Khamis, 13 Disember 2012

Bingka Ubikayu Cheese.....versi marble!!!!!






Assalamualaikum dan jumpa lagi. Semalam berkesempatan buat bingka ubi yang sedap ni. Pantang jumpa ubi, mesti beli. Selain buat ubi goreng pedas, bingka ubi bercheese ni tetap menjadi pilihan. Selain sedap, bahan pun tak banyak. Kali ini saya marblekan....letak pandan paste dan vanilla. Lagi satu, saya suka buat dalam bekas kecil2.....kalau nak bagi orang, senang.....tak payah potong.....cantik je kejadiannya!!!!. Jom intai resepi ni......


BINGKA UBIKAYU CHEESE
Sumber : Roz @ Homekreation
Olahan: UDA


Bahannya:
250gm cream cheese
250gm gula pasir
2 biji telur
800gm ubikayu- diparut dan ditapis airnya (saya guna 900gm)
400ml santan
1st pandan paste
pewarna kuning
esen vanilla
bijan hitam secukupnya


Caranya:
1. Pukul cream cheese dan gula hingga rata.
2. Masuk telur satu persatu dan pukul rata.
3. Masukkan ubi kayu dan sagu yang mendak , selangseli dengan santan.
4. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. 1 bahagian letak pewarna kuning dan sedikit essen vanilla. 1 bahagian lagi letak pandan paste.
5. Sebelum tu, acuan hendaklah digriskan dengan butter dan dipanaskan sebentar dlm oven.
6. Letakkan adunan didalam acuan selang seli seperti buat kek marble.
7. Bakar pada suhu 180C selama 1 jam atau sehingga masak. 







Rabu, 12 Disember 2012

Begedil Daging Burger Rangup




                                       Rangup diluar .........lembut didalam!!!!!!!!




BERGEDIL DAGING BURGER RANGUP
Sumber : Chef Hussin Khan (Resepi sihat dan mudah)
Olahan: UDA


Bahannya:
2 keping daging burger(diracik halus)
5 biji kentang (buang kulit dan direbus)
1sm margerin
sedikit tepung gandum
2 biji telur (dipukul)
serbuk roti secukupnya
daun bawang secukupnya -hiris halus (saya guna daun kunyit dan daun cekur)
garam dan serbuk lada sulah secukupnya

Caranya:
1. Kentang yang telah direbus, dilenyek bersama margerin dan garam hingga sebati.
2. Masukkan daging burger dan daun bawang @ sebagainya.
3. Tambah serbuk lada sulah dan gaul semua bahan hingga sebati.
4. Bentukkan kentang jadi bebola, gaulkan dengan tepung gandum, golekkan pada telur dan salut dengan serbuk roti.
5. Goreng hingga kekuningan dan sedap dimakan dengan sos cili.

Puding Sagu Pelangi










Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ni tayangan puding lagi ye!!!!. Puding ni dah banyak kali buat, baru kali ni berkesempatan nak share disini. Suka sangat buat puding ni sebab, selain sedap dan lembut je....kejadiannya sedap mata memandang. Ramai kawan2 bloger buat puding ni.....Kak Yati, Mat Gebu dll....semuanya cantik2 dan ayu2 je puding sagu ni. Buatnya taklah susah mana pun....ikut je cara2nya, mesti jadi. Saya copy resepi ni dari Kak Yati kalau tak silap.....sbb dah lama dan dah selalu buat tapi lupa dari mana. Jom kita intai resepi ni......


