Khamis, 13 Disember 2012

Bingka Ubikayu Cheese.....versi marble!!!!!






Assalamualaikum dan jumpa lagi. Semalam berkesempatan buat bingka ubi yang sedap ni. Pantang jumpa ubi, mesti beli. Selain buat ubi goreng pedas, bingka ubi bercheese ni tetap menjadi pilihan. Selain sedap, bahan pun tak banyak. Kali ini saya marblekan....letak pandan paste dan vanilla. Lagi satu, saya suka buat dalam bekas kecil2.....kalau nak bagi orang, senang.....tak payah potong.....cantik je kejadiannya!!!!. Jom intai resepi ni......


BINGKA UBIKAYU CHEESE
Sumber : Roz @ Homekreation
Olahan: UDA


Bahannya:
250gm cream cheese
250gm gula pasir
2 biji telur
800gm ubikayu- diparut dan ditapis airnya (saya guna 900gm)
400ml santan
1st pandan paste
pewarna kuning
esen vanilla
bijan hitam secukupnya


Caranya:
1. Pukul cream cheese dan gula hingga rata.
2. Masuk telur satu persatu dan pukul rata.
3. Masukkan ubi kayu dan sagu yang mendak , selangseli dengan santan.
4. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. 1 bahagian letak pewarna kuning dan sedikit essen vanilla. 1 bahagian lagi letak pandan paste.
5. Sebelum tu, acuan hendaklah digriskan dengan butter dan dipanaskan sebentar dlm oven.
6. Letakkan adunan didalam acuan selang seli seperti buat kek marble.
7. Bakar pada suhu 180C selama 1 jam atau sehingga masak. 







Tiada ulasan:

Catat Ulasan