Rabu, 5 Jun 2013

Paprik Ikan Dori



PAPRIK IKAN DORI

Bahannya:
1 keping isi ikan dori ~ dipotong2 ikut selera
Lada sulah berperisa Ajishio secukupnya
Sedikit putih telur
Tepung jagung secukupnya
1 btng serai ~ diketuk
2 helai daun limau purut
1 bj bawang putih ~ dicincang halus
3 sb lada kering yg diblender
1sb sos cili
1sb sos tiram
Sos ikan secukupnya
Sedikit carrot ~ dipotong memanjang
1 btng saleri ~ dipotong serong
Sedikit brokoli
Minyak masak secukupnya




Caranya:
1. Isi ikan diperap sebentar dgn sedikit lada sulah. Celup isi ikan dlm putih telur kemudian disalut dgn tepung jagung. Goreng dlm minyak panas hingga masak.
2. Tinggalkan sedikit minyak untuk menumis. Tumis bawang putih, serai, daun limau dan lada yg diblender hingga garing.
3 . Masukkan sos tiram dan sos cili. Kacau sebati dan tambah air jika perlu.
4. Masuk carrot dan saleri. Bila dah masak, masukkan isi ikan dan brokoli. Tambahkan sos ikan jika perlu. Kacau sebati dan  biarkan sebentar. Bila dah ok, angkat dan hidangkan panas2.


Tiada ulasan:

Catat Komen