Selasa, 18 Jun 2013

Tenggiri Masak Serai





TENGGIRI MASAK SERAI


Bahannya:
4 keping ikan tenggiri ~ campurkan dgn sedikit kunyit dan garam, goreng dan ketepikan.
2 helai daun limau purut
sedikit air limau
garam dan gula secukupnya
bawang besar ~ dipotong bulat

Bahan dimesin halus:
15 tangkai lada kering ~ yg telah direbus
4 batang serai
2 ulas bawang putih


Caranya:
1. Panaskan minyak secukupnya, tumis bahan yg dimesin hingga wangi.
2. Masukkan daun limau, masak lagi hingga garing.
3. Masukkan garam, gula dan air limau. Tambahkan air sedikit. Kacau rata.
4. Masukkan ikan, bawang yg dipotong bulat, kecilkan api dan masak hingga naik minyak dan sedikit pekat.













Tiada ulasan:

Catat Komen