kuning dan vanilla. Kacau rata hingga sebati.
3. Loyang digris dgn butter dan panaskan sebentar.
4. Masuk adunan dlm loyang, tabur kismis dan serbuk kacang peas jika suka dan bakar selama 45 minit atau hingga masak ~ suhu 180C.
5. Keluarkan dari oven, dan sejukkan.







Tiada ulasan:

Catat Komen