Sabtu, 22 Februari 2014

Karipap Sardin Rangup


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Tetiba ada permintaan nak makan karipap sardin. Dah lama nak try pastri karipap dari jinanmanis ni. Biasanya saya buat guna tepung, margerin, air dan garam je. Tapi kali ni  nak try yang campur tepung beras dan tepung kentang. Rasanya....sedap dan rangup!!. Saya copy resepi pastri karipap je, resepi inti sardin, saya belasah ikut citarasa sendiri ...hehehe!!!. Jom kita intai resepi ni....



KARIPAP SARDIN RANGUP
Sumber : rosmarlina @ jintanmanis
Olahan : UDA


Bahan pastri
400gm tepung gandum
1/3 cawan minyak masak ~ dipanaskan
3sb margerin
1/2 cawan air sejuk [letak kiub ais] ~ saya guna air sejuk dlm peti ais
3 sb tepung beras
2sb tepung kanji kentang ( x ada pun x apa) ~ saya letak
garam



Inti sardin
1 tin besar sardin ~ ditoskan, buang tulang dan haluskan
1 biji bawang besar ~ didadu
2 biji kentang ~ didadu dan direbus
5sb lada kisar ~ nak pedas, letak lebih
2 biji bawang putih ~ ditumbuk halus
sedikit halia ~ ditumbuk halus
garam dan gula
minyak untuk menumis


Caranya:

Doh Pastri
1. Dalam bekas, campurkan kesemua jenis tepung, ketepikan.
2. Air sejuk dan garam dicampur dan kacau sebati.
3. Dalam mangkuk adunan ( saya uli guna mixer), masukkan tepung2, margerin dan minyak. Gaul hingga menjadi seakan2 serbuk roti.
4. Tambah air sikit2 hingga menjadi doh yang licin dan senang dibentuk. 
5. Bulat2kan doh, saiz ikut citarasa. Masukkan doh dlm plastik dan simpan dlm peti ais selama 1 - 2 jam. Tujuan untuk mendapatkan doh yang rangup. 


Inti karipap
1. Panaskan minyak, tumis bahan yg ditumbuk dan lada kisar. Tumis hingga wangi.
2. Masukkan sardin, kentang, bawang besar, garam dan gula. Masak hingga sebati dan bila rasa semua dah ok, tutup api.
3. Keluarkan doh, canai dan letak inti. Kelim macam biasa ataupun guna acuan karipap. Buat hingga habis.
4. Panaskan minyak hingga betul2 panas kemudian kecilkan api. Masuk karipap dan goreng hingga keperangan. 
5. Angkat dan sedia dihidangkan.









Tiada ulasan:

Catat Komen