Isnin, 10 Disember 2012

Talam Roti Lapis Coklat








Assalamualaikum dan salam sejahtera. Resepi talam ni saya copy Kak Yati @ Yatiememories punya. Kebetulan saya suka buat puding dan talam.....memang banyak resepi2 yang menarik di situ. Resepi ni senang dan mudah dan yang penting.....sedap!!!!. Senang guna acuan lompang....tak perlu memotong terus makan. Jom saya share disini pula ye.....


TALAM ROTI LAPIS COKLAT
Sumber : Yatiememories
Olahan: UDA


Bahannya;
4 keping roti sandwich - buang tepi (siat kecil2 dan rendam dgn 100ml air)
50gm gula pasir
1/4st garam
200ml santan kara
100ml air
60gm tepung beras
20gm tepung sagu/tepung ubi
1st coklat emulco
acuan lompang secukupnya(griskan dgn sedikit minyak)


Caranya:
1. Satukan air, santan, gula dan garam. Masak hingga larut, biarkan suam.
2. Masukkan tepung beras dan tepung sagu, gaul rata.
3. Dalam blender- masukkan roti yg direndam dan campuran tepung tadi, blender hingga halus.
4. Bahagikan kepada 2 bahagian. 1 bahagian biar warna asal dan 1 bahagian lagi campur dengan coklat emulco.
5. Panaskan kukusan. Tuang adunan warna asal dalam acuan, kukus selama 5 minit. Kemudian tuang adunan coklat dan kukus selama 10 - 15 minit atau hingga masak dgn api sederhana.
6. Sejukkan dulu baru keluarkan dari acuan.




Tiada ulasan:

Catat Komen