Ahad, 30 Mac 2014

Dadar Sardin





DADAR SARDIN

Bahannya A:
1tin besar ikan sardin ~ ditoskan
2 bj bawang putih ~ dicincang halus
1/2 bj bawang holland ~ didadu
1sb lada kisar
1 tangkai lada hijau ~ dibuang biji dan didadu
Minyak & margerin secukupnya
Garam secukup rasa

Bahan B:
6 bj telur A
Sedikit lada sulah
Sedikit bawang goreng
Daun sup secukupnya
Sedikit garam



Caranya:
1. Untuk bahan A ~ panaskan minyak dan tumis bawang putih. Dah wangi, masukkan lada kisar dan tumis hingga masak. Masukkan bawang holland, sardin dan lada hijau. Hancurkan sardin kasar2 je tak perlu hingga halus. Perasakan dgn garam, kacau sebati dan ketepikan.
2. Untuk bahan B ~ pukul telur dan masukkan bahan yg lain.
3. Masukkan bahan A kedalam bhn B , sebatikan.
4. Panaskan margerin dalam kuali tak melekat. Dah panas, masukkan adunan dan biar masak dgn api yg sederhana. Buat seperti telur dadar biasa.
5. Sedap dimakan panas2 dgn sos pilihan.





                                          makan dgn sos cili thai....mabeles!!!!! tak perlu nasi


                                                    makan dgn sos lada hitam pun sedap!!!!


Tiada ulasan:

Catat Komen