Ahad, 2 Mac 2014

Apam Pandan



APAM PANDAN

Bahan A ~ disatukan dan biarkan naik @ berbuih
1 sb yis mauripan
1/4 cawan air suam
1 st gula pasir

Bahan B ~ disatukan dan dimesin
1 cawan gula pasir
3 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung beras
2 cawan air pandan ( 12 helai daun pandan + 2 cawan air ~ dimesin)
pandan emulco secukupnya ~ jika x guna air pandan
pewarna hijau

Bahan C ~ digaul rata dan kukus sekejap
kelapa parut putih
sedikit garam


Caranya:
1. Dalam bekas, campurkan bahan A dan B. Gaul sebati.
2. Biarkan selama 1 jam hingga naik 3 x ganda.
3. Acuan disapukan dgn sedikit minyak.
4. Bila adunan dah naik, masuk dlm acuan dan biarkan sekejap, lebih kurang 10 minit.
5. Kukus dengan api sederhana selama 20 minit atau sehingga masak.....cucuk ngan lidi x melekat.
6. Sejukkan, baru keluarkan dari acuan.
7. Sedap dimakan dgn kelapa parut putih.


Tiada ulasan:

Catat Komen