PUDING SAGU PELANGI

Bahannya:
1 cawan biji sagu (rendam 2 jam)
1 litter air
20gm serbuk agar2
1 1/2 cawan gula pasir
3 helai daun pandan
1 tin susu cair (400ml santan)
3 jenis warna kegemaran

Caranya:
1. Rendam sagu 2 jam. Rebus hingga jernih, tapis dan cuci dibawah air mengalir.
2. Bahagikan sagu kepada 6 bahagian. 3 bahagian warna berbeza dan 3 bahagian lagi biarkan warna asal.
3. Masak agar2 dengan 1 liter air, gula dan daun pandan hingga mendidih.
4. Masukkan susu cair @ santan, kemudian tutup api.
5. Ambil 200ml agar2, masukkan dalam 1 bekas sagu yang tak berwarna. Kacau rata, tuangkan dalam acuan pilihan yang telah dibasahkan dengan air. Letakkan dibawah kipas atau simpan dlm freezer sebentar hingga keras. Bila keras, garis2kan dengan garpu atau pisau.
6. Ambil 200ml agar2, masukkan dalam bekas sagu yang berwarna, kacau rata, tuang atas lapisan yang pertama tadi. Ulangi proses tu sampai habis adunan agar2 dan sagu.
7. Dah selesai, simpan dalam peti ais, sejukkan. Bila dah betul2 sejuk dan keras baru keluarkan dari acuan.





SELAMAT MENCUBA......















Isnin, 10 Disember 2012

Talam Roti Lapis Coklat








Assalamualaikum dan salam sejahtera. Resepi talam ni saya copy Kak Yati @ Yatiememories punya. Kebetulan saya suka buat puding dan talam.....memang banyak resepi2 yang menarik di situ. Resepi ni senang dan mudah dan yang penting.....sedap!!!!. Senang guna acuan lompang....tak perlu memotong terus makan. Jom saya share disini pula ye.....


TALAM ROTI LAPIS COKLAT
Sumber : Yatiememories
Olahan: UDA


Bahannya;
4 keping roti sandwich - buang tepi (siat kecil2 dan rendam dgn 100ml air)
50gm gula pasir
1/4st garam
200ml santan kara
100ml air
60gm tepung beras
20gm tepung sagu/tepung ubi
1st coklat emulco
acuan lompang secukupnya(griskan dgn sedikit minyak)


Caranya:
1. Satukan air, santan, gula dan garam. Masak hingga larut, biarkan suam.
2. Masukkan tepung beras dan tepung sagu, gaul rata.
3. Dalam blender- masukkan roti yg direndam dan campuran tepung tadi, blender hingga halus.
4. Bahagikan kepada 2 bahagian. 1 bahagian biar warna asal dan 1 bahagian lagi campur dengan coklat emulco.
5. Panaskan kukusan. Tuang adunan warna asal dalam acuan, kukus selama 5 minit. Kemudian tuang adunan coklat dan kukus selama 10 - 15 minit atau hingga masak dgn api sederhana.
6. Sejukkan dulu baru keluarkan dari acuan.




Churro....



                                            ni yang guna piping bag dan nozel bintang




                                          yg ni.....gentel memanjang je!!!!!






Assalamualaikum. Churro.....pastri dari  sepanyol. Rasanya seakan2 donat tapi cara membuatnya lain. Menggunakan piping bag dan nozel bintang. Sama seperti donat juga.....bila dah masak, boleh celup dalam coklat atau ditabur dengan gula icing. Mula2 saya guna piping bag.....tapi mcm susah sikit adunan tu nk keluar, kene tekan kuat sikit. Tak pasti, memang begitu kejadiannya atau saya kekurangan air. Last2....saya gentel memanjang je adunan tu.....janji, rasanya tetap sama!!!! . Resepi ni saya intai kat blog Resepi Chef. Jom saya share disini pula ye.....

CHURRO
Sumber: Resepi Chef
Olahan; UDA

Bahannya:
1 cawan air
1 1/2 cawan tepung gandum
1 biji telur
1/2 st garam
1sb butter
1sb gula
minyak untuk menggoreng.


Caranya:
1. Masak air, gula dan garam dan butter hingga cair.
2. Masukkan tepung dan gaul cepat2 hingga jadi doh yang kental. Biar suam.
3. Masukkan telur dalam adunan tepung tadi dan pukul hingga sebati guna hand mixer.
4. Masukkan dalam piping bag dan gunakan nozel bintang, pipekan dalam minyak panas. Gunting adunan ikut suka panjang mana. Saya pipekan kat atas loyang dulu baru goreng.
5. Masak hingga kekuningan, angkat dan toskan. Celop dalam coklat atau gula icing.
6. Sedap dimakan panas2.







