Isnin, 10 Jun 2013

Kek Coklat Keju Marble

Assalamualaikum dan salam bahagia. Hari ni kita semua dah berada dlm bulan Syaaban. Jom sama2 mengambil peluang menambahkan amalan supaya kehidupan kita diberkati....di dunia dan juga di akhirat.
Hari ni sebenarnya plan nk buat benda lain tapi hati dan tangan berat nak buat yang ini juga. Memang dah lama berangan2.....hari ini angan2 jadi kenyataan. Sebenarnya saya dapat idea nak buat kek ni bila ternampak dlm FB Chef Arm. Tetapi, saya tak copy resepi dia sbb  bahan untuk buat inti ( cream cheese) ada yg saya tak de....ni kes malas nk gi kedai. So.....skodeng sana sini dan ambil sana sikit sini sikit....maka terhasillah cream cheese yg sangat sedap ni. Bahagian dasar....boleh guna kek span atau kek coklat yg ready made, yg main tunjuk2 je tu....beli yg dah siap. Hari ni kerajinan saya melanda so....buat sendiri je kek coklat. Kek coklat tu pula...terpulanglah, nak kukus ke nak bakar. Saya kukus je.  Ketebalan kek tu, terpulang pada citarasa masing2. Kalau suka cream tebal, doublekan adunan cream , nipiskan kek.....potong  dua atau buat setengah adunan. Saya suka kek tebal , so....tak perlu potong2 bg nipis. Yang penting, kek ni sedap....keknya lembut je dan creamnya memang sedap berkrim.....terasa makan aiskrim la pulak!!!!!. Sesiapa yang mahukan kelainan pada kek coklat tu, jom kita intai.....





KEK COKLAT KEJU MARBLE
Di Olah Oleh : UDA
Bahan kek : ( loyang 9x9 in)
142gm gula perang
142gm tepung gandum ~ diayak
1st baking powder ~ diayak
1st soda bikarbonat
1 cawan susu cair
1 cawan minyak
1/2 cawan susu pekat manis
3 bj telur
5 sb serbuk koko



Caranya:
1. Campurkan susu cair, gula, serbuk koko, sudu pekat dan minyak dalam periuk. Kacau atas api kecil hingga semuanya larut. Tutup api .
2. Blender telur hingga berbuih kemudian campurkan dlm adunan koko.
3. Masukkan tepung sikit2 sambil dikacau rata.
4. Alas loyang dgn baking paper dan sapu dgn sedikit minyak.
5. Tuang adunan, kukus dalam air yg mendidih selama 1 jam atau sehingga masak.
6. Sejukkan kek.



Bahan cream:
400gm keju cream
80gm coklat hitam ~ dicairkan
60gm coklat putih ~ dicairkan
Sedikit vanilla
12gm serbuk gelatin halal + 100 ml air ~ biar kembang sebentar kemudian cairkan ~ guna kaedah double boiler
190gm krim non dairy ~ diputar hingga kembang dan kaku




Caranya:
1. Putar keju cream hingga gebu dan halus. Masukkan vanilla.
2. Masukkan gelatin yg dah dicairkan, kacau sebati.
3. Bagikan adunan keju kpd 2 bahagian. Bhg 1 tambah coklat hitam. Kacau sebati. Bhg 1 lagi tambah coklat putih. Kacau sebati.
4. Ambil bahagian yg dicampur coklat putih, campurkan cream dan gaul sebati. Masukkan dlm.piping bag, ketepikan.
5. Ambil bahagian coklat hitam, campurkan cream, gaul sebati dan masuk dlm piping bag. Ketepikan.
Cara menghias: ( spring foam 8x8 in)
1. Kek yang dah sejuk, potong ikut ukuran loyang 8 x8 in ( ukuran loyang ikut citarasa). Klu tak ada loyang spring foam, alaskan alumunium foil dlm loyang tersebut supaya senang nak keluarkan kek nnanti.
2. Masukkan kek tadi dlm loyang, paipkan cream warna putih hingga penuh permukaan kek. Tinggalkan sedikit cream untuk corak hiasan.
3. Paipkan pula cream coklat hitam hingga habis dan ratakan.
4. Paipkan cream putih yg sedikit tadi, corakkan ikut kreativiti masing2.
5. Masukkan kek dalam peti ais dan sejukkan selama 1 jam.
6. Sedap dimakan sejuk.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan