Ahad, 30 Mac 2014

Kuih Cara Kentang Perasa Jagung


KUIH CARA KENTANG PERASA JAGUNG

Bahan A
1 biji kentang sederhana besar ~ dikupas, dipotong dan direbus
2 1/2 cawan tepung gandum
2 1/2 cawan air
1 cawan susu cair
2 biji telur
3 sb margerin
4 sb bes minumam perasa jagung ~ saya guna Double Lion
garam secukup rasa

Bahan lain:
acuan kuih cara
gula pasir secukupnya
1 helai daun pandan ~ dipotong dan diikat
minyak masak untuk sapuan pada acuan secukupnya



Caranya:
1. Satukan kesemua bahan A kecuali perasa jagung. Kacau sebati kemudian dimesin hingga halus. Tuang dalam jag, campurkan perasa jagung dan kacau sebati. Ketepikan dulu.
2. Panaskan acuan kuih cara. Sapu minyak masak menggunakan daun pandan yg telah diikat.
3. Bila dah panas, tuang adunan dalam acuan hingga penuh, sudukan ditengah2 adunan sedikit gula pasir. Tutup adunan dgn tudung acuan ataupun tudung periuk. Biarkan kuih masak dgn api sederhana besar.
4. Bila bhg bawah dah garing dan bahagian atas dah kering, angkat dan telangkupkan dua keping menjadi satu.





Tiada ulasan:

Catat Komen