Mini Pizza...










Assalamualaikum dan selamat tengahari. Tengah buat apa tu? . Tentu tengah makan tengahari atau bersantai2 dengan keluarga. Hari ni saya relax sikit....buat sarapan merangkap tengahari sekali. Sebelah petang baru masak untuk makan malam. Hari ni teringin nak sarapan pizza. Itupun bila terliur tengok anak buah buat semalam. Resepi ni simple je. Untuk topping,  apa yang ada kat rumah....saya letakkan. Resepi doh saya skodeng kat  blog anekaresepimudah. Memang mudah membuatnya. Jom kita intai resepi ni....


MINI PIZZA
Sumber: anekaresepimudah
Olahan: UDA

Bahan doh:
250gm tepung roti/gandum.
2sb susu tepung
1 1/2st yis mauripan
160ml air suam
1sb butter
2sk pelembut roti
2sb gula

Topping:
sos spaghetti / sos cili
mayonis
isi udang
jejari ketam
sosej
daging burger
keju mozarella


Caranya:
1. Yis dan gula disatukan dalam air. Biarkan kembang dan berbuih.
2.  Satukan semua bahan kering.
3. Bila yis dah kembang, satukan dengan bahan kering, uli hingga licin dan elastik. Saya guna mixer je. Perap selama 1 jam dan ditutup dengan tuala lembab.
4. Bila dah naik, keluarkan angin dan uli lagi. Bahagikan kepada beberapa bahagian doh yang kecil dan canaikan.
5. Sediakan loyang atau bekas aluminium yang kecil dan griskan dengan butter.
6. Susun doh dlm bekas tadi dan cucuk2kan dgn garpu. Biar doh naik selama 20 minit.
7. Bakar doh selama 5-7 minit dalam oven pada suhu 180C.
8. Keluar doh dari oven, sapukan kat permukaan pizza dgn sos, mayonis, letak udang, sosej, jejari ketam, daging burger dan keju mozarella.
9.Bakar selama 20 minit atau hingga kekuningan.

Udang Goreng Asam




Assalamualaikum......masak apa hari ini?.  Kekadang....masak yang simple2 dan main campak2 je....itu yang sedap dan bukak selera.  Tapi, walaupun serumah tak semua seleranya sama. So, saya masak ikut permintaan. Kalau ada permintaan, saya masak ikut selera mereka....kalau tak de....ikut selera saya. Makan tengahari ni tak de permintaan so, saya masak lauk udang ni. Untuk makan malam nanti dah ada permintaan.....ayam bakar lagi!!!!. Itu cerita kemudian.... Resepi ni saya intai kat masakan makanan orang Indonesia. Saya olah sikit....ikut selera saya. Alhamdulillah, anak suka dan memang sedap walaupun simple je.....Jom kita intai....

UDANG GORENG ASAM
Resepi olahan : UDA

Bahannya:
20 ekor udang sederhana besar (buang kulit, tinggalkan ekor je)
capsicum secukupnya (dipotong2)
1/2 biji bawang holland (dihiris )
1 biji tomato (dipotong2)
1 batang serai (dihiris halus)
serbuk kunyit secukupnya
gula merah secukupnya
garam secukupnya
air limau sedikit (untuk rasa masam je)

Bahan yang dikisar:
2 tangkai lada merah (kalau suka pedas, tambah lagi)
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah

Caranya:
1. Goreng udang sekejap je, bila ekor dah merah, angkat.
2. Tumis serai hingga wangi, kemudian masukkan bahan dikisar dan serbuk kunyit . Masak hingga wangi dan garing.
3. Masuk gula merah, garam, bawang dan air limau. Kacau rata. 
4. Masukkan capsicum, tomato dan udang. Gaul sebati dan angkat.