Khamis, 11 April 2013

Chocettes Cheese Cake






Assalamualaikum, salam sejahtera dan semuga berbahagia disamping keluarga tercinta. Kelmarin ada permintaan dari anak buah, suruh buat Tofee Cheese Cake. Katanya.....kalau rajin buatlah, dapat merasa sepotong jadilah!!!!. Emmmm......memang pandai anak2 buah ni, dia tahu...makciknya ni mesti buatkan....sbb tak sampai hati. Kalau panjang umur, diberikan kesihatan yang baik, ada kelapangan masa, in syaa Allah.....apa anak2 buah nak makan, cik buatkan!!!!. Tak kira dimana kamu semua berada.....cik @ Uda sayang kamu semua!!!!!.


Kek ni sumber dari Azlita masam manis tapi...kalau tengok kejadian luaran kek saya ni, memang tak sama dengan dia. Asal guna coklat Tofee tapi saya cari tak de....guna ajalah coklat Chocettes. Sebab tu, nama kek ni pun saya tukar!!!. Kalau tengok gambar kek Azlita, lapisan oreo ada didasar dan sekeliling acuan.Nampak kemas bila caramel tak melimpah. Saya hanya dapat buat didasar saje, tak cukup kalau nak letak keliling. Mungkin saya letak tebal kot?.  Tak pe...next time saya gandakan oreo tu. Practice Makes Perfect....tak gitu?. Kek ni memang sedap dan sebelum potong, pastikan caramel betul2 sejuk sbb, nanti dia terlampau meleleh.....macam kek saya tu!!!!!. Atau, masa mengacau caramel tu...kurang pekat kot?. Tak pe lah....lain kali kene perbaiki lagi.  Apa2 pun, terima kasih Azlita...kongsi kek yg mebeles ni. Saya share disini pula ye....



CHOCETTES CHEESE CAKE


Lapisan bawah
1 1/2 cawan biskut oreo / Marie / Tiger ~ dihancurkan
5sb butter ~ dicairkan

Caranya:
1. Satukan biskut dgn butter, gaul sebati.
2. Jika suka, boleh juga dicampur biskut2 tu ~ oreo dan marie atau sebaliknya.
3. Alas loyang spring form 8in dgn baking paper.
4. Padatkan biskut tadi dlm loyang. Simpan dlm peti ais selama 1 jam.
5. Bakar pada suhu 170C selama 15 minit atau hingga biskut merenggang sikit dari loyang.
6. Keluarkan dari oven dan biarkan biskut tu sejuk dlm loyang.







Cheese Cake

250gm krim cheese ~ suhu bilik
150gm gula perang
30gm butter ~ dicairkan
5 biji telur
1st sen vanilla

Caranya:
1. Pukul krim cheese dgn gula hingga lembut. Tambah telur satu persatu dan pukul lagi.
2. Tambah butter dan vanilla dan pukul lagi hingga rata.
3. Tuang dalam loyang yang ada biskut tadi.
4. Balut sekeliling loyang dgn aluminium foil. Bakar secara bain marie iaitu letak loyang dlm loyang lain yg lebih besar dan isikan air panas.  Jangan sampai loyang kek terapung.
5. Bakar pada suhu 170C selama 1 jam 15 minit menggunakan api atas bawah.
6. Dah masak, sejukkan sebentar. 


Caramel

1 1/2 cawan gula ~ saya letak 1 1/4 cawan
1/4 cawan air
1/2 st jus lemon ~ saya guna jus oren  sunquick
1 cawan Dairy Whipping Cream
15gm butter

Caranya:
1. Masak gula, air dan jus oren hingga keperangan.
2. Tambah krim, kacau hingga pekat.
3. Tambah butter dan kacau hingga berkilat.
4. Biarkan suam, kemudian tuangkan atas cheese kek tadi.
5. Simpan kek dalam peti ais hingga sejuk dan hias dgn coklat Tofee ~ saya guna coklat Chocettes


2 ulasan: