Sabtu, 8 Jun 2013

Everybody Can Cook.....With Chef Amer


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ini, berpeluang mengikuti Bengkel Inspirasi Kek Komersial 1 anjuran Olize Academy di Mom's Bake House Johor Bahru bersama Chef Amer. Ianya diadakan selama 2 hari tetapi saya hanya berpeluang sehari saja. Untuk hari ahad.....fully book. Ralat juga sebab, kelas hari ahad 'resepi kek2 terbaru' dari Chef Amer. Apa2 pun....TQ Chef !!!!. 



Seronok mengikuti kelas ni....tak boring, sentiasa ceria kerana Chef seorang yang selamba, kelakar dan ada je bahan untuk mengusik peserta.  Banyak tips yg peserta dapat dan kita pun tak segan dan tak kekok untuk bertanya. 


  Diantara peserta2 sedang menyiapkan tugasan yang diberi. Peserta di bahagikan kepada 6 kumpulan.  Bila Chef buat demo....macam senang je, bila kene buat sendiri, berpeluh gak nak mendeco sebiji kek tu. Itu baru sebiji, ada lagi 3 biji kek nak kene deco.....          






Inilah rupa kek yang siap disolek oleh kumpulan saya. Masing2 bekerjasama untuk menyiapkan tugasan yg diberi dan pastinya kami nak yang terbaik....hehehe!!!!!



Ini diantara kek2 para peserta yang lain, walaupun nampak semuanya sama tetapi dari segi kahalusan semasa mendeco tu tak sama. Bagi yang dah biasa....memang perfect, licin je. Bagi yang baru belajar dan tak biasa bermain dgn krim bagai ni.....paham2 ajelah. Tetapi, kepuasan dapat mendeco sendiri tu yang penting.



                                   Bergambar beramai2 sebagai kenang kenangan!!!!!!!!



Rupa rupanya, hari ni juga b'day Chef. Pulut kuning berhias ......surprise untuk Chef. Tetapi kami dah diberitahu awal2 oleh Kak Siti....bila keluarkan je pulut, kene nyanyi ramai2 untuk Chef.



Tiada ulasan:

Catat Komen