Isnin, 10 Disember 2012

Mini Pizza...










Assalamualaikum dan selamat tengahari. Tengah buat apa tu? . Tentu tengah makan tengahari atau bersantai2 dengan keluarga. Hari ni saya relax sikit....buat sarapan merangkap tengahari sekali. Sebelah petang baru masak untuk makan malam. Hari ni teringin nak sarapan pizza. Itupun bila terliur tengok anak buah buat semalam. Resepi ni simple je. Untuk topping,  apa yang ada kat rumah....saya letakkan. Resepi doh saya skodeng kat  blog anekaresepimudah. Memang mudah membuatnya. Jom kita intai resepi ni....


MINI PIZZA
Sumber: anekaresepimudah
Olahan: UDA

Bahan doh:
250gm tepung roti/gandum.
2sb susu tepung
1 1/2st yis mauripan
160ml air suam
1sb butter
2sk pelembut roti
2sb gula

Topping:
sos spaghetti / sos cili
mayonis
isi udang
jejari ketam
sosej
daging burger
keju mozarella


Caranya:
1. Yis dan gula disatukan dalam air. Biarkan kembang dan berbuih.
2.  Satukan semua bahan kering.
3. Bila yis dah kembang, satukan dengan bahan kering, uli hingga licin dan elastik. Saya guna mixer je. Perap selama 1 jam dan ditutup dengan tuala lembab.
4. Bila dah naik, keluarkan angin dan uli lagi. Bahagikan kepada beberapa bahagian doh yang kecil dan canaikan.
5. Sediakan loyang atau bekas aluminium yang kecil dan griskan dengan butter.
6. Susun doh dlm bekas tadi dan cucuk2kan dgn garpu. Biar doh naik selama 20 minit.
7. Bakar doh selama 5-7 minit dalam oven pada suhu 180C.
8. Keluar doh dari oven, sapukan kat permukaan pizza dgn sos, mayonis, letak udang, sosej, jejari ketam, daging burger dan keju mozarella.
9.Bakar selama 20 minit atau hingga kekuningan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan