Sabtu, 13 Julai 2013

Bingka Roti Kukus Pandan



Assalamualaikum dan selamat berpuasa. Semalam berkesempatan buat bingka yang sedap ni. Sebelum ni dah banyak kali buat, memang lembut, lemak dan wangi dengan bau pandan. Resepi Yati tapi, saya dah olah sana sini ikut kesesuaian citarasa. Oleh kerana nak bagi jiran, saya kukus dalam bekas kecil, senang....tak perlu potong. Sesiapa yg belum cuba.....boleh cuba dan memang sedap!!!. 



BINGKA ROTI KUKUS PANDAN
Sumber : Yatiememories
Di Olah : UDA


Bahannya:
8 - 10 keping roti ~ saya guna 11 - 12
200ml santan kotak
200ml air ~ saya guna air pandan (mesin 7 helai daun pandan )
3/4 cawan gula castor
4 bj telur ~ saya guna 5 biji
1st garam halus
1/2st pes pandan ~ saya tak letak
2 helai daun pandan disimpul ~ saya tak letak
* saya tambah pewarna hijau epal

Caranya:
1. Dalam mangkuk besar, satukan semua bahan kecuali roti. Kacau rata menggunakan whisk sahaja.
2. Bila dah rata, rendam roti (biar sekeping2, x perli disiat) dalam adunan tadi selama 10 minit atau hingga meresap.
3. Gris bekas pilihan dengan butter. Pindahkan kepingan roti ke dalam bekas  dan tuangkan lebihan adunan kedalam bekas tersebut. Jika suka, boleh tabur kismis atau coklat chip diatas roti.
4. Jika tak guna air pandan, letak daun pandan yg disimpulkan ke atas roti tadi.
5. Kukus selama 15 - 20 minit atau hingga masak.
6. Sejukkan sebelum dipotong.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan